Tuesday, March 31, 2009

Koleksi Saya 11-12

















Jumaat lepas aku dibahagiakan lagi dengan lambakan lukisan yang dihadiah Rahmat.Sudah agak banyak lukisannya yang aku simpan (termasuk yang dibuat dengan tinta darahnya dulu).Aku berlagak sebagai arkib tidak rasmilah konon-kononnya..

Pada 14 April 2006 aku sempat menjadi kurator pameran ULANGTAYANG (Rahmat dan Fathul).Pejam celik sudah dekat 3 tahun rupanya. Dan dalam tempoh tersebut kedua-dua susuk istimewa ini masih gigih melukis. Tiada apa yang lebih memuaskan seorang kurator dari melihat pelukis yang diangkatnya terus berkarya!

Ini sebahagian dari teks kuratorial aku di dalam katalog pameran ULANGTAYANG:

Rahmat: Carut Realisme ke Balut Surrealisme
Menyelami karya-karya Rahmat menemukan kita kepada dirinya yang satu lagi: diri yang mahu bertenang dari kemelut sosio-politik-personalnya. Barangkali manifestasi kepada diri yang disangka-sangka digagali Cinta, dibeloti Sejarah, didustai Takdir. Majoriti lukisannya berperanan mengimbangi suara-lakunya yang skeptikal, kritikal, nakal. ‘Carutan’nya terhadap realiti sosial menerusi sajak (Bogela Testikal, Sakitsakat, Keranamu Malaysia, Utopia Trauma), teater agitprop (Tok Ampoo, demo, Tok Sloo) dan performans merupakan agensi-agensi politik menyaran sakit-sakit sekitar; semacam testimoni verbal-fizikal kepada kritiq sosialnya terhadap identiti dan budaya masyarakat. Dan suasana delirium yang muncul pada lukisannya hasil pintalan-pusaran-lengkungan garis-garis (cantingannya sedikit ala Ibrahim Hussein) lebih berupa agensi kreatif menyata racau-racau dalaman.

Setelah “neraka[nya] sakit penuh ngerang, lolong[nya] panjang yang malang”, Rahmat pelan-pelan mundur ke dalam demi mencari hal-hal yang lebih intim dan suci, yang tidak mudah disebat istilah-istilah ‘revolusionari’. Dicipta teks baru untuk menstabilkan halusinasi serta paranoia hasil keliarannya bercandu dengan hidup, menyalak realiti. Ditemui alternatif pada tompok-tompok dakwat, pada garis-garis diconteng berulang-ulang. Sedang keindahan verbal-audio sajaknya tampak radikal; keindahan visual-simbolik lukisannya cenderung konvensional. Gubahan yang organik, tidak konkrit, tidak sepenuhnya abstrak mengimbangi kenakalan formal-etikal puisinya. Meski imejnya nampak surreal, namun alegorinya mengisahkan ketrajisan hidup: utopia trauma. Wajah-wajah yang tersembul dari celah-celah jalinan mendokong perasaan dan perwatakan melankolianya. Gaya lukisannya turut menempias ide estetik tradisional Melayu: olahan motif-motif bunga, pucuk dan kudup mirip ukiran awan larat. Kalamnya yang menghitam kertas menonjolkan dunia surrealisme, sepertilah pisau wali pengukir menyobek kayu menjelmakan alam naturalisme.


“Seniku tiada apa-apa makna atau sebarang guna; cuma proses berahi memantul perasaan diri. Dakwat dan warna yang aku curah, simbah, leleh, atau conteng atas kertas hanyalah cara menjelmakan bentuk-bentuk dan merangka kisah-kisah tanpa disengajakan. Melukis itu latihan melayani ketagihan hidup; nikmat yang kualami ketika melakukannya seperti merasai balut terakhir ke syurga…ke lapang infiniti.” - Rahmat



Bagi mereka-mereka yang bertembung dengan Rahmat yang bertugas sebagai pemantau di Bukit Gantang nanti, bersyukurlah kerana kalian diketemukan dengan insan yang sangat aku sekeluarga hormat dan sayang!

Temuduga dengan Rahmat di media - http://www.sun2surf.com/article.cfm?id=28031

Tuesday, March 24, 2009

Hujung minggu yang HYPER

Aku dan suami memaksa diri untuk putuskan sebentar rantai dunia profesionalisme kami demi anak-anak. Orang lain sudah habis enjoy cuti sekolah. Kami mula bercuti-cuti dari Jumaat hingga Isnin (cuti ekstra sendiri hehe). Waktu yang berdetak terlalu laju membuatkan kami gelisah tidak punya masa kualiti dengan mereka sebelum masing-masing membawa haluan sendiri. (Ataupun kami pergi menyambut panggilan Ilahi sob sob)

Sabtu pagi kami ke Berjaya Times Square mengunjungi Festival Games & Anime, melayan mereka main game dan bergambar dengan karakter-karakter dan maskot apa entah. Amoi-amoi bergaya ala gadis Harajuku, berpakaian skirt beropol pendek dengan stoking belang sudah tentu menjadi umpan yang berkesan untuk memancing para belia datang menghurung.

