Posts

Showing posts from September, 2008

I'M SORRY

I’m sorry for the things I’ve done
I know that I’m the foolish one
Now that I see who’s to blame
I’m so ashamed, I’m sorry

I’m sorry for the things I’ve said
Just like a child I lost my head
I should have known from the start
I’d break your heart, I’m sorry

Please be kind and I know you’ll find
It’s so easy to forgive
Darling, wait for it’s not too late
Give our love a chance to live

I know the heartaches you’ve been through
I know for I’ve had heartaches, too
There’s nothing more I can do
But say to you “I’m sorry”

Please be kind and I know you’ll find
It’s so easy to forgive
Darling, wait for it’s not too late
Give our love a chance to live, oh live

I know the heartaches you’ve been through
I know for I’ve had heartaches, too
There’s nothing more I can do
But say to you----“I’m sorry”

Ini salah satu lagu klasik kegemaran aku. "I'm Sorry" oleh Platters. Masa sekolah menengah lagi abah dah introduce lagu-lagu Platters ni.Best tau. Sempena raya yang bakal muncul beberapa hari saja lagi, aku nak …

Pesta Jiwa

Image
"Pesta Jiwa in Yellow", campuran, 2008 - pameran The German Connections, Pelita Hati Gallery, KL

adalah karya aku yang terkini..tajuk siri ini di ciplak dari tajuk album Meor (jangan marah aaa). Ada dua buah karya. Satu berwarna kuning. Satu lagi berwarna merah. Keduanya menyulam ambience dua demonstrasi besar yang berlaku pada tahun ini. Aku sekadar pelukis yang merakam zamannya. Zaman reformasi.

BOLOS

Aku jarang menonton tv. Tak larat dah melayan cerita Hikayat Putera Syazlan, Geng Bas Sekolah, Tom tom yam ke apatah lagi kat Astro Ceria tu.. Kami antara pengguna Astro yang paling lewat. Dulu pernah cuba menahan dari mendaftar tapi akhirnya kecundang pula. Yang paling seronok tentulah bibik yang curi-curi nonton soap Indon bila aku tak ada..

Tapi akhir-akhir ni aku banyak masa untuk melayan idiot box ni. Aku cukup minat tengok gameshow BOLOS. Tak kering gusi dibuatnya melihat keletah peserta yang cukup gabrah bila dinding semakin hampir. Yang berjaya memboloskan diri akan mendabik dada macam kingkong. Yang gagal akan lenjun dalam kolam. Ada yang dengan rela hati menerjunkan diri sebelum dilanggar dinding.

Motto yang diguna pengacara pun best. “Bersedia atau tidak..bolos saja dinding itu!!”

Aku pun sedang menimbang-nimbang untuk membolos sebuah dinding besar dan panjang yang selama ini memenjarakan dunia kreativiti aku..

Mercun

Malam tadi aku main mercun. Ada belen-belen dari tahun lepas. Teringat zaman kecil dulu main bunga api dan mercun bersama abah. Setahun sekali bajet dia pasti lari sebab beli mercun yang canggih sikit. Kami adik beradik akan berdiri jauh dari tempat mercun dipasang. Percikan api warna-warni yang di choreograph dalam macam-macam bentuk begitu indah dan memukau.

Di kampung ibu di Terengganu, kami main tanglong. Ada bentuk ikan, ayam, burung. Selepas lilin dipasang, ramai-ramai berarak merayau pusing satu kampung.

Malam tadi agaknya aku seorang aje yang terlebih seronok. Budak-budak tak sabar nak melihat percikan api dan letupan bom di playstation mereka… Cheh!

Tak Reti Bahasa..

Sebenarnya aku masih confuse lagi dengan istilah-istilah bahasa bidang seni yang aku ceburi. Seni tampak? Seni Rupa? Seni Visual? Dahulu, ketika berpeluang bersidang dengan Syed Ahmad Jamal, beliau menekankan penggunaan 'seni rupa' (seperti semangat Rupa Jiwanya mungkin). Indonesia juga menggunakan 'seni rupa'. Arwah Rahime Haron sewaktu hayatnya mengangkat istilah 'seni tampak'. 'Tampak' equivalent to 'visual' katanya. Kini difahamkan pihak Balai Seni Lukis Negara mengusung perkataan 'seni visual' pula. Jadi sepanjang aku memandai-mandai jadi penulis seni, sudah ketiga-tiga istilah aku teroka sampai rambang mata. Mohonlah pakar-pakar bahasa beri pandangan agar bahasa seni tidak menjadi cacamarba dan tak menentu seperti sedia ada.

Sambil-sambil itu, bagi yang belum berpeluang menatap surat terbuka Baha Zain kepada Pak Lah pada Jun lalu, aku tempelkan di bawah sebagai panduan tentang isu bahasa (dirampok dari www.prihatin.net).


