So..makanya...

Awal pagi Sabtu aku sudah pecut dari Ipoh kerana harus menghadiri mesyuarat di sebuah venue anon untuk sebuah projek baik punya di penghujung 2010 (jengjengjeng..kasi suspen la sikit). Bersurai sekitar jam 3 dan terus menghala ke Jalan Tun Razak untuk ke BSLN memungut beberapa perkara. Jem agak pekat. Mungkinkah kerana rakyat Malaysia berpusu-pusu ingin ke pesta buku? Sungguh unsangkarable..

Alang-alang ke Kolumpo, petangnya aku teruskan langkah ke galeri Pelita Hati. U-Wei Saari melancarkan pameran '3D to 2D Sculpture Studies' iaitu karya-karya prosesual pengarca dalam bentuk lakaran. Agak menarik pameran ini kerana kita diajak mengintai dulu proses awal mereka mengembangkan idea sebelum penghasilan arca. Pameran arcanya pula dijangka pada bulan Mei nanti. Antara seniman yang mengambil bahagian adalah seperti Daud Rahim, Raja Shahriman, Suhaila Hashim,Ramlan Abdullah, Rosli Zakaria, Abdul Multhalib dll.

Selingan: [Malamnya Rahmat ajak ikut acara luncur buku oleh Pak Samad di TTDI. Bersama Ise, kami meluncur dulu ke rumah mak aku. Sementara aku bersiap, mereka berdua diceramahseni mak aku yang begitu teruja bercerita tentang rombongan makcik-makciknya ke luar negara.Ada yang terlalu tua dan berkerusi roda, ada yang mata sudah berkatarak. Keletah makcik Saadiah dan makcik Som tentu saja terpahat dalam ingatan kami :)]




Kami ke sebuah rumah teres (kepunyaan penulis-penulis muda mungkin) di TTDI dan dihidangkan dengan nasi lemak bersambal kaw serta santapan jiwa yang memberansangkan. Rahmat bersajak, Fathul melancarkan T-Shirt dan ada acara bacaaan naskah, rap dan nyanyian oleh anak-anak muda. Kumpulan Mysthicus gabungan seniman Malaysia dan Indonesia(Mamat & Ronny)boleh tahan persembahannya. Aku seakan dibuai mimpi menikmati sentuhan plucking moden klasikal gitaris dan kadang-kadang seram pula melihat sang penyanyi yang sudah agak emo hehe. Sebagai finale Pak Samad pun melancarkanlah buku 'Perempuan Simpanan' dan 'Dua Lauk' terbitan Sindiket Soljah dan Sang Freud Press.



Seperti biasa Pak Samad tidak kedekut melontarkan saranan dan berkongsi ilmu tentang dunia penulisan. Beliau menganggap dunia penulisan yang satu lagi ini menampilkan pemikiran dan kreativiti 'wanita-wanita intektual' dan berfikiran bahawa corak penulisan sebegini lebih menjurus kepada ilmu sosiologi lebih dari kesusasteraannya. Dia mengulang kembali satu hal yang aku saksikan sewaktu acara 'Bertemu Salina' di UiTM Perak..kalau berbicara janganlah banyak sangat 'so..so'nya. Gunalah 'makanya'. Dan tiba-tiba laungan 'Jangan Bunuh Bahasa Ibunda' seakan bergema di seluruh ruang.



Apa-apapun syabas kepada geng alternatif ini yang berusaha menerbitkan penulisan mereka secara independen.(Kenali mereka di http://www.sol-jah.blogspot.com/)

Comments

sinaganaga said…
aku sampai lambat. sesat. (bila masa kat TTDI ada jalan Sulaiman, jalan Fuad, dan segala bagai? dulu masa di Betty Add - takde pun jalan2 tu!!!!) Ha ha.
sedap nasi lemak mlm tu cuma sambal agak2 pedas
kamal sabran said…
apakah lagi projek mega itu :)
hegira said…
terima kasih sudi datang.
naga- akhirnya bersua tapi malangnya masing2 malu-malu teik kucin. next time we talk2 ha :)

ise- pedas pun dua kali tambah le. nasib baik tak terbabas kat hway mlm tu! ngantuk giler

kamal- JENG JENG JENGGGGG

hegira-terima kasih kerana menerima. maaf kerana saya meredah party kalian. (tapi ada alasan jadi supir kepada rahmat haron hehe)
bila masanya mengantuk malam tu..rasanya 2 jam yg penuh gossip dari kl ke ipoh
hehe ..time gossip tentang 'BS' tu jegang le mata..gosip lain tu agak hambar :)

mlm ni setel hal sentap la..hektik sket 2-3 hari ni
saya dah tanya beberapa orang pasal iklan,diaorang suruh email.dan member saya kat aussie tu akan hantar article pasal jkt biennale dlm minggu ni katanya

Popular posts from this blog

Koleksi Saya #4

Bila Tempua Bersarang Rendah

NARATIF SENI RUPA MALAYSIA