Posts

Showing posts from February, 2009

POLITICS IN ART

Image
"CENTRAL PILLAR" organized by Muzium & Galeri Tuanku Fauziah, Universiti Sains Malaysia (USM) is a series of art and science talks that serves as the intellectual pillar of the Muzium & Galeri Tuanku Fauziah and the (USM) School of Arts. The series is presented through activities such as public lectures, mini-seminars, dialogues and workshops between students and cultural activists, as well as professional practitioners. Topic: "Politics In Art" Guest Lecture: Mr. Hasmi Hashim Where: Muzium & Galeri Tuanku Fauziah, Universiti Sains Malaysia (USM) When: Friday, February 27, 2009 at 3.00pm Organizers: Muzium & Galeri Tuanku Fauziah, (USM) Admission is free For further information, contact: 604- 6533888 ext 3261/2137/3267/2427 or e-mail: dir_muzium@notes.usm.my / shicaineshuib@yahoo.com / ayzz_mng@yahoo.com / adzlan_mgtf@yahoo.com visit website: www.mgtf.usm.my

Takziah

Pelukis sohor tanahair IBRAHIM HUSSEIN adinda kepada Tan Sri Ismail Hussein (GAPENA) dan sasterawan Abdullah Hussein telah meninggalkan kita awal pagi tadi. Sembahyang jenazah akan dilakukan pada waktu zohor di Masjid Bangsar & pengkebumian di Tanah Perkuburan Kiara. Perkhabaran terkini (10.30 am): Solat jenazah selepas zohor di rumah beliau di Pantai Hill. Jenazah disemadi selepas itu di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara. 10.39 am Aku kena 'sound' dengan Dato' Lat.."lain kali telefon-telefon le mike"..terkilan juga aku kerana beliau ada di KL malam tadi buat persediaan untuk ke London hujung minggu ni. Kalau tidak tentu dia menjenguk Ib di hospital. Selalunya aku ni spesis yang rajin maklumkan pada kawan-kawan pasal kematian dan musibah yang menimpa artist..tapi semalam kredit low daa..sori aa dato'. Kita hulur doa dari Ipoh sajalah. check this out! http://anwaribrahimblog.com/2009/02/19/takziah-atas-pemergian-datuk-ibrahim-hussein/ http://saloranseni.b...

Kajian Semiotik 3

Image
Ini koleksi foto aku yang agak mahal. Pak Aji Samad merasmikan festival Notthatbalai 2007. Huhu..

GAZA ART BAZAAR

Image
SERAKAH Akrilik atas kanvas 2009 SERAKAH menyentuh kemelut penderitaan yang berlegar di bumi gersang Palestin. Mata dunia memandang terkejut dan bersimpati namun tenungan mereka hanyalah sekadar tenungan. Kemanusiaan hilang ditelan rasa tamak haloba dan gila kuasa. Karya ini menguak dimensi gelap insan yang mabuk dengan nafsu serakah tersebut. Bahagian tengah menonjolkan anak mata yang diselaputi tiga warna bendera Palestin yang ‘distorted’ dan binasa akibat kerakusan dan kezaliman manusia. Kepulan asap kemerahan sengaja dilebih-lebihkan untuk menterjemah bahang neraka dunia. Ini sekadar interpretasi pelukis yang tidak pernah berada di dalam suasana kebobrokan tersebut. Bunyinya tidak adil namun rasa sedih, amarah dan simpati tetap wujud di sudut hati. Lukisan ini dibuat khusus untuk projek MSRI untuk Palestin dan sudah dipamerkan di Annexe CM pada awal tahun. Kini pameran tersebut digabungkan dengan lain-lain karya terbaru pelukis tempatan di Balai Seni Lukis Negara melalui Pameran Am...

Raja Lawak

Anak bongsuku merungut sepatutnya dia dimasukkan ke kelas second last bukan last . Terpelanting ke kelas terakhir kerana kelas yang lagi satu sudah terlalu penuh. (Di kelas baru dia dilantik guru mengajar empat orang kanak-kanak pemulihan membaca) Aku ingatkan dia, tahun lepas semasa di kelas paling top dia sering dapat nombor corot walaupun keputusan baik. Terlalu banyak persaingan. Biarlah masuk kelas terakhir ini, untung-untung kali ni boleh dapat nombor satu ke.. dua ke ..tiga ke.. Aku cuba berlakon intelektual memberi contoh agar dia puashati: “Macam kita ni middle class susahlah sikit nak ikut rentak orang high class . Hari-hari semua orang kena makan. Hari-hari semua orang pakai baju. Cuma orang high class lebih mewah, kita tak akan terikut rentak mereka. Jadi terima ajelah kenyataan. Sebab tu rakyat pun tak boleh ikut rentak sultan.” “Apa mama cakap ni?”…Errr..sorilah mama tengah mamai baru bangkit tido..:P

Chandan

Seorang teman SMS “Kau terlalu dekat. Jarakkan sedikit” . . . . . . . . . Aku hanya seorang seniman kerdil yang tidak mampu menyahkan rasa sensitif terhadap persekitaran aku. Aku bukan sekadar membaca visual tetapi semiotik sesuatu peristiwa. Apalagi ianya bersangkutan dengan Bukit Chandan – tanah kelahiran dan tempat membesarnya arwah nenda dan ayahanda aku. Ya.. aku memang terlalu dekat!

Lompat Si Katak Lompat

Image
Arca katak miniatur karya Silvio Apponyi, pengarca Australia (Edisi 11/50, 1999) "Katak o katak, kenapa panggil hujan" "Macam mana aku tak panggil, ular nak makan aku" Aku memang peminat katak. Di rumah ada hiasan-hiasan katak yang kiut-kiut.Katak ada banyak spesis. Terkini di Perak sudah ditemui spesis baru katak. Ianya boleh bertukar warna. Merah ke hijau ke biru muda ke biru tua. Aku tidak berminat dengan spesis ini tapi ianya menarik juga untuk kajian seni visual ... Hari ini hujan tersangat lebat di Ipoh. Begitu banyak katak melompat-lompat girang..

Anugerah Seni Negara

Sekalung tahniah untuk HASNUL JAMAL SAIDON dan JUHARI SAID kerana bakal mendapat Anugerah Karyawan Seni (Seni Visual) pada 18 Februari 2009. Cayalah!