Laksamana Hang Rori
LAKSAMANA HANG RORI, 2009 Kadang-kadang kita ambil mudah peranan seseorang, sesuatu atau 'sesebinatang'. Sering juga aku merungut bila terpaksa mencuci sepah yang dibuang, bila kena menyusun semula hiasan yang bergelimpang, bila harus menahan pendengaran dari bunyi miawan yang nyaring kelaparan. Tapi malam tadi merubah segalanya. Aku kini percaya 'cat is also a man's best friend'. Maka, dengan daulah yang aku miliki, dengan ini aku tabalkan kucing kami sebagai Laksamana Hang Rori di atas khidmatnya menyelamatkan aku dan anak-anak tengah malam tadi. Alhamdulillah. Terimakasih juga kepada adik-adik dari Unit Pertahanan Awam Malaysia kerana bersabung nyawa untuk kami