Posts

Showing posts from May, 2009

Mari Berpuasa

Untuk yang sudi menjengah..sempena mengambil keberkatan hari Khamis yang mulia, mulai esok, blog SENDAWA akan 'berpuasa' dan beristirehat selama 3 minggu. Insyaallah jika panjang umur akan beroperasi semula dengan pengisian yang lebih padat dan menyengat sekembalinya aku dari sebuah kembara 'pencerahan' ;) Takbeer!

Ada Apa Dengan Komunis

Image
Tahun lepas, aku sempat menyeludup masuk ke kem persatuan bekas komunis di Ipoh. Haha..jangan tak caya beb! Sebenarnya aku mengikut Fahmi Reza , pembikin filem pendek untuk sama-sama menyaksikan sebuah peristiwa yang rare di samping meneman beliau, Mark Teh dan Taysy mencari bahan untuk filem dokumentari terbarunya. Aku dilayan dengan begitu baik sekali oleh auntie2 bekas pejuang yang pernah berbelas-belas tahun tinggal di dalam hutan belantara. Mereka menunjukkan aku satu persatu gambar-gambar serta adegan yang penting melalui pameran sejarah yang dinaikkan. Ratusan geng mereka dari Siam, Pulau Pinang dan Kedah turut berhimpun untuk merayakan sambutan 60 tahun perjuangan menentang penjajahan British. Kaum kerabat mereka ramai, hidup melata di seluruh pelusuk Semenanjung dengan gaya hidup yang tidak berbeza dari kita semua. Jadi, dengan rasa rendah diri aku nasihatkan Pak Menteri, janganlah cepat melatah.Entah-entah sedara mara kita pun ada yang sudah terkahwin dan berkeluarga dengan ...

Personal Effects

Image
kih..kih..kih Gitar ini akan jadi famous tak lama lagi. Kalau teringin melihatnya secara live , silakan ke pameran Personal Effects di Rogue Art, 19 Jln Berangan KL dari 30 Mei hingga 13 Jun 09. Dengar khabar, Hasnul mempamerkan gitar eletrik la pulak! Info lanjut di www.rogueart.asia

Anak pokok demokrasi untuk Tuanku!

Image
“Go back to Perak and plant another democracy tree to make up for the one that was damaged,” Angela Hijjas seems to be saying to Tuanku Zara Davidson while Raja Nazrin Shah looks absolutely delighted that he has one to plant too. Hehe. very the naughty! lagi gambar di ARTERI

Resepi 1

Image
Hari ni rezeki perut melimpah ruah. Syukur Alhamdulillah. Encik Tun, jiran aku yang isterinya kerap masuk hospital kerana sakit kronik baru pulang dari tugasan di pantai Timur. Mungkin sebagai tanda terimakasih kerana aku selalu gak tolong menjadi babysitter anak-anaknya, subuh-subuh tadi dihantarnya sekotak makanan laut yang segar bugar. Seronoknya dapat ikan kembong dan bapak sotong yang fresh ! Aku nak mula masukkan entri resipi lah pulak. Sedangkan bekas gerila palestin itu pun masuk entri resepi, inikan pula aku yang hidup dan bernafas dalam dapur ;) SOTONG MASAK KICAP EKSPRES RAKYAT (nak guna 'rakyat' juga hehe): Tumis bawang merah & bawang putih hingga naik bau Masuk sotong (air yang keluar dibuang separuh) Masuk sos cili dan kicap secukup rasa Sekitar 10 minit campak daun selasih, cili merah dan cili padi Tak payah garam atau gula sebab sos dan kicap dah cukup SIAP! (sotong kalau dimasak lama akan mengeras, dan harus tunggu setengah jam pula untuk seratnya pecah...

