Thursday, February 25, 2010

Tuesday, February 23, 2010

Pameran Lat @ UTM

Gamaknya bulan ini bulan universiti untuk aku..Hari tu ke UUM, kini UTM. Kali ini diminta Kampung Boy untuk uruskan pameran Lat - sempena Dato' Lat menjadi karyawan tamu selama 2 tahun di sana. Balai Seni Lukis Negara sebagai penghimpun bahan-bahan dari pameran Retrospektif Lat yang dibuat Piyadasa pada tahun 2004, aku libatkan sama. Pameran dirancang selama beberapa minggu di UTM bermula 26 Mac 2010 dan sempena memeriahkan lagi majlis konvokesyen mereka.

Dan sudah semestinya sebuah karya yang akan aku masukkan adalah seperti yang di bawah. Contoh hidupan liar yang akan dikenang sepanjang zaman keh keh keh.. ;D



pyan

Tuesday, February 2, 2010

Cinta di Belantara


Nur Hanim Khairuddin, 'Blood Vessels', 2009

Aku diundang Berita Harian untuk ikutserta Malam Puisi Riong di Universiti Utara Malaysia, Sintok bagi segmen deklamasi puisi. Aku akan baca 'Legasi Sang Perang' oleh Amirul Fakir. Depan 1000 manusia. Sebaris Dinsman, Puzi Hadi, Khadijah Hashim & Hattan. Fuyoh.


MALAM PUISI RIONG: "Cinta di Belantara" - 3 Februari 2010 - 8 malam - Dataran Perdana UUM

Para groupiesku di Zon Kedah dan yang sewaktu dengannya..mai jangan tak mai nooo