Laksamana Hang Rori


LAKSAMANA HANG RORI, 2009

Kadang-kadang kita ambil mudah peranan seseorang, sesuatu atau 'sesebinatang'. Sering juga aku merungut bila terpaksa mencuci sepah yang dibuang, bila kena menyusun semula hiasan yang bergelimpang, bila harus menahan pendengaran dari bunyi miawan yang nyaring kelaparan. Tapi malam tadi merubah segalanya. Aku kini percaya 'cat is also a man's best friend'. Maka, dengan daulah yang aku miliki, dengan ini aku tabalkan kucing kami sebagai Laksamana Hang Rori di atas khidmatnya menyelamatkan aku dan anak-anak tengah malam tadi. Alhamdulillah.















Terimakasih juga kepada adik-adik dari Unit Pertahanan Awam Malaysia kerana bersabung nyawa untuk kami

Comments

rahmat haron said…
sihat2 dan tetap selamat.salut laksamana Hang Rori
kau lah idola ku laksamana hang hori
nerve said…
boleh buat artwork tu......dapat anugerah khidmat cemerlang lah hang rori pas ni.......hehe
roslaini saad said…
ceritala camana kucing ni menjadi penyelamat....
Airmas sz said…
Syed tanya ular tu berapa kaki , saya jawab dalam hati ... ular mana ada kaki ...pas tu jawab luar hati tengok pada gambar enam kaki panjang ...hehehe
alhamdulillah.tq pada kalian yang prihatin di sini dan yang kol juga..ramai bloggers yang menjenguk entri ni tapi penyegan kot :)

puan JBD, kucing bagi sign, menyeringai dan kembang bulunya di lokasi mr U tersebut

airmas, jgn le eksejeret gitu..risau plak boifren i nanti.rasanya around 4 feet ada ler.damn.panjang gak tu

ise, hori bapak si kurator kat singapura tu hehe
yan dah tunjuk dah gambar ular kat abg syed,jumpa masa opening kat ra tadi
tiba2 tersalah tulis hori!!! hahhaaaahhah.sorry laksamana hang rori!! kau lah idol ku
Epah said…
wonderpets2 kami dah datang
menangkap ular tedung yg berbahaya
si guinea pig lari, dan si kura2 menyelam
tapi si kucing oren, ambil langkah hebat

HAHA :D
rori the hero!
MeDiArTpAsSiOn said…
RAsa bersalah plak coz minggu lepas aku baru jer TERlanggar kucing masa reverse kereta kat Pasar MAlam rumah aku. Tapi aku sesungguhnya pencinta kucing. Aku harap kucing tu faham isi hati aku... sob! sob! sob!
EPAH begitu berani sekali siap pegang ular tu!!!! hebat2
abg pyan- sama2 dinner dgn kami dekat dgn meja makan tu. nasib baik ler tak dimakannye kami

epah- muggo juga yang gagal sbb sibuk mencari makwe tengah malam buta :P

medi- sob sob sob jugak :(

ise - epah tu minah kental CSI lah katakan..hehe
Bijen M. said…
kucing tu tampak gagah dan kacak lah..
haha..
Syauqina said…
Mungkin jugak ye.mane tau betol.Tapi dah lime hari tak balik lame nye die takut ke die merajuk sebab kite tak ajak die sembahyang terawih sebab asyik muggo je.
dia malas nak terawih sebab tu lari agaknye :)

Popular posts from this blog

Koleksi Saya #4

Bila Tempua Bersarang Rendah

NARATIF SENI RUPA MALAYSIA