Semenjak dua menjak ni aku berminat pula bertaman. Rasa tenang dan seronok bila sentuhan membuahkan hasil. Puas hati kerana segalanya dibuat sendiri. Memang kalau nak mudah, sedia aje beberapa ribu ringgit untuk hire pereka laman. Tapi aku anggap ini juga kerja seni. My installation work la lebih kurang. Aku pun sebenarnya terpengaruh dengan semangat pelukis seperti Hasnul Jamal Saidon, Zainon Abdullah dan Paiman bertaman. Sentuhan seniman memanglah ada keistimewaan kan.. Malam tadi lepas tarawikh di rumah,aku dan anak bongsu melepak di taman mendongak ke bulan penuh di langit. Sudah malam ke 15 rupanya. (Aisehmen, tadi kami semua lupa baca Qunut) Sambil-sambil mengambil hawa dingin di luar, aku membelek dan mencium spesis bunga kesayangan aku- Harum Sundal Malam atau bahasa saintifiknya Polianthes Tuberosa. Aromanya memang terlalu mengasyikkan. Penuh ekstasi! Memang sesuailah nama yang diberi sebab bunga ini memang harum dan kembang di malam hari. Patutlah tiap kali tingkap bilik di
Comments
dj- tau takpe