Centre for Art & Media, Karlsruhe











Terpegun aku menatap bangunan Centre for Art & Media di Karlsruhe, sebuah bandar kecil kira-kira sejam dari Stuttgart. Lebih dikenali sebagai ZKM (Zentrum fur Kunst und Medientechnologie). Bekas kilang ini dijadikan pusat seni dan media pada tahun 1997 dan mendapat sokongan pemerintah. Masuk ke ruang pameran, mulut aku ternganga agak luas bila melihat sebiji hot air baloon dipancar dengan imej. Skala pameran sebegini sudah capai tahap bienale-bienale mega aku fikir, tapi bagi ZKM ini merupakan pameran biasa. Waduh..

Dr Andrea Buddensieg, pengurus projek (serta isteri kepada Hans Belting rupanya)memberi layanan begitu mesra. Beliau menghabiskan kira-kira 3jam menerangkan satu persatu karya new media yang memenuhi setiap tingkat galeri. Tak pernah aku melihat begitu banyak display karya-karya new media dalam satu masa. Pertembungan sains, matematik dan seni begitu kuat dalam setiap karya yang kebanyakannya berbentuk interaktif. Malaysia memang ketinggalan jauh ke belakang dalam bidang ini kerana seni sebegini memerlukan maintanence yang tinggi serta peralatan hi-tech yang kosnya tidak masuk akal.

Masuk jam ketiga aku dah mula rasa mual pula melihat karya-karya video yang terlalu banyak. Memang kalau nak menghayati sepenuhnya perlu allocate sekurang-kurangnya satu hari suntuk. Tapi aku cukup bersyukur sekurang-kurangnya diberi peluang mengenali sebuah institusi penting ini.

Aku di sini berjalan kaki rasanya jarak sudah macam dari Kuala Lumpur ke Tanjung Malim. Biasalah di tempat orang, kalau di tempat sendiri jarak sedepa pun nak berkereta! Hari ini setelah 20 tahun, aku menjilat salji halus yang singgah di wajah..

Comments

MeDiArTpAsSiOn said…
Seronokkan dpt tengok karya kontem? Memang Malaysia jauh ketinggalan, U pun ikut perkembangan 1 and only pertandingan mencungkil bakat kontem (BMS) di sini. U sendiri pun tengok hasilnya, makin lama makin loose. Media Art? Lagilah, yanag ada pun masih bermain dengan basic gadget dan nampaknya tak mau xplore lagi 'gila'. Lagilah gua sedih. Ada peluang taknak guna, takder peluang bising-bising nak peluang. Ntahlah. Memang camtu kot jiwa orang kita. Ada ura-ura nak buat Museum Kontem, tapi ada ker cukup work untuk tu???? Apa2 pun mogok masih terus sehingga rasa nak bangkit balik.
nerve said…
fantastish...! dast ist keith haring sculpture? haha schon, auswidersehen..

en magd jangan sedih ..nanti sy kasi bantal satu! kasi tidur lagi syok..hehe
Epah said…
Bestnyee.. Ku ingin menjilat salji halus juge T.T
(btw sorry xdapat skype td)
kamal sabran said…
tak dapat pi tgk gambaq pon jadila huhuh :)
Pyanhabib said…
kat mesia kapitalis memplastik segala yang antik.
* baca gambar dan tengok entri benda alah kat jerman ni, boleh sakit otak, aduiii!
hehe.. kita ketinggalan terlalu jauh. sebab itu hingga sekarang malaysia masih tak mampu anjurkan binale..yang ada cuma binawe (bak kat hasnul)
MeDiArTpAsSiOn said…
sebab orang camdia pun sama kot

Popular posts from this blog

Koleksi Saya #4

Bila Tempua Bersarang Rendah

NARATIF SENI RUPA MALAYSIA