Posts

JEMPUTAN KE FORUM SENI

Image
Anda semua diundang ke forum yang diatur sempena pameran solo Raja Shahriman "Rythms of the 21st Century" yang bertajuk "SENI ARCA DARI KACAMATA SOSIAL, BUDAYA & AGAMA" 21 November 2009 (Sabtu), 3.00-5.00 petang Galeri PETRONAS, KLCC Ahli Panel: 1. TENGKU SABRI TENGKU IBRAHIM Pengarca/Pensyarah Multimedia University 2. MAD ANUAR Pengarca 3. RAJA SHAHRIMAN RAJA AZIDDIN Pengarca 4. FATHI ARIS Pengkritik Budaya/Editor Malaysiakini 5. USTAZ MOHAMAD NAJIB BIN ABDULLAH Ketua Program Sarjana Muda Fiqh dan Fatwa Fakulti Syariah dan Undang-undang (FSU) Universiti Sains Islam Malaysia Moderator: NUR HANIM MOHAMED KHAIRUDDIN Pekerja Seni

SENSASI!! TAF Project

Image
Pyanhabib buat kali kedua pada tahun ini menyatakan rasa kasih sayangnya kepada brader Zambry. Terima kasih terkejut kami kerana YB sudi menaja nasi ganja untuk para seniman dan krew TAF :D Foto Eksklusif TAF Project ini ditaja oleh Ise dari Parkingproject More on NASI GANJA

TAF - fun(d) raising

Image
Wah. Pejam celik pejam celik dah dekat 3 minggu rupanya tak dikemaskini blog ini. Pantas sungguh masa melintas. Aku rasa malas pula menyambung siri kembara Jepun itu.. kerana ada perkara yang lebih utama yang mahu aku kongsi dengan pembaca. Jumaat lalu, aku dan Kamal Sabran mengambil keputusan untuk meneruskan projek khas untuk teman kami Amirul Fakir, yang sedang diuji dengan sakit yang tidak dapat dikesan puncanya. Cadangan ini sudah lama dicetuskan Meor Yusof Aziddin, penyanyi folk yang sedang meletop itu, tapi oleh kerana ada sahaja aral yang melintang pukang..maka tertangguhlah ia. Kami memanggil projek ini ‘TAF Project’. Untuk yang ‘tough’ sahaja ☺ Amirul sudah menderita sejak April tahun lalu, hanya kira-kira dua minggu setelah pelancaran kumpulan cerpen pertamanya yang bertajuk Mea Culpa. Beliau kini menjalani rawatan secara tradisional setelah dicadang sendiri oleh pakar perubatan moden. Misteri ini hanya milikNya. Bagi yang tidak mengenali Amirul, dia adalah seorang penyair d...

Japan Attack Special Report Part 1

Image
Otaward, pusat komuniti di Omori Akhirnya baru aku ada ‘feel’ untuk mengemaskini blog ini. Pulang dari Jepun sudah kira-kira 5 hari tapi biasalah, banyak kerja-kerja tertunggak yang perlu dilangsaikan dulu. Itu belum termasuk mengelolakan instalasi baju-baju tak berlipat yang disediakan oleh anak-anak sempena menyambut kepulangan mama mereka ni. Adoilah.. Anyway, trip aku ke Jepun kali ni memang awesome. My first trip to Japan was like 20 years ago. Trip 3 hari dengan famili. Jadi lainlah agendanya. Lebih banyak lokasi pelancongan seperti Tokyo Tower, Temple apakenama dan Japanese Garden yang kami lawati. Kali ini, lebih banyak hal arty-farty lah. Lebih banyak rapport dijalin dengan kenalan baru – artists, curators, directors, lecturers. Kembara senilah katakan.. Berikut sedikit sebanyak laporan rentetan peristiwa yang boleh aku kongsi: 27 Sept. 09 Aku dan Kamal Sabran berangkat dari Ipoh jam 2 petang. Berat juga hati kami kerana tak sempat nak beraya sakan tahun ni!.. Bas tiba di KLI...

JAPAN ATTACK

Image
Lima pelukis Maresia kini di Tokyo untuk program video art exchange. Kecuali Sharon Chin yang tiba 2 hari awal, aku, Kamal Sabran, Kok Siew Wai dan Masnoor Ramli tiba subuh 28 Sept. dan terus dibawa ke Otaro Ward, sebuah pusat komuniti untuk sesi bengkel yang diatur. Kami terus bekerja dan berbincang hingga check-in hotel pun hampir 12 malam. Penat gile. 2hb aku dan Sharon diminta buat pembentangan di Nipon University Film Department.Nanti bila ada kesempatan akanku update ler entri ini. Hait!

'LUMPUR' - filem pendek Kamal Sabran

Sebakul tahniah untuk Kamal Sabran. Dan sepinggan nasik ganja untuk hero utamanya, brader Pyanhabib. Gua salah sorang research advisor untuk projek ini. Bangga amat orang Perock weh! ;) Review filem pendek terhangat!

Selamat berSENDAWA!

SELAMAT ULANGTAHUN PERTAMA BLOG SENDAWA...BURRPPP..ALHAMDULILLAH