Special Report YANGON (Part 2)



21 JANUARI 2009

Bertempat di New Zero Art Space, kami membuat pembentangan tentang seni dari negara masing-masing. Seperti biasa, aku akan membawa bahan penerbitan tempatan yang mana ada ekstra (itu pasal tak rugi bagi aku katalog lebih kawan-kawan oii hehe) sebagai ole-ole dari Malaysia untuk diletakkan di pusat sumber di situ. Aku tidak membentang tentang pelukis sohor dan mapan kita tetapi lebih kepada 'emerging artists' untuk memberi sedikit ide tentang seni terkini Malaysia. Antara pelukis yang aku sebut tentulah terdiri daripada kroni-kroni aku (haha..hanya Melissa yang tahu). Aku pecahkan pembentangan kepada empat kategori iaitu Basic History, Emerging Artists, Performance Art dan Outsiders. Lebih kurang ajelah penerangan kerana masa hanya 20 minit termasuk terjemahan pulak ke bahasa Myanmar.

Walaupun ruang seni ini lebih kurang macam Rumah YKP dengan peralatan dan tenaga yang paling asas, semangat mereka atas nama seni adalah sangat tinggi. Sekali-sekala tenaga elektrik akan putus dan kami terpaksa berehat sekejap sementara juruelektrik memasang generator. (Di Yangon, tenaga elektriknya sering dicatu)

Salut harus diberikan kepada Aye Ko dan gengnya kerana berupaya menarik perhatian ramai remaja dan profesional muda untuk membuat seni. Salah satu agenda beliau adalah untuk memberi alternatif kepada anak-anak muda berekspresi dengan kreatif daripada menghabiskan masa mabuk ketagih arak dan dadah.

Makan malam hari ini begitu penuh ceria dan gelak ketawa kerana akhirnya pada jam 9 malam, Aye Ko mendapat khabar bahawa pameran kami telah diluluskan pemerintah. Satu cabaran terlerai dah satu lagi halangan harus ditentangi. Pagi esok kami semua harus berhadapan dengan pihak censorboardlah pulakkk...

Kami menghabiskan makan malam dengan memikirkan bohong-bohong sunat untuk menerangkan tentang karya masing-masing agar tidak di'haram'kan. :)


22 JANUARI 2009

Jam 10 pagi lagi kami sudah standby di ruang pameran iaitu di Thamada Hotel. Pihak censorboard masih menunggu seorang pegawai militari berpangkat tinggi untuk mencukupkan korum. Sekitar jam 11 proses menyensor pun bermula. Terasa sebijik macam crit-session sewaktu sekolah dulu. Semua mata memandang kepada pelukis yang dengan bersungguh-sungguh menerangkan tentang konsep 'true lies' mereka hehe.. Aku juga terpaksa menukarkan konsep untuk seketika. Dari kisah politikal dan blood-bath terus jadi motherhood dan cerita-cerita personal seorang ibu. Pegawai wanitanya terus menunjuk simpati seolah begitu memahami dan kelompok itu pun berlalu pergi. Lega besar aku kerana begitu ramai yang target karya aku akan direjek oleh kerana simbol dan warna yang keras itu. Dari awal aku sudah haramkan Ko Z (pelukis Myanmar yang kelakar) berada di situ bila tiba giliranku untuk mengelakkan terburainya ketawa aku.


Inilah karya aku yang bertajuk BLOOD VESSELS tentang betapa kecil nilai darah manusia




Akhirnya lebih kurang empat buah karya ditolak. Semuanya hasil karya pelukis Myanmar.

Karya oleh Pyu


Karya oleh Nan Nan

Acara pembukaan berlangsung pada jam 4 petang. Aku tidak hadir kerana tidak sihat. Gatal meratah sirih yang dijual di tepi jalan sehari sebelumnya hingga muntah kaw-kaw pada hari ini. Aku hanya singgah sebentar di penghujung majlis. Walaubagaimana pun di sebelah paginya tivi Myanmar ada interview Melissa. Aku sangat gembira dia dapat merasai detik-detik glam menjadi artist haha

Dinh Quang Le dari Vietnam
Aye Ko, pelukis veteran Aung Myint dan Pyu yang karyanya ditolak censorboard
Karya Mella Jaarsma dari Indonesia
Bersama pelukis Myanmar Thar Gyi
AYE KO di samping karya beliau 'Silent Escape'

Comments

aduh sayang, jangan terlalu kroni-kroni + an. apa pun tahniah...hati-hati jaga makanan....asal tak makan hati hahaaa.
MeDiArTpAsSiOn said…
waduh! kok kurator hebat pakai kroni segala! Gue tau siapa kroni kamu. Waduh karyanya bukan bertambah brutal bu' tapi semakin feminin gaya emmmmhhhh siapa ya?
Pyanhabib said…
tahniah. kroni pun kronilah. itu, cenderamata tu macam kenal je, ha!
(tak nak dok jadi yang pertama dah, henh he!)
prof..tidak terlalu..tidak terlalu..

ise, dinh pun ckp kenal ise

magd..konsep kroni tu agak selamat untuk memastikan kita betul2 mengenali keseriusan seseorang artis tu..nanti i'll list down nama artists yg dicanang di sana ;) karya feminin salah maskulin salah isshhh kena wat karya androgini/dua alam la ni

abang pyan..takziah! lu sudah kantoi gencatan membloging kih kih kih...welcome back
MeDiArTpAsSiOn said…
Tak salah feminin, i tabik lu coz urs brutal feminism. hehehehe. Bukan senang nak tengok artis wanita buat karya camtu, kalau yg ada pun very feminin dan ada gak yang nampak very pengkid, heheheheh. lu tau sapa!
banyaklah lu punye brutal feminisme.
alah awak ni..taulah kita ni idola awak tapi takyah la puji lebeh2..malu kita =?D

Popular posts from this blog

Koleksi Saya #4

Bila Tempua Bersarang Rendah

NARATIF SENI RUPA MALAYSIA