Mengunyah seribu alasan



Petang ini aku mula membaca katalog-katalog seni yang dikirim teman-teman kurator dari Indonesia melalui Ise (sambil mendengar lagu2 Seringai dari album Serigala Militia yg aku cetakrompak darinya hehe). Imbas sekali lalu, aku tahu penulisan mereka serius, bukan sekadar reportage acara seni macam yang berlambak dicetak untuk pameran-pameran lokal di sini. Itu kelebihan dunia seni rupa Indonesia. Pembicaraan yang dalam, rujukan yang luas dan terkini, perdebatan yang intense dan segar antara seniman merentas genre dan latarbelakang. Tak tahulah apa nak jadi dengan komuniti pelukis kita yang nampaknya lebih senang memikir cara-cara bagaimana nak mengembongkan kantung masing-masing semata. Boleh cari makan, tapi seimbangkanlah dengan makanan ilmu. Tiada lagi alasan kalau kita mahu lebih dihormati.

Selain itu aku agak bangga sebab diberi kalendar 2009 yang diedar sewaktu pelancaran Nam June Paik Art Centre di Seoul baru-baru ini.(Nam June Paik adalah bapa segala video art). Ise yang tak lekat di tanahair (macam tabligh la pulak)claim, kami berdua je yang mungkin ada kalendar ini di Malaysia. Haha..sebijik macam Budak Kelantan - "demo Amerika!!" ;)

Comments

MeDiArTpAsSiOn said…
Memang betul nim. Tapi kalau kita cakap benda ni kat org atas diorg kata kita ni nak berkiblatkan scene indon. Apa salahnya? Satu lagi wacana tentang seni secara serius dan terbuka jarang sgt. Kalau ada pun utk tema2 tertentu, general plak tu pas tu sama jer semuanya, tak detail. Kalau artis jer yg sibuk penuhkan kantung takpelah jugak. Yg kantung sendiri tak usik2 pun masih sibuk nak penuh kan kantung gak.

Untuk collecters items rasanya bukan ko 2 org jer ada coz aku pun ada hahahahahahahaha tapi kalau yg printed tru email ramai yg dah ada. Aku rasa baik Ise tu jadi tabligh jer, mesti dpt byk pahala berjalan
Rahimidin Z said…
Dekat TIM (Taman Ismail Marzuki) seniman Indonesia dari pelbagai bidang seni berkumpul. tak kira orang muzik, tari, filem, pelukis, dramatis, penyair dan sasterawan. mereka saling mengkritik karya, tapi takda pula yang tak bertegur sapa selepas itu. tapi kalau di KL?
itulah pasal..seniman kontemporari seharusnya men'jarjis' lebih jauh ke dalam jiwa dan minda masing-masing..:)
Unknown said…
aku nak photostat la kalender tu kakakaka
Alaa Neem, otak dan jiwa saya dah kering dan letih dengan perasaan seperti itu. Kumpulan pelukis muda kita pula sudah berkelompok-lompok.Yang tua-tua berwajah lesu. Bila ada pameran dan lanjutkan dengan diskusi, hanya orang tu juga yang bersuara.Semalam saya menjengah wakaf seni di kampung Conlay itu. Seperti satu mazhab juga. Mereka tak peduli pameran kawan-kawan lain, atau dialog seni....merekapun melukis serius tak perlu pandang lain, sebab sudah ada kolektor yang macam-macam memborong lukisan mereka.Yang
penting setiap bulan mereka dapat meraih lebih RM 10,000. Tak kecoh-kecoh berdialog, kerana mereka terus monolog...hei. cerewet
ke saya (terkenang, bila saya memilih ASRI , ada yang komen," ah
dia tak dapat masuk universiti atau ITM lah lari ke Jogya."Bila pulang komen mereka lagi, " ala lulus Indonesia, ijazah tak laku."Cuma Allahyarham Ismail Zain kutip saya kerja sebagai juru latih dengan saguhati (bukan gaji le) RM 400.00 buat program mengajar kanak-kanak melukis di Rumah Anak Alam dan atur Pasar Seni Jalan Belanda.hahah buka tirai sedih pula saya. Jangan kecil hati ya adik-adik pelukis.
pengalaman di seberang itulah yang memandu diri prof menjadi seorang 'siti zainon ismail' sekarang. secara peribadi saya hormati kesediaan dan kesudian prof mendekati serta menggumuli kelompok seniman berbeza generasi. payah nak jumpa otai yang sanggup melayan artist2 gila macam kami-kami yang kecil ini.hehe

Popular posts from this blog

Koleksi Saya #4

Bila Tempua Bersarang Rendah

NARATIF SENI RUPA MALAYSIA