Koleksi Saya #10
HASNUL J SAIDON
Untitled (Portrait of Syed)
Pencil on paper
2003
Lakaran wajah suami aku ni dibuat Hasnul dalam tempoh hanya 5 minit sewaktu kunjungan beliau ke rumah. Mungkin tertarik dengan ikal rambut panjang si Syed waktu itu, beliau terus saja mencapai pensil dan sketch booknya dan mula menconteng sambil berborak-borak santai di suatu petang tahun 2003.
Pameran lakaran Hasnul sedang berlangsung serentak di dua buah galeri sehingga 15 Januari 2009. Potret ini difahamkan dipamer di Galeri Chandan. Glam abis laki akuuu...:)
Info Tambahan:
Pembukaan pameran di Galeri Chandan akan digemilangkan dengan persembahan oleh seniman terbilang dan cemerlang seperti Tan Sei Hon,Rendra,Haneem Kaydeen dll. Moh ramai-ramai malam esok!(27 Dis 08, 8 mlm)
Dua sajak Hasnul yang aku baca diambil dari laman http://meltingpot.fortunecity.com/ukraine/240/pra2000/antologila.html
PRASEMBAH 2000: SEBUAH ANTOLOGIla!
SEMANGAT TUN PERAK TOLONGLAH PULANG
Tolonglah….
tolonglah semangat Tun Perak
tolonglah pulang.
Janganlah lama-lama merajuk di Kelang
sebab aku akan diserang
habis maruahku hilang
Tolonglah…
tolonglah semangat Tun Perak
tolonglah pulang.
Awi Cakri ada dibelakang
dia sedang garang
cemburu padaku bukan kepalang
Tolonglah…
tolonglah semangat Tun Perak
tolonglah pulang.
Awi Dicu sedia berperang
dengan aku yang perlu ditentang
apalah nasib, apalah malang
Tolonglah…
tolonglah semangat Tun Perak
tolonglah pulang.
Cau Pandan sudah berang
aku dikata jalang curang
mengejar mahkota pemanis orang
Tolonglah…
tolonglah semangat Tun Perak
tolonglah pulang.
Kaulah Bendahara Paduka Raja
aku sudah bernegeri tiada
Sidi Arab entah ke mana
Tun Telani pun hilang juga
Tolonglah semangat Tun Perak
tolonglah pulang.
Tidak sanggup aku menatang
tidak dapat lagi hendak ku kekang
perahuku pecah dipukul gelombang
akulah sigampang
direntang
dipampang
disepak terajang
ditelanjang dicincang
ditikam orang
akulah sipetualang !!
…hanya kerana ikhlasku yang tidakkan lekang
…kerana ihsan yang aku pegang
…kerana ilmu yang aku karang
ITM Shah Alam, 1994
****************************************************
CYBERCHAT DENGAN WAN EMPOK DAN WAN MALINI
hai, saya hasnul.
Fyi, I was planning nak ke bukit siguntang
ada dua awek cun tangkap jiwang
hopefully ada peluang
originally nak ajak dating
tapi cukuplah setakat cyberchatting
wan empok, wan malini…..
are you both with me ?
"dari mana datangnya puaka
terus hinggap ke dinding muka
inikah kelak cara bicara
segala warga di persada siber
Jika bukan Krisyna Pendita,
bukan juga Nila Utama
jika tuan orang berbudaya
biarlah beralas bila bicara"
Laa….rilekslah cik Wan Malini
….apala you ni
I log offla kalau macam ni
BDC, Kuching Sarawak 1997
Comments
nerveology - awat balik cepat sangat pon..tak sempat nak bergurausende..nervous? saya yg nervous atas stage :)