Japan Attack Special Report Part 1
Otaward, pusat komuniti di Omori
Akhirnya baru aku ada ‘feel’ untuk mengemaskini blog ini. Pulang dari Jepun sudah kira-kira 5 hari tapi biasalah, banyak kerja-kerja tertunggak yang perlu dilangsaikan dulu. Itu belum termasuk mengelolakan instalasi baju-baju tak berlipat yang disediakan oleh anak-anak sempena menyambut kepulangan mama mereka ni. Adoilah..
Anyway, trip aku ke Jepun kali ni memang awesome. My first trip to Japan was like 20 years ago. Trip 3 hari dengan famili. Jadi lainlah agendanya. Lebih banyak lokasi pelancongan seperti Tokyo Tower, Temple apakenama dan Japanese Garden yang kami lawati. Kali ini, lebih banyak hal arty-farty lah. Lebih banyak rapport dijalin dengan kenalan baru – artists, curators, directors, lecturers. Kembara senilah katakan..
Berikut sedikit sebanyak laporan rentetan peristiwa yang boleh aku kongsi:
27 Sept. 09
Aku dan Kamal Sabran berangkat dari Ipoh jam 2 petang. Berat juga hati kami kerana tak sempat nak beraya sakan tahun ni!.. Bas tiba di KLIA jam 5 petang. Lepak dan merancang apa yang patut ditunjukkan di sana. Ise sempat menjenguk dan beri crash-course tentang Tokyo sebelum kami check-in jam 9.30 malam. Kami termasuk Masnoor Ramli MATAHATI dan Kok Siew Wai dari MMU terbang jam 10.50 malam dengan Japan Airlines.
28 Sept. 09
Tiba di lapangan terbang Narita kira-kira 6.45 pagi waktu Jepun. Sementara menunggu urusetia yang tersilap info untuk mengambil kami jam 8 pagi, Masnoor dan Kamal telah ditahan pegawai polis kerana kelihatan mencurigakan. Seorang gondrong, seorang berjanggut kambing gurun sedang kehulu kehilir airport. Hehe. Semuanya selesai bila kami tunjukkan flyer program dengan aksi gedik kami terpampang, mewakili seniman Malaysia. Pegawai-pegawai tersebut terus teruja dan mula membongkok tanda hormat. agaknya dekat 10 kali (Masa tu, rasa macam hebat bebenor le jadi artist ni) ☺
Seorang gadis genit, Chiori bersama teman penterjemahnya yang fasih berbahasa Inggeris menjemput kami jam 8 pagi. Kami menaiki dan bertukar-tukar tren subway hampir 2 jam dan sampai di Akasaka untuk check in di apartmen Weekly Mansion Tokyo. Beg ditinggalkan di kaunter kerana kami hanya dapat masuk bilik jam 4 petang, terus dibawa makan dan bergerak lagi ke daerah Omori untuk meneruskan program bengkel. Waagghh..mereka benar-benar seperti robot.Tak kasi chan lansung!
Di Otaward, sebuah pusat komuniti Omori, kami bertemu Sharon Chin yang sudah pun menjalankan tugas menjadi fasilitator bengkel strolling. ‘Strolling’ merupakan aktiviti jalan-jalan dan santai-santai bersama peserta di sekitar Omori, sambil mengumpul data (video/stills) berlandaskan tema yang diberi fasilitator. Kami seterusnya dibawa melawat sebuah kilang besi dan diberi penerangan tentang sejarah serta perkembangan industri tersebut di situ.
29 & 30 Sept. 09
Aku hanya memerap di bilik mengendurkan otot-otot regang sambil buat persediaan untuk presentation. Lagipun aku memang dari awal tidak menjanjikan untuk terlibat dalam aktiviti strolling. Bila agak bosan, aku hanya ‘strolling’ sendiri-sendiri, merayau-rayau di sekitar Akasaka dan ke cold strorage membeli apa-apa yang patut.
1 Oct. 09
Oleh kerana bahan presentation telah siap, hari ini aku memutuskan untuk ikut yang lain ke Omori buat kali terakhir. Setiap peserta menulis perkataan atau ayat di atas kertas. Kertas-kertas ini kemudian kembali dipilih secara random oleh peserta. Berdasarkan tema atau ayat tersebut, kami harus merekod aktiviti mahupun subjek yang berkaitan samaada dalam bentuk video mahupun fotografi. Kesemuanya nanti dicantum menjadi seakan naratif yang menarik. Pembentangan, kritikan dan diskusi dibuat di Bilik Syarahan, Nippon Engineering College.
Apa relevennya lawatan serta bengkel dijalankan di Omori? Nanti aku cerita lah dalam bab-bab sensasi.
Comments
kamal - kali kedua kita ditahan di area yuppy Akasaka. Nasib baik polis jambu , tak jadi kome mengamok ye.hehe..dia jalankan tugas sbb nampak kita macam teroris - sorang bejanggut, sorang dgn seluar askar berambut panjang, sorang lak betudung..bawak beg beso ingat ada bom ke ape :)