Malique OK
Aku sebenarnya alergik dengan hiphop. Kekadang naik meluat tengok orang yang fanatik hip hop dan lagu-lagu black yang perasan nak jadi negro melayu. Kecuali lagu-lagu Eminem yang agak sarat dengan kritik sosial tu aku layan juga lah.
Bulan lepas aku beli album terbaru Malique (dari kumpulan hiphop Too Phat)semata-mata nak support usaha-usaha independen dia. Pelik juga, dah elok-elok mainstream tiba-tiba nak jadi indie pula. Myo dari Bodysurf Music terkedu bila Malique sendiri yang hantar cd untuk dijual di kedainya di Ipoh. Difahamkan album ini agak sukar didapati kerana Malique tak mahu pakai ejen. Tahu-tahu jelah bila berejen ni, komisen yang dipotong melampau-lampau. Itu belum tolak kerugian selepas cetak rompak lagi.
Ada 20 track. Sebenarnya 18 je berbunyi. 2 track lagi tajuk nya 'Diam' di awal disc 1 dan akhir disc 2. Nakal. "Mantera Beradu" yang menampilkan M.Nasir tentu ramai yang dah dengar di radio. Selain itu "Kau Yang Punya" & "OK" aku boleh ulang dengar. Ada deklamasi puisi pulak dah. Tajuknya "Layu" tentang Melayu yang layu, diakhiri dengan suara Che Det merintihkan beberapa baris 'Perjuangan Yang Belum Selesai'nya. Pada hip hoppers, album ini mungkin mengenyangkanlah. Maaf aku masih tak dapat digest genre muzik macam ni. Kepala aku masih metal :)
Comments
selamat hari raya yang terlambat.
Semalam (ahad) saya ke Ipoh, ziarah sahabat kita Amirul.
Sangat kesian tengok rumah kena serang dengan Ali Baba Bujang Lapok. Syukurlah tak ada yang cedera. Ni kena bela rottweiler sekor kot...
rahimidin, ya amirul ada kirimkan salam sdr semalam..alhamdulillah pintunya sudah dikuak lebih besar untuk menyambut kehadiran teman-teman
pol, memang dah lama sangat teringin nak bela rotweiler ni..dulu pernah bela puppy sakit yg sesat di pintu rumah tapi akhirnya mati tak smpai sebulan.. ni tengah berdebat dengan ustad syed omar ..nak pakai fahaman ulamak kaum muda ke kaum tua nih :)