Lady Fingers by lady's fingers


Arwah abah (seorang graduan agriculture)semasa awal perkahwinan memang suka berkebun di rumah. Aku boleh ingat scene pokok tomato, cili, sayuran dan batas di sekeliling rumah kami di Jalan Petri, JB sekitar usiaku 3-5 tahun. Bila dah memangku tugas yang banyak sebagai orang kuat pendidikan, beliau terpaksa lupakan hobi tersebut. Sejak itu kami menjadi konsumer tegar sayur-sayuran pasar mari.

Aku pun bila dah tua-tua ni baru terpanggil nak berkebun. Tak sangka pula aku ada 'jemari hijau'. Hari ini aku akan goreng bendi dan terung pipit dari edible gardenku yang comel itu. Lagi dua minggu harap-harap tomato berputik. Terung panjang masih kontot. Semua disemai pada waktu sama kira-kira dua bulan lalu, tapi bendi nampaknya lebih cepat memberi hasil.

Entah apa mimpi aku uplod hal kacang bendi pula hari ini..*chief betul..

*hanya U-Wei & the geng mengenal manikam..:)

Comments

Pyanhabib said…
cikgu besar tak mimpi oi! entri cikgu besar bikin wa nostalgia zaman anak alam. jo (zulkifli dahlan), abang tapa (mustapha ibrahim), om latiff (latiff mohidin)memang rajin berkebun. kacang bendi, kacang botor (botor bukan botol), terung, cili malah kaduk tumbuh subur, berselirat menjalar di belakang studio. ada ketikanya tumbuhan inilah `lauk' nasi kami yang tanpa lauk!
patutlah semua awet mudaaa..:)
tadi sempat melihat koleksi rahimi di balai- wah ada works by tapa, latip and zulkifli dahlan yg tak pernah saya tengok..
Ya inilah lukisan alam. Boleh tanam, boleh makan dan dilukis juga. Baru pulang dari rimba dan gua Niah. Kami pun makan macam segala margastua dan mamalia perkasa, enak dan segar, durian kecil (isu) dengan isinya jingga bernyala, rasa macam cempedak. Buah tabai pula macam tamar segar, rasa lemak manis, warna ungu. Biji saga bertaburan merah saga(lah), pakis muda berkeluk, udang galah kepalanya sepangkal penumbuk. Aduh inilah lukisan alam, dau palma ekor ikan, daun tapak unta , ketapang dengan lingkaran lima pelukan lelaki perkasa. Tapi mereka (etnik Penan dan Iban) tak tahu bender lah Neem.Inilah tumbuhan kehidupan. Rasa nak tinggal di gua sajalah.

Popular posts from this blog

Koleksi Saya #4

Bila Tempua Bersarang Rendah

NARATIF SENI RUPA MALAYSIA