Musim Menuai
Minggu ini akhirnya dapatlah aku tumpukan sedikit perhatian kepada kebun 'kiut' aku tu. Kesian pokok-pokok sudah tidak berbaja hampir sebulan dek kerana tuannya sibuk memperjuangkan seni (kunun).
Hari Isnin setelah tetamu berangkat, aku mula menuai hasil. Malam tadi bender sudah selamat berenang dalam kuali bersama gulai asam ikan kembong. Terung pipit tu aku cadang masukkan dalam daging masak kicap pekat. (Daging korban yang diberi pak sedara masih membeku dalam peti ais)
Burrp..Alhamdulillah
Comments
terung pipit tu, kecik-kecik dulu, `pak cik' buat peluru senapang kayu je, ha!
kamal, nanti malam new year kita wat potluck kat ykp nak. semua artist kena masak satu hidangan. ada berani ka?
sila ke abdullahjonesdua.blogspot untuk baca.
;)
dollahjones..semasaku ingin menyuap secebis daging ke dalam mulut akan ku ingat bait puisi radikalmu itu nanti..:)