Posts

Showing posts from March, 2010

100,000 Mesti Sokong PPSMI!!!

Image
"Pameran Pak Samad Membahang Indah"!! (Haha.. gimik je tajuk itew..)



Sempena mengambil keberkatan tarikh lahir Sasterawan Negara Pak Samad yang ke-75, pameran KATA LUHUR akan dirasmikan pada 9 April 2010 (Jumaat), jam 8.00 malam di lobi utama Balai Seni Lukis Negara oleh Seniman Negara Datuk Syed Ahmad Jamal.

Malam itu persembahan muzik dan puisi akan dijayakan oleh Meor Yusof Aziddin, Rahmat Haron, Dewangga Sakti, Taheera Rosheena, Siti Zainon Ismail, Rahimidin Zahari & Space Gambus Experiment serta Pak Samad sendiri.

Aku sebagai kurator pameran selalu juga mengimpikan agar dalam tempoh sebulan pameran 'KATA LUHUR',100,000 manusia dari demonstrasi besar dahulu dapat juga berulang-alik ke Balai Seni Lukis Negara melihat karya-karya lukisan terkini oleh seorang pejuang bahasa dan seniman yang amat kontemporari ini. Guru-guru, para pensyarah dan segala macam kelab dan persatuan dialu-alukan untuk mengaturkan rombongan lawatan ke pameran yang sungguh 'special'…

LAT di Johor!!

Image
Siapa tak kenal Lat sila jangan mengaku anak Malaysia.Yang baru-baru nak mengenal karya-karyanya, silalah jenguk pameran khas Lat 1Malaysia di UTM Skudai, Johor. Pameran anjuran UTM Skudai dan Kampung Boy serta disokong oleh Balai Seni Lukis Negara (BSLN) ini akan menemui khalayak bermula 26 Mac hingga 4 April 2010. Sebuah booklet khusus terbitan BSLN akan diedarkan sewaktu pameran. Paling penting ada catatan aku tentang pameran tersebut di dalamnya. Tu yang mahal tu..Hehe.. Cetakan adalah terhad. Siapa cepat dia dapat!

10 alasan pasai apa aku beriya promot acara ini:

Aku memang peminat kartun Lat 10x


Jadi, tunggu apa lagi? Pakat-pakatlah untuk ke ruang pameran di Bangunan Pentadbiran UTM Skudai sambil menjenguk tapak konvo UTM (konvo hingga 29 Mac). Pada 28 Mac 2010 (malam) sebuah sesi ceramah dan dialog bersama Lat akan berlangsung di sana.

(Di kesempatan ini ucapan setinggi-tinggi penghargaan aku tujukan kepada pihak BSLN khususnya tim pameran serta penerbitan kerana banyak membantu m…