Posts

NARATIF SENI RUPA MALAYSIA

Image
Aisehmen..Pejam celik dah setengah tahun tak updet blog! Ini ada maklumat penting tentang buku yang saya terlibat sebagai editor :) Kalian semua diundang ke majlis pelancarannya..kalau tak sempat, boleh cari di Galerishop Balai Seni Visual Negara, atau mana2 kedai buku terpilih. Tarikh Pelancaran: 7 Julai 2012 (Sabtu) Masa: 10 pagi Tempat: Balai Seni Visual Negara, Kuala Lumpur Buku seni rupa terhebat di abad ini! (keh keh keh..) <Berikut sebahagian dari pengenalan oleh Beverly Yong & saya untuk jilid ini: <Projek Naratif Seni Rupa Malaysia ini meneruskan kerja-kerja tersebut dan cuba memperkembangkan usaha-usaha penting sedemikian di dalam merakam dan menghurai perkembangan seni rupa Malaysia. Dari mula lagi ia tidak bermaksud mengemukakan “sejarah seni rupa Malaysia” yang muktamad atau lengkap, dan sengaja mengelak dari mengisahkan sejarah ini secara yang benar-benar linear lagi kronologikal sambil mengekalkan rasa sedar terhadap perkembangan-perkembangan yang

Dari SENDAWA ke SENTAP!

Image
Balai Seni Visual Negara sedang menjalankan Pesta Buku Seni sehingga 15 Disember 2011 dari jam 10 pagi hingga 7 petang. Inilah waktunya untuk kamu semua dapatkan katalog-katalog BSVN pada harga istimewa (diskaun hingga 70 persen khabarnya). Ada juga beberapa penerbit luar yang menjaja produk masing-masing. Esok 6 Disember 2011 (Selasa), 4.30 petang bertempat di Aras 2, aku akan merapu hal penerbitan. Topiknya "Dari Sendawa ke Sentap". Berkisar apa, siapa dan kenapa aku terjebak dalam penerbitan buku dan majalah seni. Selain itu, aku akan berkongsi prosedur asas untuk menjadi penerbit kecil-kecilan. Jemputlah kalau ada kelapangan. Masuk percuma!

RAJA'AH: JEMPUTAN UNTUK PARA PENGIKUT SENDAWA!

Image
SINOPSIS: RAJA’AH: Seni, Idea & Kreativiti Sulaiman Esa [dari 1950an – 2011] dirancang sebagai sebuah pameran persis retrospektif yang menghimpun sejumlah karya yang pernah dihasilkan oleh Sulaiman Esa, salah seorang seniman tersohor tanah air. Ia bertujuan memberi peluang kepada khalayak masa kini menyelami bukan cuma perubahan bentuk tetapi yang lebih pentingnya peralihan proses, idea dan konteks yang melatari setiap siri pengkaryaan beliau sepanjang tempoh 50 tahun. Perkataan raja’ah bererti kemunculan semula, dan secara khusus merujuk kepada peralihan diri manusia dari yang duniawi dan eksistensial ke yang spiritual dan primordial. Dari satu segi, ia perjalanan batini yang terungkap dalam maksud potongan ayat Al-Quran “inna lillahi wa inna ilaihi raji’un” – sesungguhnya kita adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kita kembali. Doktrin atau aqidah raja’ah menjadi pertikaian di kalangan ramai ulama Islam, lebih-lebih lagi dari sudut perkaitannya dengan fahaman Syiah. Beg

sentAp! KUNIN WOO..

Image
Sudah di pasaran! Dapatkan di Kedai Galeri Balai Seni Lukis Negara & Galeri PETRONAS sebelum terlambat :)

EUFORIA

Image
30 April 2011-Projek Rabak@Menora Tuisyen, Ipoh Syukur ALHAMDULILLAH segalanya berjalan just as planned . Small occassion but very intimate and sempoi indeed . Berbilion terima kasih kepada semua yang hadir especially team Projek Rabak, En Hasnul & the gang, Ise, Rahmat, Fathul, brothers & sisters of UTP, Airmaz, wakil2 SGE,. Last but not least to Pak Samad yang sentiasa memberi semangat walau dari jauh. oh ya..kepada abang Pyanhabib yang berkempen stail jual ubat atas pentas di pesta buku sampai sold out hehe..lu rock! 'Duta' Euforia Fathullah Luqman Yusuff :) turut beri ucap sewaktu majlis pelancaran. Sungguh bermakna untuk saya. Juga tqvm kepada member2 yang sms, call, fb dari jauh..kirim beli buku atau mengucap walau sepatah kata 'tahniah'. Saya cukup hargai. Sungguh. I feel so blessed. I wanna cry.. [Sepatah dua kata A.SAMAD SAID untuk majlis pelancaran EUFORIA oleh Rahmat Haron anjuran Projek Rabak - 30hb April 2011 (Sabtu), 3.30 petang, Pusat Tuisyen M

HARI EUFORIA

Image
Syukur Alhamdulillah. Terima kasih tak terhingga kepada pihak Muzium & Galeri Tuanku Fauziah, USM Pulau Pinang - khusus buat pengarahnya Encik Hasnul J Saidon yang mendorong serta menyokong projek penerbitan ini. Tabik untuk semua staf beliau yang bekerja keras lebih-lebih lagi Cik Safeena selaku editor bersama. Jasa kalian hanya Dia sajalah yang membalasnya. Kiranya ada kelapangan, jemput sama-sama merayakan kemunculan buku julung hamba yang tak seberapa ini --- EUFORIA :) Sabtu, April 30 · 3:00 - 6:00 petang Menora, 222A & 224A, Jalan Bercham, Taman Ria, 31400 Ipoh (Bersebelahan BSN Bercham) Persembahan Pelancaran oleh RAHMAT HARON & Sepatah Dua Kata oleh A.SAMAD SAID PARA PEMBACA/PELAGU :: Hasnul J Saidon Fathullah Luqman Yusuff Airmas Chromatic Asyraf Maskan Space Gambus Experiment Mohd Jayzuan Seyn Riduan A.dullah MASUK ADALAH PERCUMA! Natasha (017-5058314) Yvonne (019-5429779) DIBIKIN OLEH KUTU-KUTU DI: Projek Rabak (http://www.facebook.com/pages/Projek-Rabak/15891493

sentAp! terbaru sempena tahun baru

Image
Anda sering disentap dengan masalah-masalah negara? Well..for a change mengapa tidak sentapkan diri anda dengan membaca esei-esei sensasi oleh orang-orang seni? sentAp! isu 3/09 yang sedang menjadi rebutan ini sudah boleh didapati di kedai-kedai galeri BSLN, Galeri Shah Alam & Galeri Petronas pada harga RM15 c.o.d. (Walaupun harga petrol, gula, air dll sudah mencanak naik, kami tetap tak naikkan harga) Membariskan para penulis seperti Rahmat Haron, Yusuf Martin, Sarena Abdullah, Beverly Yong, Dr. Zulkifli Mohamad, Katsuyuki Hattori, Hasnul J Saidon dan Nur Hanim, sentAp! pada kali ini tentu tidak akan mengecewakan anda.(Kalau kecewa juga..maknanya anda kurang ‘hip’ haha) Di sini saya juga mengambil kesempatan mengucapkan ‘Selamat menempuh tahun 2011’ kepada semua pembaca budiman. Salam Maal Hijrah. Berhijrahlah kita. Kepada semua artist wannabe , jadilah seorang seniman yang bukan sekadar seorang seniman.