Ucaplah Alhamdulillah
Tahun ini begitu menduga aku sekeluarga. Kasihan suami yang telah mengambil cuti panjang tiba-tiba hanya dapat beraya di kampungnya satu hari saja. Para iblis dan syaitan yang dilepaskan setelah menjelangnya detik Syawal sudah mengutus para pengikutnya bertandang ke rumah kami. Petang raya, ibu dan adik-adik yang beraya di Ipoh yang menjenguk rumahku untuk memberi makan kucing-kucing dan ikan-ikan hampir pengsan melihat ‘tongkang pecah’. Kami bertolak dari Terengganu pada hari berikutnya untuk mengenalpasti barang-barang berharga yang hilang untuk menyempurnakan laporan polis. Polis yang mengambil laporan begitu lembab dan menyukarkan benda yang mudah mengikut adik lelaki aku. Kami memperolehi nombor telefon untuk melapor ketidakprofesionalan polis tapi aku fikir pejam sajalah sebelah mata. Lagipun mungkin mereka sedang stress melayan begitu banyak laporan pecah rumah. Difahamkan rumah aku pun merupakan yang kelima dipecah dalam satu malam. Dijangka pada hujung minggu setelah pulangnya umat manusia dari kampung masing-masing, lebih banyaklah laporan pecah rumah akan diterima. Kasi chance lah kan.
Tak banyak yang hilang kerana tak banyak harta pun di teratak buruk aku itu. Cuma aku hangat hati kerana terpaksa mengemas barang dan pakaian yang disepahkan. (Ini pun break sekejap dari melipat kain baju yang ditabur dari lemari). Oh ya, anak-anak begitu frust dan bengang kerana PS2 mereka turut diambil. Tapi entah mengapa aku merasa separuh gembira pula. Hehe..
Apa-apapun kami anggap ini sebahagian ujian yang diturunkan olehNya sebagai indikator supaya kami mengenang kembali segala amalan dan perbuatan selama ini mungkin. Syukur Alhamdulillah ibu dan adik tergerak untuk tidur di rumah saudara yang lain. Syukur Alhamdulillah juga kerana para perompak kita masih buta seni. Karya Ise, Fuad, Hamir, Bayu, Kamal dan Raja Shahriman langsung tak dipandangnya!
Comments
untuk kak anim dan keluarga...selamat hari raya aidilfitri...maaf zahir batin
selamat hari raya & maaf salah dan silap selama kita kenal mengenal ok..
ps: sudah jumpa aisywara ke :)
(PS2 anak-anak dirembat,
dialu-alukan dengan gumbira, hui!)
*abang tak sempat singgah rumah, maaf ya. lain hari kena teh.
few months ago adik saya punya motor kena curik depan rumah sndirik.. padahal depan rumah kami ada je pakgad.. tapi pakgad tu dok wat apa ntahh.. tapi mmg benda dah nak jadii... motor adik saya kena curik, tapi mak saya yg gembira sakan..
sebab? mak saya risau adik saya dok wengg wengg sana sini...
tu la kan.. setiap kejadian yang berlaku, samada baik atau buruk, mesti ada hikmah tersendiri kan?
Alhamdulillah, sebab semuanya selamat..ye kak haneem..
*teringat iklan pasal pencuri kat TV3..*
silence, thanks.
ise, ingatlah lagu 'kita serupa':) dah di korea ke nie?
aik! nini berniaga kueh & kristal lak ke..tak melukis dah? thanx anywayz
selamat hari raya maaf zahir batin.
kojek.
alo kojek..good to see u here! jangan stop buat painting weh.
selamat ari raya juga...maaf salah silap
anyway, keep on writing woman!