Surat Ter…

Bila Tempua Bersarang Rendah

Image
Tajuk: "Bila Tempua Bersarang Rendah 2"
Bahan: sarang tempua (bird's nets), kekabu (kapok/cotton), gauze,
Saiz: dimension variable, 2002
Pameran: TALI IKAT (Asian Fibre Art), Taman Budaya Jogjakarta, Indonesia


The Concept
"Jika tidak berada-ada masakan tempua bersarang rendah" (Malay Proverb)

The Malay saying has its English equivalent: Where there’s smoke there’s fire. Between those who care most for social cohesion and those who primarily value individual initiative there has been an age-long battle - In every such perennial controversy there is sure to be truth on both sides; there is not likely to be a clear - cut solution, but at best one involving various adjustments and compromises -Bertrand Russel, Authority and the Individual: pg.91.

Tempua @ Baya Weaver @ Finch (Ploceus Philippinus), is small dull looking bird - commonly found in the open country in Malay Peninsula, especially in the lowlands. Their nests are aesthetically pleasing and an architectural fe…

Cinta Kimiaku

Malam tadi aku ke Hospital Besar Ipoh. Jangan salah faham. Aku sihat walafiat. Aku pergi melawat seorang anak muda berusia dua puluhan yang sudah berpenyakit macam orang-orang tua. Paru-parunya sudah ditebuk untuk mengeluarkan berliter air yang menyesakkan pernafasannya. Gaya hidup kurang sihat yang diamal selama ini kemungkinan besar menjadi penyebab. Dia bercerita tadi sambil menjeling-jeling misi dan doktor pelatih cun, tubuhnya terlalu banyak chemical. Mana taknya, segala macam pil ditala semata-mata untuk menyedut ekstasi dan kirtana yang sementara. Bila dah terlentang di katil dan dicucuk segala macam jarum dan alat, barulah tersentak dan terdetik di hati untuk insaf (dia kata..).

Kawan-kawan yang melawat pakat menyanyi lagu My Chemical Romance. Selamatlah beraya di hospital. Amin.

Kitar Semula

Image
Sejak mula berpuasa, baru sekali aku jenguk pasar Ramadhan. Hari-hari aku masak juadah berbuka. Kadang-kadang special. Kadang-kadang cincai. Keluarga tak pernah komplen pun. Aku pun tak pernah komplen malah seronok bila air tangan dapat dinikmati bersama.

Baru saja bercadang nak berbuka di luar hari ini, tiba-tiba aku terima emel dari adik aku yang kini bermastautin di Jakarta. Langsung tangguh dulu plan. Katanya, didapati ada beberapa peniaga di gerai-gerai tepi jalan sudah recycle makanan untuk jualan. Daging-daging disalvage dari tong-tong sampah hotel dan pasaraya, dibasuh dan dimasak semula sebagai lauk. Alamak. Aku harap di Malaysia tiada peniaga yang tak bertanggungjawab buat kerja macam itu! Yang aku pasti aktivis Food Not Bombs juga recycle, tapi cuma sayur-sayuran kurang sempurna yang ingin dibuang oleh peniaga pasar, bukan yang sudah busuk dan dikorek dari tong sampah.

Hari ini aku masak spaghetti. Aunty Yah hantar pengat keledek. Sedap.

Moral of the story: Jangan seronok s…

Untuk Siapa Genta Bergema?

Image
Karya bertajuk "For Whom the Bell Tolls"(FWTBT) ini aku hasilkan pada tahun 2000 untuk pameran Trans(formations): 6 from Malaysia bertempat di Sculpture Square, Singapura. Pelukis lain yang terlibat adalah Ahmad Shukri, Chuah Chong Yong, Yau Bee Ling, Tengku Sabri & Yap Sau Bin. Karya ini dibeli oleh National University of Singapore (NUS) Museums melalui recommendation TK Sabapathy, kurator pameran.

Karya ini bernuansa politikal sikit. Ia ada kena mengena dengan kemelut serta kezaliman dunia politik pasca 1998. Lirik lagu "For Whom the Bell Tolls" oleh kumpulan Metallica dijadikan sebahagian subject-matter karya.

Aku rasa sajak yang aku lampirkan dalam kertas kerja FWTBT ini semakin relevan kini:

UNTUK SIAPA GENTA BERGEMA

Ketika bicara dinoktahkan
Tika langit mendung
dan bumi murung terkurung
dan angin bergulung -
Telah dipakukan kuasa di telapak seorang
raja yang gila ketawa
Yang gentar mengilai di anjung mahligai

Ketika hukum menjawab terka
Bergema genta di hati rakyat …

Bunyi Gitar

Image
Aku beruntung kerana diberi peluang belajar muzik oleh ibubapaku. Kesian mereka terpaksa menghabiskan wang ringgit untuk bayar kos belajar piano aku hingga gred 6 (sebab aku dah malas sambung ke gred 8 macam adik aku). Mungkin mereka anggap anaknya nanti boleh le jadi macam Richard Clayderman kot.

