Koleksi Saya #9


ILHAM FADHLI
"The Party"
Acrylic on canvas
122cm x 168cm
2007





Ilham Fadhli atau lebih dikenali dengan gelaran 'Kojek' merupakan seorang painter yang tekun. Penggunaan collage imej figura miniatur menjadi identiti dalam karya terkininya yang seringkali dihiasi dengan ambience gotik dan surreal. Namun di dalam karya yang aku beli dari studionya tahun lepas (waktu itu aku curate 2man show nya bersama seorang lagi pelukis, Haslin Ismail bertajuk 'Friction') 'signature' tersebut masih belum timbul lagi.

Aku menyesal kerana tidak mengambil karya ini secepat mungkin dari stor simpanan sebuah galeri. Bila ianya sampai di pintu rumah beberapa hari lalu, bau hapak menusuk masuk. Di bahagian belakang aku dapati seolah-olah ada tompokan kulapok atau fungus. Amer pakar konservasi cadang guna bahan ethanol dan jemur lukisan itu di tempat redup. Aku jumpa bahan ini dalam kumuran Listerine. Secara logik, harap2 ia tak akan merosakkan permukaan lukisan sementelah sifatnya yang tidak abrasive kepada mulut. Aku tunggu beberapa minggu lagi, kalau problem... ke Makmal Seni Sakit di Balai lah jawabnya!

Comments

Pyanhabib said…
boking tahun lepas, sampai rumah beberapa hari lalu? patut biar berkapuk dengan kulapuk @ fungus 2-3 tahun lagi, kasi lebih real, ha!
MeDiArTpAsSiOn said…
kalau dah memang karya menggunakan bahan 'risaikel' memang camtulah jadinya. Betul gak saranan bang pyan tu, patut biar lama lagi barulah kontemporer...... hahahahahaha debush
nerve said…
hahaha meh hantar sini, sy boleh tajapkan hehehe gurau aje ....mari hantar ke makmal seni sakit...banyak doktor doktor seni di sini...majidi pun slalu jadi doktor jugak ..haha
kamal sabran said…
kulapok pun kulapok lah janji rock!
MeDiArTpAsSiOn said…
wqat per rock kalau kulapuk????
amerr said…
maaaaap cikgu jangan di jemur, hanya didedahkan sekejap kepada u.v. kalau jemur nanti dapat ifek tanah sawah dimusim kemarau pulak nantii..

sejuk ke kat jerman..
Rizal said…
untuk masalah tersebut k.anim boleh :

1. macam amer cakap-letak bawah redup untuk dedah uv, tempoh dalam 1-2jam

2. letak painting tu dalam bilik gelap dan kawal kelembapan.

cadangan rawatan:
1. guna flat brush, cuci permukaan yang bermasalah.
2. spray dengan alcohol ( ortho phenyl ethanol ) dengan bancuhan 2ml alcohol dalam 100ml distrilled water.

preventif
-simpan seperti biasa dan kawal kelembapan tempat simpanan.
Anonymous said…
mediaArtPassion....work tu tak pakai barang recycle beb....100% barang baru...kulapuk tu tentunya pasal tempat penyimpanan dan tindakbalas cuaca yang tak sesuai dengan karya tersebut...daripada work berkulapuk kat dalam otak je atas alasan kontemporari...baiklah work kulapuk yang terzahir dan dikoleksikan ek..amacam??

Popular posts from this blog

Koleksi Saya #4

Bila Tempua Bersarang Rendah

NARATIF SENI RUPA MALAYSIA