Petangnya kami shoot terus ke Masjid Tanah Melaka. Seperti biasa dengan perangai rock n roll kami main redah aje. Kawasan semakin gelap dan menyeramkan dan tiba-tiba kami menyanyi lagu Hotel California dalam keretalah pulak. Nasib baik ada bilik kosong di chalet murah Pengkalan Balak. Bagusnya ia terletak betul-betul di tepi pantai. Yang tak bagusnya, sehingga jam 2 pagi masih terlolong terlalak orang berkaraoke secara terbuka di kawasan itu. Telinga sebelah kiriku dilanyak muzik dangdut dan bollywood sementara sebelah kanannya disergah muzik rock kangkang oleh penyanyi-penyanyi yang 80% boleh tahan sumbang soranya…adei













Ahad petang kami ke bandar Melaka ke lokasi-lokasi biasa pelancong. Masuk kapal Muzium Samudera, cruise di Sungai Melaka dan lepak-lepak saja sebelum duduk di A Famosa yang penuh dengan budaya kitsch dan pelancong Timur tengah itu hehe..Malamnya pergi cari makan di luar (nak save bajet la katakan) dan bertembung lagi dengan sessi karaoke Hindustan. Dusyum! (Hmm..patut le Shahrukh Khan dapat Datuk!)

Isnin kami ke Animal Safari di situ yang ok lah jugak. Elephant Show nya paling bagus selain kami berpeluang menyentuh macam-macam haiwan. Aku yang nak lupakan sebentar dunia seni sewaktu berehat ini masih gagal kerana terdapat orang utan dan gajah yang sudah jadi artist hebat pulak dah. Sebagai sokongan kepada outsider artists, aku belilah lukisan mereka pada harga RM10 sebuah. Lepas ni bolehlah aku curate show binatang-binatang pulak :D



Penat woo..

Thursday, March 19, 2009

VIDEO ART FROM JAPAN




Moh lepak di RUMAHYKP, 32, Laluan Tasek Timur 12, Taman Seri Dermawan, Ipoh (berdekatan TESCO EXTRA Bercham). Tel: 05 5484150 kalau sesat!
------------------------------------------------------------------------------------

About the Artist:

Katsuyuki HATTORI, (b.1973) is a Japanese video artist, based in Tokyo. He has been active in producing single-channel videos and collaborated with many artists such as theatre choreographers, contemporary dancers, poets, musicians, and so on. He also produces live video performances. Hattori, who graduated from San Francisco Art Institute, co-founded several important video art organizations in Tokyo such as Tokyo: Spread Video Art Project, Art Lab. Goldenshit, and Video Art Center. His work has been shown internationally in Spain, Canada, Ireland, Australia, France, Mexico, China and Indonesia, amongst many countries.


SATO Hiroaki, (b. 1962) is a video artist cum musician who graduated from Nihon University, College of Art. He is also active in teaching video making and theory of image technology at the Nippon Engineering College and Nihon University College of Art, Department of Cinema. Sato also writes, mostly on video art.

GAMBAR-GAMBAR SEWAKTU PROGRAM (Dikemaskini 26/3/09):




Monday, March 16, 2009

Musim Bunga





Musim bunga sudah tiba
baby roses sedang mekar
oh teratai bunga indah engkaulah pujaan hatiku..
buah popi tunggu dituai
hari ini kami mulakan cuti sekolah dengan spring cleaning



Amacam? Cukup jiwang? XD

Sunday, March 15, 2009

2 minutes to midnight...

Ada suara sinis menepuk-nepuk gegendang telingaku. “Makin politik blog kamu?”

Aku jawab, “Sukahati aku lah blog aku. Seorang seniman yang bertanggungjawab harus sensitif dengan persekitarannya bukan? Atau..seorang seniman yang sensitif harus bertanggungjawab terhadap persekitarannya bukan? Seni adalah politik macam juga politik adalah seni”

Dalam hati, "Kalau untuk yang jauh di Gaza pun ada yang sampai berpintal urat leher melaungkan keadilan, masakan untuk tanahair dan masyarakat sendiri sanggup diam membatu mati kutu. Sudahlah. Tanggalkan saja topeng itu. Pasang saja yang baru."

OK.. OK..esok aku kasi entri jiwanglah pulak!

INNALILLAHIWAINNAILAIHIROJI'UNNNN

Pagi ni jalan-jalan ke Lokkin. Cari buku dan tshirt bundle. Teringat pula nak singgah di pokok yang popular itu. Hah! Tengok-tengok berduyun manusia sedang bersidang di bawah pokok..bicara tentang plak yang dah dialgojo Majlis Bandaraya Ipoh. Macam-macam spekulasi. Ada yang kata pokok tu tak lama lagi akan ditebang kerana ada pihak nak buat jalan terus merentangi ke 5 lagi anak pokok yang baru ditanam tempohari..terus ke pintu pagar SUK.

