Sundal Malam



Semenjak dua menjak ni aku berminat pula bertaman. Rasa tenang dan seronok bila sentuhan membuahkan hasil. Puas hati kerana segalanya dibuat sendiri. Memang kalau nak mudah, sedia aje beberapa ribu ringgit untuk hire pereka laman. Tapi aku anggap ini juga kerja seni. My installation work la lebih kurang. Aku pun sebenarnya terpengaruh dengan semangat pelukis seperti Hasnul Jamal Saidon, Zainon Abdullah dan Paiman bertaman. Sentuhan seniman memanglah ada keistimewaan kan..

Malam tadi lepas tarawikh di rumah,aku dan anak bongsu melepak di taman mendongak ke bulan penuh di langit. Sudah malam ke 15 rupanya. (Aisehmen, tadi kami semua lupa baca Qunut) Sambil-sambil mengambil hawa dingin di luar, aku membelek dan mencium spesis bunga kesayangan aku- Harum Sundal Malam atau bahasa saintifiknya Polianthes Tuberosa. Aromanya memang terlalu mengasyikkan. Penuh ekstasi!

Memang sesuailah nama yang diberi sebab bunga ini memang harum dan kembang di malam hari. Patutlah tiap kali tingkap bilik dikuak malam-malam, bau semerbak menusuk masuk. Kadang-kadang naik juga bulu roma bila terbayang Maya Karin melayang-layang dan bertenggek di cucur atap..hishh


INFO SPESIS

(diambil dari www.melur.com. Bagus website ni, banyak informasi tumbuhan tempatan)

Nama Tempatan: Sundal malam
Nama Saintifik: Polianthes tuberosa
Nama Lain: tuberose
Famili: Amaryllidaceae/Agavaceae

Keterangan:
Bunga sundal malam atau dikenali juga dengan nama tuberose berasal dari Amerika tengah. Nama saintifiknya ialah Polianthes Tuberosa, tergolong dalam famili Amaryllidaceae/Agavaceae , Sundal Malam ialah jenis pokok berumpun yang dikategorikan sebagai lili sama seperti Amaryllis dan pokok Spider Lily atau Bakung.Kebanyakan bunga yang berbau wangi akan kehilangan atau berkurangan bau wanginya selepas dipetik dari tangkainya, namun sundal malam mempunyai sifat berbeza.Sama seperti bunga melur, walaupun setelah dipetik, bunganya sendiri masih lagi menghasilkan bau wangi yang akan terus kekal hingga ianya kering dan layu.Sesetengah ahli botani mengkelaskan tumbuhan ini sebahagai tumbuhan semusim(annual) manakala yang lainnya pula mengkelaskannya sebagai tumbuhan yang kekal lama (perennials). Dalam keadaan yang optimum tumbuhan ini boleh kekal hidup dan menghasilkan bunga hingga bertahun-tahun.Sama seperti tumbuhan lili yang lain sundal malam membiak dengan ubi atau bebawang. Bebawangnya boleh disimpan lama sebelum ditanam jika dikeringkan.Tumbuhan ini memerlukan pendedahan terus pada cahaya matahari.

Kegunaan:

Sundal malam digunakan di India sebagai bunga untuk menimbulkan mood romantik terutamanya untuk pengantin baru. Di India juga gadis2 yang belum berkahwin dilarang dari mencium harumannya pada waktu malam kerana dikhuatiri ini akan merangsang aktiviti seksual mereka.Di sini juga bunga ini dikenali dengan nama ratkirani yang bermaksud Mistress Of The Night.Ia dikatakan dapat menambah dan merangsangkan tenaga chakra yang boleh membuatkan seseorang itu mempunyai kuasa psikik (tidak diketahui sejauh mana kebenarannya).Minyak pati dari bunga ini sangat mahal , ada tempat yang menjualnya dengan harga USD100 untuk 5ml dan digunakan untuk pemulihan emosi, ia mendatangkan ketenangan hati dan perasaan.Bunga ini banyak ditanam secara komersial di Mexico , Hawaii , US.

Comments

Don@Ipoh said…
lepas ni bleh try kuasa psikik pulak... kena sedut selalu lah harumannya... eh susah tak nak 'menghidupkannya'?
hahaa..menyampuk pulak encik deqiut ye...rasanya macam senang sebab dia ni spesis ada bulb/bawang.aku pun baru je belajar membela spesis ni.

perghh..bila menyedut harumannya, rasa macam nak berenang diempuk awan..tengoklah sebulan dua lagi kot dapat kuasa psikik hehe

tema pe cerit nih.sonyap joo
cik.sepi said…
kenapa lah nama dia SUNDAL ye?
agak-agak ada huraian bagi nama bunga ni tak? Saya teringin benar nak tahu macam mana bunga ini boleh jadi SUNDAL :)

Salam kenal sis haneem ;)
Mungkin aktiviti menggodanya berlaku di waktu malam seperti yang dilakukan oleh para sundals. Allahuaklam.

Salam perkenalan awak saya sambut cik sepi ;)
amerr said…
nim, aku pun tengah tanam bunga, tapi baru dua pokok- melor dengan kenanga(ilang-ilang) menariknya bunga-bunga local ni depa akan hanya mengeluarkan bau selepas pukul 6 petang, jadi time tu pun baru aku nak balik dari opis, macam dia sambut aku balik rumahlah lak. bunga melayu memang untuk orang yang tak duk rumah waktu siang...aku rasa cam tulah
amerr said…
satu lagi,
jangan lupa aktiviti orang beribadat pun banyak waktu malam..jadi aku rasa mungkin Dia bagi haruman macam therapy la kutt..
amet, kita patut nurture semangat bertaman ni. bukannya susah pun dan ia boleh meneutralize balik angin negatif dalam jiwa kita.setiap makhluk/binatang/burung yang berteduh di bawah pokok yang kita tanam pun memberi kita pahala wooo

aku juga berangan nak ada rose garden. kira macam taman orang2 sufi lah..barulah boleh zauk bila beribadat malam2 kan! hehe..

Popular posts from this blog

Koleksi Saya #4

Bila Tempua Bersarang Rendah

NARATIF SENI RUPA MALAYSIA