Kajian Semiotik 5

Image
Tenungan, menungan dan renungan yang bermakna.. Bro, ate..bubor le sebelom nasik menjadi bubor..dah penat daaa Ini foto aku tangkap pada tahun lepas. Masa tu menjadi co-curator untuk pameran 'Semangat Chandan' di Galeri Chandan Kuala Lumpur. Tuanku memerhati karya oleh Saiful Razman yang melampiaskan nuansa kekeruhan serta kemelut sosio-politik dalam negara. Diperturunkan sebahagian teks kuratorial aku tentang pelukis ini: "Chuah Chong Yong, Sharmiza Abu Hassan dan Saiful Razman membentuk kelompok generasi muda pelukis Perak di waktu ini. Menggunakan bermacam-macam strategi estetik yang inovatif, penceritaan dan naratif yang diolah di dalam rekaan-rekaan seni mereka seringkali mencerminkan persoalan-persoalan sezaman dan krisis jatidiri serta kuasa musibah daripada letusan beraneka budaya-budaya kacukan dan popular, realiti pascamoden, suasana geopolitik baru dunia, realpolitik negara dan sebagainya. Mereka dilihat membikin karya demi mencermin, mengajuk atau berkomentar ...

C-DUNG SENI

Image
MOU pertukaran karya antara 'penaja utama', Abdullah Jones dengan direktor seni projek C-DUNG, Kamal Sabran, dirasmikan tokoh seniman @ penyajak popular Pyanhabib :) Sebuah projek ad-hoc telah termeteri dengan pertemuan santai tokoh-tokoh hebat di Ipoh pada hari ini. Aku dan Kamal Sabran merancang untuk membikin seni video yang melibatkan orang-orang seni dan budaya untuk mereka membikin apa saja bentuk ekspresi sebagai tanda sayang dan kasih kepada kehijauan alam. C-DUNG, tajuk yang dicetus Kamal membawa konotasi yang hebat. 'C' mewakili 'culture' sementara 'Dung' (tahi binatang) menjadi baja. Di sini 'tahi' seni dan budaya seperti bertenaganya tahi bintang, menjadi baja yang menyuburi sebuah kehidupan. Sebagai permulaan kami membuat rakaman di pokok yang famous itu.. hehe. Pyanhabib telah membaca beberapa sajak sementara Airmas menyanyikan lagu-lagu ciptaannya. Kawan-kawan seniman yang kebetulan hendak ke Ipoh dan berminat untuk ikutserta dal...

HITAM itu menawan!

Image
Hari ini genap 2 tahun pemergian Allahyarham tokoh seniman kita Redza Piyadasa. Hari ini juga di Ipoh akan berlangsungnya peristiwa penting yang bakal merubah corak pemerintahan Malaysia yang satu. Hari ini aku dilarang dari memakai baju hitam yang sememangnya menjadi 'uniform' aku. Apa ke jadah? Piyadasa satu ketika dahulu pernah mengecat hitam sebuah catan seorang pelukis hebat sebagai menunjukkan sikap keposmodenannya mungkin haha - for me to know & for you to find out :) AL-FATIHAH untuk semua yang telah mati. http://www.youtube.com/watch?v=glFLhpVka5I http://sendawamalaysia.blogspot.com/2008/09/redza-piyadasa.html http://sentapmalaysia.blogspot.com/2008/09/piyadasa-obor-yang-telah-padam.html

Cadangan-cadangan untuk Negaraku (CCUN)

Image
Semalam selepas mesyuarat dan makan tengahari dengan RA, aku terus ke Galeri PETRONAS untuk melihat pameran solo Liew Kung Yu - CCUN. Langkah kanan pula kerana bertembung dengan Kung Yu sendiri yang kebetulan sedang menanti jam 4 untuk ditemubual akhbar The Edge. Sementara wartawan diminta menelaah karya-karya, dia begitu asyik melayan aku, menerangkan satu-persatu karya empat buahnya itu. Inilah dia sifat seorang sahabat. Sanggup meletak ketepi sebentar ‘acara rasmi’nya demi untuk menerima kehadiran rakan seni. CCUN menampilkan 4 buah karya berpanel 5 yang kelihatan majestic oleh kerana begitu banyak imej-imej kecil dan terperinci yang dimanipulasi pelukis secara horizontal. Menurut Kung Yu, karya ini naik satu lagi tahap dari segi teknik sejak karya photo-montagenya yang terdahulu. Kali ini dia menggunakan sepenuhnya kuasa programPhotoshop untuk komposisi dan manipulasi imej. Antara 3 hingga 5 lapisan foto dibuat untuk menjelmakan kesan ‘relief’ atau timbulan yang kadangkala kelihata...