Thursday, May 28, 2009

Mari Berpuasa

Untuk yang sudi menjengah..sempena mengambil keberkatan hari Khamis yang mulia, mulai esok, blog SENDAWA akan 'berpuasa' dan beristirehat selama 3 minggu. Insyaallah jika panjang umur akan beroperasi semula dengan pengisian yang lebih padat dan menyengat sekembalinya aku dari sebuah kembara 'pencerahan' ;)

Takbeer!

Tuesday, May 26, 2009

Ada Apa Dengan Komunis



Tahun lepas, aku sempat menyeludup masuk ke kem persatuan bekas komunis di Ipoh. Haha..jangan tak caya beb!

Sebenarnya aku mengikut Fahmi Reza, pembikin filem pendek untuk sama-sama menyaksikan sebuah peristiwa yang rare di samping meneman beliau, Mark Teh dan Taysy mencari bahan untuk filem dokumentari terbarunya. Aku dilayan dengan begitu baik sekali oleh auntie2 bekas pejuang yang pernah berbelas-belas tahun tinggal di dalam hutan belantara. Mereka menunjukkan aku satu persatu gambar-gambar serta adegan yang penting melalui pameran sejarah yang dinaikkan.

Ratusan geng mereka dari Siam, Pulau Pinang dan Kedah turut berhimpun untuk merayakan sambutan 60 tahun perjuangan menentang penjajahan British. Kaum kerabat mereka ramai, hidup melata di seluruh pelusuk Semenanjung dengan gaya hidup yang tidak berbeza dari kita semua.

Jadi, dengan rasa rendah diri aku nasihatkan Pak Menteri, janganlah cepat melatah.Entah-entah sedara mara kita pun ada yang sudah terkahwin dan berkeluarga dengan golongan mereka. Ada lebih banyak isu dan masalah budaya sosial yang lebih kronik dan kritikal untuk diselesaikan sekarang. See, kalau media tidak mensensasikan perkara ini, orang tak ambil pot pun..




Burhanuddin AlHelmy oleh BLACK





10 Tahun Sebelum Merdeka Part 1

Personal Effects


kih..kih..kih


Gitar ini akan jadi famous tak lama lagi. Kalau teringin melihatnya secara live, silakan ke pameran Personal Effects di Rogue Art, 19 Jln Berangan KL dari 30 Mei hingga 13 Jun 09. Dengar khabar, Hasnul mempamerkan gitar eletrik la pulak!

Info lanjut di www.rogueart.asia

Friday, May 22, 2009

Anak pokok demokrasi untuk Tuanku!


“Go back to Perak and plant another democracy tree to make up for the one that was damaged,” Angela Hijjas seems to be saying to Tuanku Zara Davidson while Raja Nazrin Shah looks absolutely delighted that he has one to plant too.

Hehe. very the naughty!

lagi gambar di ARTERI

Monday, May 18, 2009

Resepi 1



Hari ni rezeki perut melimpah ruah. Syukur Alhamdulillah. Encik Tun, jiran aku yang isterinya kerap masuk hospital kerana sakit kronik baru pulang dari tugasan di pantai Timur. Mungkin sebagai tanda terimakasih kerana aku selalu gak tolong menjadi babysitter anak-anaknya, subuh-subuh tadi dihantarnya sekotak makanan laut yang segar bugar. Seronoknya dapat ikan kembong dan bapak sotong yang fresh!

Aku nak mula masukkan entri resipi lah pulak. Sedangkan bekas gerila palestin itu pun masuk entri resepi, inikan pula aku yang hidup dan bernafas dalam dapur ;)

SOTONG MASAK KICAP EKSPRES RAKYAT (nak guna 'rakyat' juga hehe):

Tumis bawang merah & bawang putih hingga naik bau
Masuk sotong (air yang keluar dibuang separuh)
Masuk sos cili dan kicap secukup rasa
Sekitar 10 minit campak daun selasih, cili merah dan cili padi
Tak payah garam atau gula sebab sos dan kicap dah cukup

SIAP! (sotong kalau dimasak lama akan mengeras, dan harus tunggu setengah jam pula untuk seratnya pecah semula)
Yang penting, presentation mesti lawa. Macam-macam warna ada, merah, hijau, purple, perang..berseni lah sikit


