Tanpa Tajuk


TANPA TAJUK: Cerita-cerita Seni Rupa oleh Tengku Sabri Ibrahim (2009, Tinta Publishers)

Hujung minggu lalu aku sempat menjenguk Frinjan. Seronok berjumpa kawan-kawan. Paling seronok dijumpakan dengan sebuah penerbitan baru 'TANPA TAJUK: Cerita-cerita Seni Rupa'oleh Tengku Sabri, pengarca sohor yang membuat majalah Tanpa Tajuk dulu-dulu. Beliau yang mempopularkan perkataan 'serum' (seni rupa malaysia) pada masa itu. (Terima kasih Alina kerana menunjukkan kepada aku buku ini.)

Di dalam gerabak keretapi menuju pulang ke Ipoh aku mematikan masa dengan 'menelaah'hampir seluruh buku ini. Ada empat bahagian iaitu Teori,Kawan & Peristiwa, Catatan & Cerita serta Pernyataan Artis. Ada kisah persandingan Paiman di Balai Seni Lukis Negara, ada kisah Jeri Azhari membuat seni perfomans 'Mencari Ahmad' dengan berpuasa selama 336jam sambil menggulung kertas untuk instalasi ISAnya, ada kisah jerebu di Pekan Seni Ipoh dan macam-macam yang nostalgik dalam seni kita. Segmen 'catatan dan cerita' juga sangat menghiburkan. Kisah-kisah lucu yang kadang-kadang terpercik ke batang hidung sendiri dilakarkan dengan begitu simple tapi tajam.

Inilah sebuah buku yang patut berada dalam setiap genggaman pelajar, penggiat dan peminat seni rupa. Highly recommended.
Buku ini boleh didapati melalui Encik Zulhabri dari Gerakbudaya pada harga RM 28.Tel: 019 3893804.

Psst..Buku aku sedang dalam proses editing dan bakal diterbitkan sebuah universiti berstatus apex hehe..Tungguuuu..

Comments

nerve said…
wow, mesti baca ni..
Anonymous said…
Terima kasih datang ke pekan frinjan untuk memeriahkan suasana.

Mungkin pekan frinjan akan ke ipoh gelandangan di sana pula. ;)

Popular posts from this blog

Koleksi Saya #4

Bila Tempua Bersarang Rendah

NARATIF SENI RUPA MALAYSIA