SAYANGILAH ALAM SEKITAR!










Friday, March 13, 2009

ISH..ISHH..ISSSHHHHH

Kecewa aku pagi tadi. Baru plan nak berposing bawah pokok sena yang glam itu. Sekali tengok plak yang dipasang dah dipecahkan.Ada seorang pakcik dengan nada bengang cakap semalam benda tu masih elok(pakcik ni pergi tengok hari-hari ke pun). Difahamkan acara vandalisme berlaku sekitar jam 1.00 pagi semalam. Siapalah yang bergaduh dengan batu dan pokok ni gamaknya:)


POKOK DEMOKRASI dirakam pada jam 10.45 pagi























Plak pada 14 Mac 2009:

Tuesday, March 10, 2009

Kajian Semiotik 4



Abah..kenapa kau pergi cepat sangat
tak terdaya aku membuang rindu yang menyengat
1 April nanti genaplah aniversari kepulanganmu satu dekad
hari itu di cuping jenazahmu aku masih sempat berseloroh
April Fool ye.. buat-buat mati..

Abah.. aku puterimu yang masih nakal seperti dulu
alangkah bestnya kalau kau masih ada
tentu saja kau yang pimpin tanganku menuju ke istana
mengesat mataku yang berair dan meniup serapahmu ke lubang telinga

dan bila kita kembali ke teratak
selepas kujamu dirimu dengan dalca dan capati
pasti kau karang sebuah lagu dengan gitar buruk aku yang kau beri
kau pelawa ibu menari waltz
merayakan sebuah kematian

Sunday, March 8, 2009

PESTA JIWA LAGI

7 Mac 09
2.00-4.30pm

Akhirnya tercapai hajat aku untuk membuat penyelidikan dan dokumentasi bagi siri 'pesta jiwa'. Selama ini ada saja rintangan untuk aku turut serta bergumul dan menculik sedikit semangat serta aura para ekspresionis di jalanraya. Perasaannya luarbiasa pelik tapi sangat mengujakan. Untuk aku, puluhan ribu manusia dari pelbagai latarbelakang berjalan secara aman menuju ke istana dengan solidariti yang serupa menghadirkan karakter visual yang begitu kuat. Jika ada isu-isu lain menggunakan merah dan kuning sebagai tema, kali ini warna putih mendominasi suasana.


BahaZain & Marsli N.O (gambar dicuri dari blog sinaganaga)

Keadaan akan menjadi lebih bahagia serta pemerintah dan pihak berkuasa akan lebih dihormati sekiranya mereka buang rasa paranoid dan sikap melatah melepaskan gas pemedih mata yang mengikut Rahmat Haron "antara acara protes yang diberi tear gas paling banyak" ini. Aku zoom kamera video ke arah anggota FRU dan membaca riak wajah sebahagian besar mereka yang sebenarnya kelihatan naif dan terpaksa. Aku ampunkan mereka kerana menembak tadi. Terimakasih kerana memberi aku satu pengalaman baru menghadapi tear gas yang sungguh power root giler itu. Dalam keadaaan huru hara sekejap itu, aku teringatkan teman-teman kita di Gaza yang berhadapan ancaman fosforus yang tentunya berpuluh-puluh kali ganda lebih dahsyat dari kesan tear gas yang habis sekitar 10-15 minit ini. (Terima kasih juga Rahmat kerana supply garam sebagai pengurang rasa sakit!)



Aku bertembung HMS Abu Bakar (penyair & bekas setiausaha dewan negara yang bahasa Inggerisnya hebat tau) dan Pak Ismas Saring dalam kekalutan itu. Pak Ismas katanya sudah dapat inspirasi untuk tulis puisi. Hehe, maka ramailah seniman yang akan berkarya selepas ini harapnya. Sewaktu berjalan menuju ke stesen keretapi lama, sempat aku melambai Pak Samad di dalam kereta yang nak menuju ke Masjid Negara. Malamnya dia hantar SMS yang mungkin serupa untuk beberapa orang "Bapak kena sembur gas tiga kali. Pedih mata, loya tekak. Sedap rupa-rupanya". Amboi! :)


ISMAS SARING hippie habis..




Baha Zain (bertopi) & HMS Abu Bakar(kopiah) yang terbakar..






























Oh ya,dalam kekecohan orangramai membasuh muka di kolam depan Public Bank, aku sempat mengapresiasi dua buah arca awam karya Raja Shahriman dan Zakaria Awang. Rupanya ada kes yang masih belum selesai. Label pengkarya masih belum juga ditukarkan pihak yang berkenaan setelah bertahun-tahun ditegur. Makanya arca Shahriman dilabel sebagai karya Zakaria dan begitu pula sebaliknya. Arca Raja Shahriman bertajuk 'Growth Equity' yang tertancap teguh menjadi penguat semangat aku petang itu..