Kajian Semiotik 4



Abah..kenapa kau pergi cepat sangat
tak terdaya aku membuang rindu yang menyengat
1 April nanti genaplah aniversari kepulanganmu satu dekad
hari itu di cuping jenazahmu aku masih sempat berseloroh
April Fool ye.. buat-buat mati..

Abah.. aku puterimu yang masih nakal seperti dulu
alangkah bestnya kalau kau masih ada
tentu saja kau yang pimpin tanganku menuju ke istana
mengesat mataku yang berair dan meniup serapahmu ke lubang telinga

dan bila kita kembali ke teratak
selepas kujamu dirimu dengan dalca dan capati
pasti kau karang sebuah lagu dengan gitar buruk aku yang kau beri
kau pelawa ibu menari waltz
merayakan sebuah kematian

Comments

IRA said…
sedih tapi cute...

err...macam mana tu?
amerr said…
aku dapat rasakan..
masa bapak ku 'balik' umo aku 10 tahun.
..sekarang anak tunggai aku dah sembilan tahun..dia dah lihat sepupu, tok dan tok menakan dia 'balik', harap dia akan lebih faham kalo sampai masa aku nanti..
Pyanhabib said…
hanim,
jangan menangis.
(tetapi sajak itu amat kiut!)
hmm kamal..kalaulah dia masih hidup, gerenti berarak satu saf dengan member di sebelah tu!

ira - saya memang cute masa sedih :)

amerr- elok suruh adam dengar lagu hujan ..bila aku sudah tiada..hehe

abg pyan - hari ni tah mengapa titisku luruh di papan kekunci T.T (tak jadi pegi jenguk itu pokok..esok je la)
MeDiArTpAsSiOn said…
mati ker aper ker, takyah nak pertikaikan sebab since dlm perut dah tertulis, hidup mesti terus.
ini tentang kematian lain..penandanya ada dlm dua ayat terakhir..siapa boleh buat apresiasi sajak mengarut ni dialu2 kan
apresiasinya..
ada istana - mesyuarat pokok
ada dal dan capati- MB kudeta
ada tarian waltz,serapah, kembali ke teratak - isu konflik bahasa/budaya..?
ada sebuah kematian-..aa.aa apa ya? aa ok..kat kubur bukit kiara tu pusara syed alwi, IB, kassim ali dan zubir ali betul-betul sebaris..
jangan marah aaa
yarabi..lagi advance apresiasi makmalkonservasi ni. 'waltz' tu mewakili inggeris..kematian itu kematian demokrasi..dalca dan capati makanan favourite arwah ayah. tiada kena mengena dengan yang hidup atau mati. hehe
Yus Design said…
Salam.. Dalam seni Semiotik adalah keupayaan individu melihat dan menyelami maksud sebuah gambar, tanda, logo atau simbol dan menterjemahkannya kedalam bentuk teks ataupun visual..
Itu yang saya tahulah? Hehe :))
Saya suka mengkaji ttng ilmu ini..
Salam Kenal.
Yus Design said…
saya cuba 'menyelami foto' nostalgik diatas berdasarkan teori semiotik sebelum memahami sajak 'mengarut'ini.. Hihi.. Saya tidak pasti mana satu ayah kamu. Tapi keduanya pasti org MALAISIE. Perkataan ini sudah cukup nyata foto ini diambil kalau tak silap pada tahun 1966 jika 'Waltz' dijadikan sebagai petanda. Itu jika ianya Waltz Disney (seorang pelukis yang mencipta animasi).Tentang kematian demokrasi, mgkin boleh diterima dengan melihat bagaimana sejarah perjalanan seni beliau.

Apapun ini sajak tntg kerinduan seorang anak kepada sang ayah tercinta yang disadur dengan gaya romantisme. Siapa tahu? Hanya awak yang lebih tahu.. :)

Sayang sekali tarikh 18/12/2008 mencacatkan suasana itu.. Jika tiada saya bagi 5 Bintang!!
hai yus.salam kenal..haha gambar itu saya reshoot balik dari album lama. Ayah saya di sebelah kiri dgn pengerusi GMP semasa konferens UNESCO di Geneva. Tak silap lewat 80an tu

waltz itu tarian barat tapi nak connect dengan waltdisney bisa aja:) kematian itu merujuk kpd hak rakyat yang dihalang pada 7 mac.

ya..memang rindu pada dia tak pernah padam..rindu untuk berbincang & berdebat dengannya huhu
Yus Design said…
Oh saya salah yah ?? Hihihih :)

Popular posts from this blog

Koleksi Saya #4

Bila Tempua Bersarang Rendah

NARATIF SENI RUPA MALAYSIA