Tapi masa remaja aku (hingga kini hehe) dipenuhi dengan angan-angan untuk jadi rockstar. Bilik tidur penuh tampalan poster kumpulan Search, Lefthanded, Loudness, Iron Maiden dan entah apa-apa lagi lah. Masa tu pertengahan 80an - Ella & The Boys muncul. (Ella tetap rock di usia ganyutnya sekarang). Masa kawan-kawan sibuk belajar untuk SPM, aku menggila belajar chord gitar (patutlah result baik punyaaa)

Abah boring sebab aku sudah buat gitar kapoknya seperti harta sendiri.

23 tahun kemudian…

Anak teruna aku baru habis UPSR. Dua tiga hari lepas dia bawa gengnya ke rumah. Kawannya menayang skil main gitar (hek eleh). Anak dara aku yang bakal berPMR pun sudah mula memetik-metik lagu Hujan.

Aku b…

Sundal Malam

Image
Semenjak dua menjak ni aku berminat pula bertaman. Rasa tenang dan seronok bila sentuhan membuahkan hasil. Puas hati kerana segalanya dibuat sendiri. Memang kalau nak mudah, sedia aje beberapa ribu ringgit untuk hire pereka laman. Tapi aku anggap ini juga kerja seni. My installation work la lebih kurang. Aku pun sebenarnya terpengaruh dengan semangat pelukis seperti Hasnul Jamal Saidon, Zainon Abdullah dan Paiman bertaman. Sentuhan seniman memanglah ada keistimewaan kan..

Malam tadi lepas tarawikh di rumah,aku dan anak bongsu melepak di taman mendongak ke bulan penuh di langit. Sudah malam ke 15 rupanya. (Aisehmen, tadi kami semua lupa baca Qunut) Sambil-sambil mengambil hawa dingin di luar, aku membelek dan mencium spesis bunga kesayangan aku- Harum Sundal Malam atau bahasa saintifiknya Polianthes Tuberosa. Aromanya memang terlalu mengasyikkan. Penuh ekstasi!

Memang sesuailah nama yang diberi sebab bunga ini memang harum dan kembang di malam hari. Patutlah tiap kali tingkap bilik dikua…

Art Books

Image
Hari ini suamiku pulang dari KL dan menyerahkan satu beg plastik berisi buku (di samping bundut pakaian kotornyalah).

Ada tiga buku art yang dia dapat beli murah di Amcorp Mall. Sudah jadi rutinnya kalau meeting di PJ mesti singgah. Kami rekomen pergilah ke Book Excess di situ. Kalau rezki baik boleh dapat buku-buku seni luar negara dengan harga luarbiasa murah.

Tapi yang paling best antara buku-buku tersebut adalah kitab terjemahan Al-Quran terbitan Yayasan Restu daripada bondaku tercinta. Semenjak kematian abah hampir sepuluh tahun lalu, anak-anak menggalakkan dia berjalan-jalan untuk mengubat luka dan mulakan hidup baru. China,Vietnam,Indonesia, Moscow, London dan entah mana-mana lagi, semua dia dah cover bersama rakan-rakan yang senasib. Ada geng masjid, geng main kutu, geng berjogging dan macam-macam lagilah. Jadi, tiap kali sang menantu tumpang tidur di rumahnya dapatlah prezen dan bric-a-brac macam-macam..Terjemahan ini lagi satu buah tangannya dari salah satu tempat lawatan mer…

KE AKHIR SYAIR

Umum sudah mafhum bahawa tokoh bapa kewartawanan A.Samad Ismail telah pergi mengadap Ilahi pada 4 September 2008. Sama-sama kita doakan semoga roh beliau dicucuri rahmat dan dipermudahkanlah segala perkiraannya oleh kerana sumbangan besar yang telah beliau tinggalkan di atas dunia.

Terima kasih A.SAMAD SAID kerana sudi menurunkan air tangannya di blog yang tak seberapa ini.

------------------------------------------------------------------------------------

KE AKHIR SYAIR (Elegi untuk TS A. Samad Ismail)

Dari awal dekad terjajah
hingga merdeka bermaruah,
harapannya bangat banyak—
terlindung dan berselerak.
Tapi, suaranya kekal satu
tegas pedas, tajam padu.
Di sisi bangsa dan budaya
lidahnya jarang berubah.

Dalam dekad ‘bagero’ bergigi
dan tetahun ‘yesman’ bertaring,
suara beraninya benih menguji,
tinta canggihnya degil bersaing.
Langkah Jepun, hadapi Inggeris,
tekun direnda abjad merdeka;
dirinya sentiasa di pentas satu—
ke akhir hayat pun tetap begitu.

