C-DUNG SENI


MOU pertukaran karya antara 'penaja utama', Abdullah Jones dengan direktor seni projek C-DUNG, Kamal Sabran, dirasmikan tokoh seniman @ penyajak popular Pyanhabib :)


Sebuah projek ad-hoc telah termeteri dengan pertemuan santai tokoh-tokoh hebat di Ipoh pada hari ini. Aku dan Kamal Sabran merancang untuk membikin seni video yang melibatkan orang-orang seni dan budaya untuk mereka membikin apa saja bentuk ekspresi sebagai tanda sayang dan kasih kepada kehijauan alam. C-DUNG, tajuk yang dicetus Kamal membawa konotasi yang hebat. 'C' mewakili 'culture' sementara 'Dung' (tahi binatang) menjadi baja. Di sini 'tahi' seni dan budaya seperti bertenaganya tahi bintang, menjadi baja yang menyuburi sebuah kehidupan.

Sebagai permulaan kami membuat rakaman di pokok yang famous itu.. hehe. Pyanhabib telah membaca beberapa sajak sementara Airmas menyanyikan lagu-lagu ciptaannya.
Kawan-kawan seniman yang kebetulan hendak ke Ipoh dan berminat untuk ikutserta dalam projek sayangi alam sekitar ini dialu-alukan menghubungi aku atau Kamal. Peace!
















NOTA:
Konsep tajuk C-DUNG SENI ini tiada kena mengena dengan kumpulan punk Carburetor Dung samaada yang hidup atau pun mati :) Ianya lebih menekan kepada perkataan 'sidang' yang sedang hangat diperkatakan pada waktu ini. (hihi..kot-kot le Joe Kidd nak saman lak!)

Bacaan tambahan:
http://ringan-ringan.blogspot.com/2009/05/andai-dunia-milik-para-konspirator.html

Comments

rahmat haron said…
melepas...ada hal...menarik
kamal sabran said…
penaja bersama KAH KAH KAH. untuk pengetahuan projeck c dung ini di dokong penuh oleh hanim dgn perikatan terataknutomar sebagai tiang seri!

*AJ, habis la ko lepas ni,dah reveal dah :)
mat, projek ni sampai akhir tahun. bila-bila senang inform kami untuk rakaman ok

dj,the best ever revelation of DJ by sendawa hehe

kamal, kita sekadar memeriahkan dunia kesenian. semalam dengan sokongan kementerian pelancongan lagi :)
Pyanhabib said…
harap-harap pokok tu tak kena rodok atau dipagar kawat! harap-harap pokok puaka itu bertambah meriah selepas ini. kita tengok, sapa sakit hati sama itu pokok pemberi oksigen!
Panglipulara® said…
Aku yang sangat kecil seninya teringin bermeriah bersama pak jones, pak pyan dan pembesar seni yang lain...
abdullahjones said…
This comment has been removed by the author.
Airmas sz said…
mamak teh tarik satu....
MARSLI N.O said…
Sdr Haneem: kalau ke Ipoh moga dapat berfoto di bawah pokok itu. Penuh dengan kesan dan peninggalan sejarah.

Marsli N.O
Pyanhabib said…
yeah, kasi youtube sama itu bawah pokok! (tolak rahmat dan meor, mesti ada yang gian tawar diri mahu tunjuk bakat bawah pokok tu)
sabar untuk versi youtube. masih dlm proses editing oleh sdr kamal

sdr. marsli - busuk2 harus bersajak atau bikin teater pendek tau

abg pyan - nanti nak pujuk pak suhaimi muhammad lak berpuisi panjang
sinaganaga said…
Dolloh pun dah pandai posing amek gambar kepit putung rokok, ha ha.

Popular posts from this blog

Koleksi Saya #4

NARATIF SENI RUPA MALAYSIA

Sundal Malam