Posts

Showing posts from March, 2009

Koleksi Saya 11-12

Image
Jumaat lepas aku dibahagiakan lagi dengan lambakan lukisan yang dihadiah Rahmat.Sudah agak banyak lukisannya yang aku simpan (termasuk yang dibuat dengan tinta darahnya dulu).Aku berlagak sebagai arkib tidak rasmilah konon-kononnya.. Pada 14 April 2006 aku sempat menjadi kurator pameran ULANGTAYANG (Rahmat dan Fathul).Pejam celik sudah dekat 3 tahun rupanya. Dan dalam tempoh tersebut kedua-dua susuk istimewa ini masih gigih melukis. Tiada apa yang lebih memuaskan seorang kurator dari melihat pelukis yang diangkatnya terus berkarya! Ini sebahagian dari teks kuratorial aku di dalam katalog pameran ULANGTAYANG: Rahmat: Carut Realisme ke Balut Surrealisme Menyelami karya-karya Rahmat menemukan kita kepada dirinya yang satu lagi: diri yang mahu bertenang dari kemelut sosio-politik-personalnya. Barangkali manifestasi kepada diri yang disangka-sangka digagali Cinta, dibeloti Sejarah, didustai Takdir. Majoriti lukisannya berperanan mengimbangi suara-lakunya yang skeptikal, kritikal, nakal. ‘Ca

Hujung minggu yang HYPER

Image
Aku dan suami memaksa diri untuk putuskan sebentar rantai dunia profesionalisme kami demi anak-anak. Orang lain sudah habis enjoy cuti sekolah. Kami mula bercuti-cuti dari Jumaat hingga Isnin (cuti ekstra sendiri hehe). Waktu yang berdetak terlalu laju membuatkan kami gelisah tidak punya masa kualiti dengan mereka sebelum masing-masing membawa haluan sendiri. (Ataupun kami pergi menyambut panggilan Ilahi sob sob) Sabtu pagi kami ke Berjaya Times Square mengunjungi Festival Games & Anime, melayan mereka main game dan bergambar dengan karakter-karakter dan maskot apa entah. Amoi-amoi bergaya ala gadis Harajuku, berpakaian skirt beropol pendek dengan stoking belang sudah tentu menjadi umpan yang berkesan untuk memancing para belia datang menghurung. Petangnya kami shoot terus ke Masjid Tanah Melaka. Seperti biasa dengan perangai rock n roll kami main redah aje. Kawasan semakin gelap dan menyeramkan dan tiba-tiba kami menyanyi lagu Hotel California dalam keretalah pulak. Nasib baik a

VIDEO ART FROM JAPAN

Image
Moh lepak di RUMAHYKP, 32, Laluan Tasek Timur 12, Taman Seri Dermawan, Ipoh (berdekatan TESCO EXTRA Bercham). Tel: 05 5484150 kalau sesat! ------------------------------------------------------------------------------------ About the Artist: Katsuyuki HATTORI, (b.1973) is a Japanese video artist, based in Tokyo. He has been active in producing single-channel videos and collaborated with many artists such as theatre choreographers, contemporary dancers, poets, musicians, and so on. He also produces live video performances. Hattori, who graduated from San Francisco Art Institute, co-founded several important video art organizations in Tokyo such as Tokyo: Spread Video Art Project, Art Lab. Goldenshit, and Video Art Center. His work has been shown internationally in Spain, Canada, Ireland, Australia, France, Mexico, China and Indonesia, amongst many countries. SATO Hiroaki, (b. 1962) is a video artist cum musician who graduated from Nihon University, College of Art. He is also act

Musim Bunga

Image
Musim bunga sudah tiba baby roses sedang mekar oh teratai bunga indah engkaulah pujaan hatiku.. buah popi tunggu dituai hari ini kami mulakan cuti sekolah dengan spring cleaning Amacam? Cukup jiwang? XD

2 minutes to midnight...

