Monday, December 5, 2011

Dari SENDAWA ke SENTAP!



Balai Seni Visual Negara sedang menjalankan Pesta Buku Seni sehingga 15 Disember 2011 dari jam 10 pagi hingga 7 petang. Inilah waktunya untuk kamu semua dapatkan katalog-katalog BSVN pada harga istimewa (diskaun hingga 70 persen khabarnya). Ada juga beberapa penerbit luar yang menjaja produk masing-masing.

Esok 6 Disember 2011 (Selasa), 4.30 petang bertempat di Aras 2, aku akan merapu hal penerbitan. Topiknya "Dari Sendawa ke Sentap". Berkisar apa, siapa dan kenapa aku terjebak dalam penerbitan buku dan majalah seni. Selain itu, aku akan berkongsi prosedur asas untuk menjadi penerbit kecil-kecilan.

Jemputlah kalau ada kelapangan. Masuk percuma!