Posts

Showing posts from November, 2009

JEMPUTAN KE FORUM SENI

Image
Anda semua diundang ke forum yang diatur sempena pameran solo Raja Shahriman "Rythms of the 21st Century" yang bertajuk "SENI ARCA DARI KACAMATA SOSIAL, BUDAYA & AGAMA" 21 November 2009 (Sabtu), 3.00-5.00 petang Galeri PETRONAS, KLCC Ahli Panel: 1. TENGKU SABRI TENGKU IBRAHIM Pengarca/Pensyarah Multimedia University 2. MAD ANUAR Pengarca 3. RAJA SHAHRIMAN RAJA AZIDDIN Pengarca 4. FATHI ARIS Pengkritik Budaya/Editor Malaysiakini 5. USTAZ MOHAMAD NAJIB BIN ABDULLAH Ketua Program Sarjana Muda Fiqh dan Fatwa Fakulti Syariah dan Undang-undang (FSU) Universiti Sains Islam Malaysia Moderator: NUR HANIM MOHAMED KHAIRUDDIN Pekerja Seni

SENSASI!! TAF Project

Image
Pyanhabib buat kali kedua pada tahun ini menyatakan rasa kasih sayangnya kepada brader Zambry. Terima kasih terkejut kami kerana YB sudi menaja nasi ganja untuk para seniman dan krew TAF :D Foto Eksklusif TAF Project ini ditaja oleh Ise dari Parkingproject More on NASI GANJA

TAF - fun(d) raising

Image
Wah. Pejam celik pejam celik dah dekat 3 minggu rupanya tak dikemaskini blog ini. Pantas sungguh masa melintas. Aku rasa malas pula menyambung siri kembara Jepun itu.. kerana ada perkara yang lebih utama yang mahu aku kongsi dengan pembaca. Jumaat lalu, aku dan Kamal Sabran mengambil keputusan untuk meneruskan projek khas untuk teman kami Amirul Fakir, yang sedang diuji dengan sakit yang tidak dapat dikesan puncanya. Cadangan ini sudah lama dicetuskan Meor Yusof Aziddin, penyanyi folk yang sedang meletop itu, tapi oleh kerana ada sahaja aral yang melintang pukang..maka tertangguhlah ia. Kami memanggil projek ini ‘TAF Project’. Untuk yang ‘tough’ sahaja ☺ Amirul sudah menderita sejak April tahun lalu, hanya kira-kira dua minggu setelah pelancaran kumpulan cerpen pertamanya yang bertajuk Mea Culpa. Beliau kini menjalani rawatan secara tradisional setelah dicadang sendiri oleh pakar perubatan moden. Misteri ini hanya milikNya. Bagi yang tidak mengenali Amirul, dia adalah seorang penyair d...