Posts

Showing posts from April, 2009

ooo laa laa...

Image
Cayalah Mat! Pak Samad boleh rileks dah pasni :)

Semangat Besi

Image
Vrooom vroomm..fuyoh boleh runtuh jiwa minah rempit dan awek bohsia dibuatnya (oops! jangan pilih jalan hitam! hehe) Seperti yang dijanjikan Raja Shahriman tiba dengan Shadownya selepas Isya' malam tadi untuk menyempurnakan sesi temubual di rumah aku. Rakaman lebih dua jam yang aku buat itu lebih menumpukan tentang aspek teknikal di dalam pengkaryaannya. Dari penggunaan besi buangan yang bermula dengan siri Gerak Tempur hinggalah pemakaian rod dan plet besi yang ditempa seratus peratus secara manual bermula dengan siri Nafas. Seperti lazimnya, bila berbicara dengan Shahriman, terlalu banyak ilmu yang aku perolehi khususnya tentang sifat-sifat besi selain lebih mengenali ketaksuban beliau dengan senjata Melayu seperti keris. Malam tadi terungkai sebuah hal yang aku tidak pernah tahu. Pada awal pengajian di ITM, beliau langsung tidak berminat dengan arca tetapi begitu ghairah dengan catan-catan surreal dan fantastikal Dali, Max Ernst dan Francis Bacon. Shahriman lantas mengambil cata...

SANDIWARA DI PERAK

Image
22 April 09 jam 3 petang aku sudah menanti di lobi Hotel Heritage Ipoh. Pelukis M.Aminuddin sudah berjaya menjerat aku ke dalam kancah sebuah sandiwara yang tak tercapai akalku.. Kami menyambut harijadi seorang amoi bernama Janet. Inilah sambutan harijadi yang paling remeh dan bermasalah. Hebatnya party ini hingga mereka terpaksa mengupah artist Amin dan Fadhil Idris untuk membuat 'instalasi' secanggih mungkin. Entah berapa belas kali hadirin terpaksa menyanyi 'happy birthday' dan Janet pula termengah-mengah meniup lilin pada kek berulangkali.Boring sungguh. Sebenarnya aku terjebak dalam shooting scene harijadi sebagai pianist kehormat. hehe. Mujur saja hanya lagu Happy Birthday (yang aku ambil score nya dari internet)yang diminta pengarah. Kerana aku sudah tidak begitu konfiden untuk membaca nota-nota Bach, Cezanne dan Beethoven lagi. Tajuk drama ini 'Nur Ar-Rahman' terbitan RTM [cari makan beb ;)] di bawah pengarahan Asri Alias. Tunggu tayangannya pada bul...

So..makanya...

Image
Awal pagi Sabtu aku sudah pecut dari Ipoh kerana harus menghadiri mesyuarat di sebuah venue anon untuk sebuah projek baik punya di penghujung 2010 (jengjengjeng..kasi suspen la sikit). Bersurai sekitar jam 3 dan terus menghala ke Jalan Tun Razak untuk ke BSLN memungut beberapa perkara. Jem agak pekat. Mungkinkah kerana rakyat Malaysia berpusu-pusu ingin ke pesta buku? Sungguh unsangkarable.. Alang-alang ke Kolumpo, petangnya aku teruskan langkah ke galeri Pelita Hati. U-Wei Saari melancarkan pameran '3D to 2D Sculpture Studies' iaitu karya-karya prosesual pengarca dalam bentuk lakaran. Agak menarik pameran ini kerana kita diajak mengintai dulu proses awal mereka mengembangkan idea sebelum penghasilan arca. Pameran arcanya pula dijangka pada bulan Mei nanti. Antara seniman yang mengambil bahagian adalah seperti Daud Rahim, Raja Shahriman, Suhaila Hashim,Ramlan Abdullah, Rosli Zakaria, Abdul Multhalib dll. Selingan: [Malamnya Rahmat ajak ikut acara luncur buku oleh Pak Samad di T...

Pheeewwwitttt!!!

Image
Gambar sewaktu di House of Matahati yang dirakam duta seni Ahmad Fuad Osman, 2008 Aku 'berkenalan' dengan Amy & kugirannya Search melalui stesen radio Singapura pada tahun 1984/85 yang ketika itu mempromosi album debut 'Cinta Buatan Malaysia'. Sewaktu itu aku tinggal di Larkin (sekarang ni dah jadi area UFO youu..), Johor Bahru. Dia telah menjadi teenage idol aku dan sekarang terus menjadi makcik bedah's idolaku :D Amy, wa caya lu! Check this out: http://siasahdaily.blogspot.com/2009/04/nik-aziz-terharu-apabila-artis.html

Pameran BERTEMU SALINA

Image
Esok jam 2.30 petang, jika tiada aral melintang aku akan menjadi ahli panel untuk sebuah wacana mengenai pameran bertajuk BERTEMU SALINA di Fakulti Seni Halus Uitm Perak. Panel jemputan lain adalah Pak Samad sendiri, Puan Zanita Anuar, kurator besar Balai Seni Lukis Negara sementara fasilitator ialah Encik Noor Azizan PAIMAN (UiTM) Cayalah UiTM Perock! ps: Bagi sesiapa yang sudah selesai mengundi di Bukit Gantang nanti bolehlah singgah. Selamat mengundi. May the best man win . Pameran BERTEMU SALINA (Hasil kerja terpilih para pelajar tahun akhir Program Seni Halus sesi Disember 2008)berlangsung di Galeri UiTM Sri Iskandar dari 6 April - 6 Mei 2009. Antara karya: Sekitar acara (dikemaskini 7 April 09):

SEDEKAD SUDAH..

Salam Abah, Sedar tak, hari ini sudah genap 10 tahun dikau di hijack Tuhan ke alam baru itu. Kami di dunia masih OK. Cucumu tetap 6 masih belum bertambah. Ibu masih menyibukkan diri dengan aktiviti-aktiviti seperti marhaban, rombongan makan angin dan pusing padang pagi-pagi bersama gengnya. Jangan risau, dia masih solo :) Dunia seni aku nampaknya semakin menarik selaras dengan kematangan aku. Terima kasih kerana sejak nak ambil SPM dulu sudah hire rakanmu untuk mengajar aku melukis. Aku pun tak pasti pelukis Grace itu hidup atau mati. Terima kasih kerana mengizinkan aku belajar seni dan fotografi di Holborn dulu. Terima kasih kerana membawa aku menjenguk Mona Lisa di Louvre. (btw, Mona diberitakan nak masuk BSLN!). Terima kasih kerana tolong buatkan artist statement aku masa mula-mula nak berpameran dulu hehe.Terima kasih kerana hadir di pameran-pameran yang aku sertai. Ahh abah..aku terlalu melankolik ketika ini. Menyelak sehelai-sehelai lembaran kisah kita yang lampau. AL-FATIHAH.