Posts

Showing posts from October, 2009

Japan Attack Special Report Part 1

Image
Otaward, pusat komuniti di Omori

Akhirnya baru aku ada ‘feel’ untuk mengemaskini blog ini. Pulang dari Jepun sudah kira-kira 5 hari tapi biasalah, banyak kerja-kerja tertunggak yang perlu dilangsaikan dulu. Itu belum termasuk mengelolakan instalasi baju-baju tak berlipat yang disediakan oleh anak-anak sempena menyambut kepulangan mama mereka ni. Adoilah..

Anyway, trip aku ke Jepun kali ni memang awesome. My first trip to Japan was like 20 years ago. Trip 3 hari dengan famili. Jadi lainlah agendanya. Lebih banyak lokasi pelancongan seperti Tokyo Tower, Temple apakenama dan Japanese Garden yang kami lawati. Kali ini, lebih banyak hal arty-farty lah. Lebih banyak rapport dijalin dengan kenalan baru – artists, curators, directors, lecturers. Kembara senilah katakan..

Berikut sedikit sebanyak laporan rentetan peristiwa yang boleh aku kongsi:

27 Sept. 09
Aku dan Kamal Sabran berangkat dari Ipoh jam 2 petang. Berat juga hati kami kerana tak sempat nak beraya sakan tahun ni!.. Bas tiba di KLIA j…