Posts

Showing posts from April, 2010

Winter Sonata

Image
Minggu ini kukira barulah tahap adrenalin aku menyusut. Kembali kepada mode tenang buat sementara. Kembali kepada tugasan domestik kaum ibu. Kembali menjadi 'haler' di rumah supaya anak-anak tidaklah alpa (chewah). BERITA DALAM NEGARA Pelancaran pameran Pak Samad begitu meriah pada 9 April di BSLN. Berdoyon tiba. Rentak perjalanan acara juga bagus. Bermula dengan ucapan-ucapan rasmi termasuk ungkapan-ungkapan mengusik Seniman Negara Datuk Syed Ahmad Jamal, majlis diriuh-rendahkan pula dengan persembahan daripada 'anak-anak' Pak Samad. Dewangga Sakti, Meor Yusof, Rahmat Haron, Taheera, Space Gambus Experiment, Rahimidin, Siti Zainon melalui video, (ada yang menonjolkan teman-teman sekali)dengan setulus hati mempersembahkan karya-karya mereka dalam bentuk nyanyian, muzik dan puisi khusus sebagai tanda hadiah untuk ulangtahun Bapak yang ke-75. Terimakasih semua. Anda orang-orang yang hebat! Maaf juga kerana ramai yang tidak dapat menjamah juadah pada malam itu kerana kehad