Hari ini juga setelah bosan tak ada berita yang menggairahkan tentang politik seni dan politik real, aku merakam spesis ulam dan sayur yang ada di laman. Rasa macam nak patent lah pulak bila teringat entri rahmat hari itu... kacip fatimah & tongkat ali





http://www.melur.com/myherba.asp

Monday, May 11, 2009

Kajian Semiotik 5


Tenungan, menungan dan renungan yang bermakna.. Bro, ate..bubor le sebelom nasik menjadi bubor..dah penat daaa

Ini foto aku tangkap pada tahun lepas. Masa tu menjadi co-curator untuk pameran 'Semangat Chandan' di Galeri Chandan Kuala Lumpur. Tuanku memerhati karya oleh Saiful Razman yang melampiaskan nuansa kekeruhan serta kemelut sosio-politik dalam negara. Diperturunkan sebahagian teks kuratorial aku tentang pelukis ini:

"Chuah Chong Yong, Sharmiza Abu Hassan dan Saiful Razman membentuk kelompok generasi muda pelukis Perak di waktu ini. Menggunakan bermacam-macam strategi estetik yang inovatif, penceritaan dan naratif yang diolah di dalam rekaan-rekaan seni mereka seringkali mencerminkan persoalan-persoalan sezaman dan krisis jatidiri serta kuasa musibah daripada letusan beraneka budaya-budaya kacukan dan popular, realiti pascamoden, suasana geopolitik baru dunia, realpolitik negara dan sebagainya. Mereka dilihat membikin karya demi mencermin, mengajuk atau berkomentar tentang isu-isu struktur sosio-politik, feminisme, dekonstruksi dan pembacaan semula sejarah, laras-laras sosio-budaya, hakisan warisan tradisi serta kemusykilan psikologi berkait dengan kemunculan polemik-polemik globalisasi dan nilai-nilai kemanusiaan yang ditempa dek kesalingberhubungan dan media."

Saturday, May 9, 2009

C-DUNG SENI


MOU pertukaran karya antara 'penaja utama', Abdullah Jones dengan direktor seni projek C-DUNG, Kamal Sabran, dirasmikan tokoh seniman @ penyajak popular Pyanhabib :)


Sebuah projek ad-hoc telah termeteri dengan pertemuan santai tokoh-tokoh hebat di Ipoh pada hari ini. Aku dan Kamal Sabran merancang untuk membikin seni video yang melibatkan orang-orang seni dan budaya untuk mereka membikin apa saja bentuk ekspresi sebagai tanda sayang dan kasih kepada kehijauan alam. C-DUNG, tajuk yang dicetus Kamal membawa konotasi yang hebat. 'C' mewakili 'culture' sementara 'Dung' (tahi binatang) menjadi baja. Di sini 'tahi' seni dan budaya seperti bertenaganya tahi bintang, menjadi baja yang menyuburi sebuah kehidupan.

Sebagai permulaan kami membuat rakaman di pokok yang famous itu.. hehe. Pyanhabib telah membaca beberapa sajak sementara Airmas menyanyikan lagu-lagu ciptaannya.
Kawan-kawan seniman yang kebetulan hendak ke Ipoh dan berminat untuk ikutserta dalam projek sayangi alam sekitar ini dialu-alukan menghubungi aku atau Kamal. Peace!
















NOTA:
Konsep tajuk C-DUNG SENI ini tiada kena mengena dengan kumpulan punk Carburetor Dung samaada yang hidup atau pun mati :) Ianya lebih menekan kepada perkataan 'sidang' yang sedang hangat diperkatakan pada waktu ini. (hihi..kot-kot le Joe Kidd nak saman lak!)

Bacaan tambahan:
http://ringan-ringan.blogspot.com/2009/05/andai-dunia-milik-para-konspirator.html

Thursday, May 7, 2009

HITAM itu menawan!



Hari ini genap 2 tahun pemergian Allahyarham tokoh seniman kita Redza Piyadasa. Hari ini juga di Ipoh akan berlangsungnya peristiwa penting yang bakal merubah corak pemerintahan Malaysia yang satu. Hari ini aku dilarang dari memakai baju hitam yang sememangnya menjadi 'uniform' aku. Apa ke jadah?