Ada suara sinis menepuk-nepuk gegendang telingaku. “Makin politik blog kamu?” Aku jawab, “Sukahati aku lah blog aku. Seorang seniman yang bertanggungjawab harus sensitif dengan persekitarannya bukan? Atau..seorang seniman yang sensitif harus bertanggungjawab terhadap persekitarannya bukan? Seni adalah politik macam juga politik adalah seni” Dalam hati, "Kalau untuk yang jauh di Gaza pun ada yang sampai berpintal urat leher melaungkan keadilan, masakan untuk tanahair dan masyarakat sendiri sanggup diam membatu mati kutu. Sudahlah. Tanggalkan saja topeng itu. Pasang saja yang baru." OK.. OK..esok aku kasi entri jiwanglah pulak!

INNALILLAHIWAINNAILAIHIROJI'UNNNN

Image
Pagi ni jalan-jalan ke Lokkin. Cari buku dan tshirt bundle. Teringat pula nak singgah di pokok yang popular itu. Hah! Tengok-tengok berduyun manusia sedang bersidang di bawah pokok..bicara tentang plak yang dah dialgojo Majlis Bandaraya Ipoh. Macam-macam spekulasi. Ada yang kata pokok tu tak lama lagi akan ditebang kerana ada pihak nak buat jalan terus merentangi ke 5 lagi anak pokok yang baru ditanam tempohari..terus ke pintu pagar SUK. SAYANGILAH ALAM SEKITAR!

ISH..ISHH..ISSSHHHHH

Image
Kecewa aku pagi tadi. Baru plan nak berposing bawah pokok sena yang glam itu. Sekali tengok plak yang dipasang dah dipecahkan.Ada seorang pakcik dengan nada bengang cakap semalam benda tu masih elok(pakcik ni pergi tengok hari-hari ke pun). Difahamkan acara vandalisme berlaku sekitar jam 1.00 pagi semalam. Siapalah yang bergaduh dengan batu dan pokok ni gamaknya:) POKOK DEMOKRASI dirakam pada jam 10.45 pagi Plak pada 14 Mac 2009:

Kajian Semiotik 4

Image
Abah..kenapa kau pergi cepat sangat tak terdaya aku membuang rindu yang menyengat 1 April nanti genaplah aniversari kepulanganmu satu dekad hari itu di cuping jenazahmu aku masih sempat berseloroh April Fool ye.. buat-buat mati.. Abah.. aku puterimu yang masih nakal seperti dulu alangkah bestnya kalau kau masih ada tentu saja kau yang pimpin tanganku menuju ke istana mengesat mataku yang berair dan meniup serapahmu ke lubang telinga dan bila kita kembali ke teratak selepas kujamu dirimu dengan dalca dan capati pasti kau karang sebuah lagu dengan gitar buruk aku yang kau beri kau pelawa ibu menari waltz merayakan sebuah kematian

PESTA JIWA LAGI

Image
7 Mac 09 2.00-4.30pm Akhirnya tercapai hajat aku untuk membuat penyelidikan dan dokumentasi bagi siri 'pesta jiwa'. Selama ini ada saja rintangan untuk aku turut serta bergumul dan menculik sedikit semangat serta aura para ekspresionis di jalanraya. Perasaannya luarbiasa pelik tapi sangat mengujakan. Untuk aku, puluhan ribu manusia dari pelbagai latarbelakang berjalan secara aman menuju ke istana dengan solidariti yang serupa menghadirkan karakter visual yang begitu kuat. Jika ada isu-isu lain menggunakan merah dan kuning sebagai tema, kali ini warna putih mendominasi suasana. BahaZain & Marsli N.O (gambar dicuri dari blog sinaganaga) Keadaan akan menjadi lebih bahagia serta pemerintah dan pihak berkuasa akan lebih dihormati sekiranya mereka buang rasa paranoid dan sikap melatah melepaskan gas pemedih mata yang mengikut Rahmat Haron "antara acara protes yang diberi tear gas paling banyak" ini. Aku zoom kamera video ke arah anggota FRU dan membaca riak wajah sebah