Posts

UN-CUT09 Malaysian Arts Festival in Denmark

Image
Dua tiga minggu ni aku sebenarnya sibuk dengan persediaan pameran di Denmark. Amir Zainorin melalui kolektif JAMBATAN yang baru dibinanya telah mengundang aku sebagai kurator. Pameran diberi nama UN-CUT:Malaysian Paintings ini diadakan sempena Malaysian Arts Festival UN-CUT09, sebuah acara seni budaya yang dicetuskan Amir. Selain pameran lukisan, putaran video seni koleksi Muzium & Galeri Tuanku Fauziah (Kamal Sabran, Sharon Chin, Hayati Mokhtar, Vincent Leong, Masnoor Ramli, Wong Hoy Cheong dll) serta beberapa short-film (Kamal Ariffin, Fadly Sabran dll) akan dijalankan. Kegiatan lain yang bakal diisi adalah persembahan wayang kulit oleh tok dalang Rahimidin Zahari, gerakteater fizikal Aida Redza, persembahan muzik Fathullah Luqman dan kegiatan bengkel seni. Tabik spring kepada Amir yang mempunyai semangat begitu tinggi walaupun dalam keadaan terbatas, demi untuk memperkenalkan seni dan budaya Malaysia ke Denmark! Harapan kami agar acara ini akan menjadi wahana yang menjamba...

Hiburan Minggu Ini

Semalam ketika 'break' sekejap dari menulis aku terjumpa link ini. Persembahan spesel dari omputeh ini aku tujukan kepada semua para pejuang yang turun demo anti PPSMI tempohari hehe

Grafitti HALAL :)

Image

WOW!

Image
EMPAT DEKAD BEB! Terima kasih Ise! Terimakasih I-Lann! P.Ramlee Terimakasih anak-anakku! Terimakasih suamiku! G10?? ;) Yessss!! hehe..

Tanpa Tajuk

Image
TANPA TAJUK: Cerita-cerita Seni Rupa oleh Tengku Sabri Ibrahim (2009, Tinta Publishers) Hujung minggu lalu aku sempat menjenguk Frinjan. Seronok berjumpa kawan-kawan. Paling seronok dijumpakan dengan sebuah penerbitan baru 'TANPA TAJUK: Cerita-cerita Seni Rupa'oleh Tengku Sabri, pengarca sohor yang membuat majalah Tanpa Tajuk dulu-dulu. Beliau yang mempopularkan perkataan 'serum' (seni rupa malaysia) pada masa itu. (Terima kasih Alina kerana menunjukkan kepada aku buku ini.) Di dalam gerabak keretapi menuju pulang ke Ipoh aku mematikan masa dengan 'menelaah'hampir seluruh buku ini. Ada empat bahagian iaitu Teori,Kawan & Peristiwa, Catatan & Cerita serta Pernyataan Artis. Ada kisah persandingan Paiman di Balai Seni Lukis Negara, ada kisah Jeri Azhari membuat seni perfomans 'Mencari Ahmad' dengan berpuasa selama 336jam sambil menggulung kertas untuk instalasi ISAnya, ada kisah jerebu di Pekan Seni Ipoh dan macam-macam yang nostalgik dalam seni kit...

Takziah BN Sg Siput

Image
Petang Ahad lalu aku dan keluarga pergi menziarahi seorang balu yang baru kematian suami. Wanita yang kami panggil Kak Wan itu pernah menjaga dua orang anak-anakku sewaktu kecil tatkala aku begitu sibuk dengan karier yang baru diceburi. Setelah mereka berpindah kami putus hubungan agak lama sehinggalah setahun dua ini kami kadangkala bertembung di sekolah anak atau di kedai. Petang Ahad lalu Kak Wan membuka rahsia. Arwah yang berpulang pada 15 Mei 09, yang merupakan Setiausaha BN Sungai Siput, Perak rupa-rupanya seorang pengikut setia blog Sendawa. Malah beliau pernah juga meninggalkan komen menyakat aku. Aku tidak pernah marah. Malah sekarang merasa begitu terharu di atas kesudian beliau menjenguk blog yang tak seberapa ini. Malam ini malam Jumaat. Aku sedekahkan bacaan Yassin untuk Allahyarham Husnizaim bin Yahya , bapa kepada 7 anak. Walau mungkin berbeza pendapat dan prinsip, kita makan di restoran yang sama, menghirup udara yang sama, mengucap kalimah yang sama… Selain itu sama-sa...

PESTA JIWA MUDA MUDI

Image
Tiga acara pementasan seni & budaya ini kalau boleh jangan harus dilepaskan. Para artis tahap dewa dan diva bakal menggegarkan sanubari anda dengan sentuhan magis mereka. Aku sendiri sedang menepuk-nepuk dahi kerana tidak dapat ke Bagan malam esok(dem!) kerana ada dating di kota lumpur. Apa-apa pun selamat untuk kreativiti semua! Acara: PENTAS KITA…KARYA KITA… Hos: Bloggers Network @ Perak & Lantera Jiwa Tarikh: 26 Jun 2009 Masa: 8.30 malam Tempat: Laman Teratak Budi Ust. Ariffin Ngah Nasution, Bagan Datoh Perak (Selepas Stesen Minyak BHP Sungai Sumun )Bloggers Network@Perak Seniman: Pyanhabib, Meor, Nik, Kulup Sakah, Mhd Hariry, Airmas, Mat Saman Kati, Bloggers Network@Perak Acara: PEKAN FRINJAN edisi 3.0 Hos: Pekan Frinjan Tarikh: 27 June 2009 Masa: 17:00 - 23:00 Tempat: Laman Menara Jam (belakang Plaza Alam Sentral), Dataran Shah Alam Seniman: Khottal, Adam Kasturi, Hasmi Hashim, Isham, Rahmat Haron, Dila Raden, Alina Abdullah dll Acara: MALAM SENI RAKYAT Hos: CRG Communicat...