Piyadasa satu ketika dahulu pernah mengecat hitam sebuah catan seorang pelukis hebat sebagai menunjukkan sikap keposmodenannya mungkin haha - for me to know & for you to find out :)

AL-FATIHAH untuk semua yang telah mati.
http://www.youtube.com/watch?v=glFLhpVka5I
http://sendawamalaysia.blogspot.com/2008/09/redza-piyadasa.html
http://sentapmalaysia.blogspot.com/2008/09/piyadasa-obor-yang-telah-padam.html

Friday, May 1, 2009

Cadangan-cadangan untuk Negaraku (CCUN)

Semalam selepas mesyuarat dan makan tengahari dengan RA, aku terus ke Galeri PETRONAS untuk melihat pameran solo Liew Kung Yu - CCUN. Langkah kanan pula kerana bertembung dengan Kung Yu sendiri yang kebetulan sedang menanti jam 4 untuk ditemubual akhbar The Edge. Sementara wartawan diminta menelaah karya-karya, dia begitu asyik melayan aku, menerangkan satu-persatu karya empat buahnya itu. Inilah dia sifat seorang sahabat. Sanggup meletak ketepi sebentar ‘acara rasmi’nya demi untuk menerima kehadiran rakan seni.

CCUN menampilkan 4 buah karya berpanel 5 yang kelihatan majestic oleh kerana begitu banyak imej-imej kecil dan terperinci yang dimanipulasi pelukis secara horizontal. Menurut Kung Yu, karya ini naik satu lagi tahap dari segi teknik sejak karya photo-montagenya yang terdahulu. Kali ini dia menggunakan sepenuhnya kuasa programPhotoshop untuk komposisi dan manipulasi imej. Antara 3 hingga 5 lapisan foto dibuat untuk menjelmakan kesan ‘relief’ atau timbulan yang kadangkala kelihatan 3 dimensi.

Kung Yu sememangnya sinonim dengan karya-karya yang ‘cheeky’. Dia seolah-olah ‘inzal’ bermain dengan kistch. Dia mengatur imej hingga menjadi corak-corak yang sungguh pop dan manis yang sebenarnya mengandungi kemasaman dan kepahitan yang terpendam. Dia memberi dua pilihan kepada audiens samaada untuk melihatnya dari kacamata kanan atau pun kiri. Dia di zon selamat. (Tidak boleh sama sekali disumbat ke dalam ISA kerana disyaki mempengaruhi pemikiran masyarakat secara negatif hehe)






Senarai tajuk:
1) Pantai Gelora Cahaya
2) Metropolis Warisan
3) Bandar Sri Tiang Kolom
4) Konkrit Jungle



‘Kitsch’, sebuah perkataan Jerman, adalah seni yang rendah nilainya, tidak asli, dihasilkan secara massa dan sering dianggap ‘kekampungan’ (walau bukanlah niat untuk memperlekeh imej kampung itu).

Berikut disenaraikan contoh-contoh kitsch bagi mereka yang tak faham:

- Ramlah Ram dengan baju berlampu hati ala Michael Jackson dulu.
- Pokok gentian kaca dengan periuk kera bergayutan berdekatan Dataran Merdeka
- Palma sintetik yang dipacak di tepian jalan di bandar-bandar
- Hiasan bungaan dan tanaman plastik yang memenuhi ruang pejabat dan kaunter- kaunter bank, perkhidmatan awam dll (apa salahnya tanam pokok hidup!)
-Bangunan-bangunan yang dicat dengan warna-warna fluorescent dan macam kueh rupanya.
- Program-program realiti yang membangangkan (lu pikirlah sendiri beb)
- Bergaya sakan dengan jenama-jenama tiruan
- donat terbesar, hotdog terpanjang, sireh junjung tertinggi, murtabak paling tebal, copstik tercantik, jambatan paling bengkok dan macam-macam lagi lah yang superlatif

and the list goes on..



Pergilah lihat sendiri karya Kungyu (hingga 14 Jun 09). Setelah mengkaitkan dengan rapuan ini, pasti kamu akan faham dan tersenyum.



Lagi tentang CCUN:
http://www.arterimalaysia.com/2009/04/22/datin-tak-jadi-the-malaysian-aspiration/

http://www.senicast.com/Article.aspx?id=8