Koleksi Saya #6 & #7


BAKHTIAR NAIM JAAFAR
"Jeri In Dream"
Mixed media
Dimensions Variable
2006




Baru jam 12.30 pagi tapi mataku sudah nampak bantal. Ini mesti penangan pil selsema yang aku telan selepas makan malam tadi. Bukan sekadar air hidung, idea-idea bernas untuk menulis pun ikut kering (kunun). Sebelum aku tidur awal malam ini, elok juga aku pamerkan dua karya berbentuk bantal.

Sepasang bantal oleh Baktiar ini aku beli semasa pameran tribut Jeri Azhari di BSLN. Aku dan Hamir Soib (Gudang) dengan rakan-rakan di BSLN berjaya lakukan tribut itu kira-kira dua minggu setelah pemergian arwah. Sekitar 60 pelukis mengambil bahagian. Perasmian pameran yang paling berjaya dan best aku rasa, kerana begitu ramai yang datang walau malam itu di kaca tv ada siaran langsung perkahwinan siti nurhaliza & datuk K!


AZLIZA AYUB
"A Reminder"
48 x 78cm
Cotton & polyester pillow
2008

Lagi satu karya bantal..wah pelik betul 'art' ni bukan? Aku beli karya ini kerana dia ada perkaitan dengan instalasi yang dibuat Azliza Ayub di pameran Out of the Mould. Ianya menggunakan sepohon merah sebagai metafora dunia wanita dan motherhood. GOOD NITE!

Comments

MeDiArTpAsSiOn said…
Wow, Dahsyatlah Mr. Bard aka Baq dari band Bards Band, anim kolek work ko. Kalau baq ni bg statement / konsep apapun tentang work dia jgn percayalah, 4 tahun belajar membohong jer tu. Aku eknal sgt dia ni, Sebenarnya dia tu kaki tido...... Sori Baq pecahkan rahsia ko.
oooowh patutlah bantal ye..dibuai mimpi jelah ni :)

bak..continue lah berkarya. sia2 je hamba kolek work tuanhamba..jangan bagi alasan takde studio..saya punya studio pun kat ceruk dapur jer..
MeDiArTpAsSiOn said…
Tu lah bebudak sekarang, tak buat work jer bagi alasan tadak studio, Macamana nak mampu bina studio kalau tak berkarya???????
nerve said…
alamak terharu nye sy kak hanem, masih berkarya ..slow slow ..pelan pelan kayuh..

sy belajar berbohong itu pun daripada en majidi la sape lagi...hehe tabik bos!
MeDiArTpAsSiOn said…
Seronok apa berbohong. Tanpa bohong tak mainlah masuk bidang ni. Ko ingat pensejarah (Penjarah) art2 seni tu tak berbohong ker? Para kurator pun sama hehehehehehehe. Baq jom kita merapu kat sini seperti mana anim ngan kura2 merapu kat blog aku hahahahahahahahampeh
alhamdulillah. yaa mari mari..lagi ramai lagi meriah ni..
nerve said…
itu lah kadang kadang rasa macam nak berbohong je hari hari kat blog ni...kecuali hari jumaat...ambik berkat hidup..

k.anem free love men kat bkt bintang trun ka? hehe cr baju lawa lawa haha...
bohonglah sebelum kamu dibohongkan :)

alahai, if im 20 years younger, mau gak turun tgk freelove tu..takpe, sedia aje neskepe satu jug, jay boleh perfom kat rumah je nanti hehe

btw,cover album ise yg lukis tau. lukisan bard dimerchandisekan lagi ke macm tshirt muck tu? huhuu

Popular posts from this blog

Koleksi Saya #4

Bila Tempua Bersarang Rendah

NARATIF SENI RUPA MALAYSIA