Takziah BN Sg Siput

Petang Ahad lalu aku dan keluarga pergi menziarahi seorang balu yang baru kematian suami. Wanita yang kami panggil Kak Wan itu pernah menjaga dua orang anak-anakku sewaktu kecil tatkala aku begitu sibuk dengan karier yang baru diceburi. Setelah mereka berpindah kami putus hubungan agak lama sehinggalah setahun dua ini kami kadangkala bertembung di sekolah anak atau di kedai.

Petang Ahad lalu Kak Wan membuka rahsia. Arwah yang berpulang pada 15 Mei 09, yang merupakan Setiausaha BN Sungai Siput, Perak rupa-rupanya seorang pengikut setia blog Sendawa. Malah beliau pernah juga meninggalkan komen menyakat aku. Aku tidak pernah marah. Malah sekarang merasa begitu terharu di atas kesudian beliau menjenguk blog yang tak seberapa ini.

Malam ini malam Jumaat. Aku sedekahkan bacaan Yassin untuk Allahyarham Husnizaim bin Yahya, bapa kepada 7 anak. Walau mungkin berbeza pendapat dan prinsip, kita makan di restoran yang sama, menghirup udara yang sama, mengucap kalimah yang sama…

Selain itu sama-samalah kita sedekahkan Al-Fatihah untuk pelukis Mansor Ghazalli yang meninggal dunia sehari sebelum pelancaran pameran solo beliau di RA Fine Arts. Majlis Belasungkawa dan penutup pameran akan berlangsung pada hari Ahad ini, jam 2 petang di galeri yang sama. Kita jumpa di sana, Insyaallah.

Semoga roh mereka ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Amin.

Comments

Pyanhabib said…
kepada Allah kita berpulang...

Popular posts from this blog

Koleksi Saya #4

Bila Tempua Bersarang Rendah

NARATIF SENI RUPA MALAYSIA