Koleksi Saya #9
ILHAM FADHLI
"The Party"
Acrylic on canvas
122cm x 168cm
2007
Ilham Fadhli atau lebih dikenali dengan gelaran 'Kojek' merupakan seorang painter yang tekun. Penggunaan collage imej figura miniatur menjadi identiti dalam karya terkininya yang seringkali dihiasi dengan ambience gotik dan surreal. Namun di dalam karya yang aku beli dari studionya tahun lepas (waktu itu aku curate 2man show nya bersama seorang lagi pelukis, Haslin Ismail bertajuk 'Friction') 'signature' tersebut masih belum timbul lagi.
Aku menyesal kerana tidak mengambil karya ini secepat mungkin dari stor simpanan sebuah galeri. Bila ianya sampai di pintu rumah beberapa hari lalu, bau hapak menusuk masuk. Di bahagian belakang aku dapati seolah-olah ada tompokan kulapok atau fungus. Amer pakar konservasi cadang guna bahan ethanol dan jemur lukisan itu di tempat redup. Aku jumpa bahan ini dalam kumuran Listerine. Secara logik, harap2 ia tak akan merosakkan permukaan lukisan sementelah sifatnya yang tidak abrasive kepada mulut. Aku tunggu beberapa minggu lagi, kalau problem... ke Makmal Seni Sakit di Balai lah jawabnya!
Comments
sejuk ke kat jerman..
1. macam amer cakap-letak bawah redup untuk dedah uv, tempoh dalam 1-2jam
2. letak painting tu dalam bilik gelap dan kawal kelembapan.
cadangan rawatan:
1. guna flat brush, cuci permukaan yang bermasalah.
2. spray dengan alcohol ( ortho phenyl ethanol ) dengan bancuhan 2ml alcohol dalam 100ml distrilled water.
preventif
-simpan seperti biasa dan kawal kelembapan tempat simpanan.