Posts

Showing posts from September, 2009

JAPAN ATTACK

Image
Lima pelukis Maresia kini di Tokyo untuk program video art exchange. Kecuali Sharon Chin yang tiba 2 hari awal, aku, Kamal Sabran, Kok Siew Wai dan Masnoor Ramli tiba subuh 28 Sept. dan terus dibawa ke Otaro Ward, sebuah pusat komuniti untuk sesi bengkel yang diatur. Kami terus bekerja dan berbincang hingga check-in hotel pun hampir 12 malam. Penat gile. 2hb aku dan Sharon diminta buat pembentangan di Nipon University Film Department.Nanti bila ada kesempatan akanku update ler entri ini. Hait!

'LUMPUR' - filem pendek Kamal Sabran

Sebakul tahniah untuk Kamal Sabran. Dan sepinggan nasik ganja untuk hero utamanya, brader Pyanhabib. Gua salah sorang research advisor untuk projek ini. Bangga amat orang Perock weh! ;) Review filem pendek terhangat!

Selamat berSENDAWA!

SELAMAT ULANGTAHUN PERTAMA BLOG SENDAWA...BURRPPP..ALHAMDULILLAH

Lolongkan Bundle itu

Image
Hoodie Keith Haring. Simbol yang sama diguna oleh Buden di dalam karyanya "Etong Mula Mahu Berbicara" Selamat berpuasa kepada blogger-blogger yang berpuasa. Bulan puasa begini, biasalah waktu bagiku seakan terlalu padat. Lepas berbuka sibuk tarawikh, lepas tu…sahur, lepas tu…masak, lepas tu…buka balik. Tinggal le beberapa jam untuk konsentret buat kerja. Mana nak berblogging lagi, mana nak berfesbuk lagi..oh ya akaun myspace aku pun tak lama lagi akan diRIPkan. Tak ada masa gue nak melayannya dah. Dalam aku dok mengemaskini fail-fail di laptop, terjumpa pulak teks sajak psiko yang aku karang kira-kira 7 tahun dulu. Waktu itu masih di usia ‘blooming’, mungkin tahap adrenalin masih memuncak..lantas keluarlah bait-bait radikal yang kini aku pun tak sanggup membacanya hehe insyaallah akan cuba terbit secara sendiri sajak panjang bertajuk ‘Lolong’ ini..(after Howl oleh Ginsberg) dengan lebih sempurna. Dulu cuma mampu xerox dan diedar kepada kenalan rapat. Di dalamnya nanti terda