Dia mengirim burung permai
ke angkasa yang bang…

Mari Berpantun

Mula-mula gila facebook,
Lepas tu gila blog,
Suami aku sibuk-sibuk,
"Sahur nanti apa lauk?"

Hehe..nasib baik dapat suami yang rock! Blog ini memang berhantu...;)

Redza Piyadasa

Image
Redza Piyadasa kembali ke rahmatullah pada 7 Mei 2007 (Isnin), jam 6.15 petang di Hospital Selayang. Ramai yang menangisi pemergiannya. Tak kurang juga yang tersenyum lega. Ini kerana, Piya merupakan seorang tokoh seni tampak yang begitu agresif di dalam melontar serta menegakkan ide-ide keseniannya. Tak ramai yang mempunyai stamina untuk berwacana dan menyanggah persepsinya. Ramai anak didik beliau pernah merasa penangan sinikal Piya. Piya hanya menguji dan mencabar agar warga seniman menjadi lebih bersedia dan kuat menempuhi cabaran-cabaran dunia seni.

Aku beruntung kerana dapat mendekati Piya. Kerjasama kesenian yang disumbang Piyadasa sempena 5 siri festival Pekan Seni Ipoh (1996-2000) dan aktiviti-aktiviti anjuran Yayasan Kesenian Perak (YKP), memberi peluang kepada aku untuk bertukar-tukar khabar dengan beliau. (Aku adalah warga YKP sejak 1996 lagi).

Masih aku ingat, setelah tamat pengajian di Jabatan Senihalus ITM Shah Alam (1994), aku telah dipanggil supaya mengadapnya untuk seb…

MATAHATI

Image
Dari kiri: Ahmad Shukri, Ahmad Fuad Osman, Hamir Soib, Latif Mohidin (perasmi yang langsung tak berkata-kata?),Bayu Utomo & Masnoor Ramli


Tahniah MATAHATI kerana masih bertahan hingga kini. Aku cukup respek mereka ni kerana berjiwa cukup kental. Tempoh 15 tahun itu boleh dikira agak lama sebagai sebuah kolektif. Masing-masing secara individu juga sudah cukup kuat dikenali di kalangan warga seni tampak. Ini kolektif seni yang aku kira sudah sampai tahap matang kerana berupaya mengangkat status sang pelukis selain turut mewujudkan ruang mendidik para pelapis dan generasi pelukis baru melalui galeri HOM (House Of Matahati) mereka. Kerana itu, memang wajarlah mereka diberi sebuah pameran retro di Galeri Petronas awal tahun ini. Pameran tersebut difahamkan akan bergerak ke Singapura tak lama lagi. Buku sempena pameran ada dijual di kedai Galeri Petronas KLCC. Kalau tak mampu,sila ke Pusat Sumbernya. Mesti baca..sebab aku pun terlibat menulis dalamnya. Hehe.

LAGA-LAGA

Image
Ini karya yang paling mencabar sepanjang aku bergelumang dalam seni. Dibuat khusus untuk menyertai pertandingan Bakat Muda Sezaman (Young Contemporary Award) anjuran Balai Seni Lukis Negara pada tahun 2002. Bayangkan lebih 200 ekor ikan laga yang harus aku install selama hampir 2 bulan pameran. Ada yang survive hingga penghujung, tak kurang juga ramai yang sampai ajal. Akibat itu, aku menerima nota layang yang ditempel di karya..sebagai kejam! Ha.ha.ha.

Aku ingin mencuba sesuatu yang avant-garde (konon!)dalam dunia seni tampak tanahair. Bakat Muda Sezaman sememangnya platform yang paling sesuai untuk pelukis mempersembahkan karya-karya berbentuk eksperimental dan lari dari kelaziman lukisan-lukisan konvensional. Karya ini diberi Hadiah Juri dengan wang tunai RM 5000.00 (yang hampir cover kos penghasilan dan pengurusannya). Di bawah aku tampilkan teks yang mengiringi karya tersebut. Masih mencari versi Bahasa Melayu yang menyorok di celah-celah fail dalam komputer..



THE CONCEPT

THE MAN: …

se(rang)ga

Image
Ini merupakan karya video aku yang pertama. Dihasilkan secara kolektif dengan teman-teman seniman dalam tahun 2003. Amirul Fakir (sang poet), budak-budak band underground Bodysurf Music & Masnoor Ramli (visual artist). Edisi 2/6 kini merupakan himpunan tetap Muzium & Galeri Tuanku Fauziah USM.

Karya ini terhasil oleh kerana perasaan kurang senang yang semakin membuak-buak di dalam diri ini. Kurang senang dengan sentimen manusia terhadap Islam yang balik-balik dianggap teroris, ortodoks dan ketinggalan zaman. Aku bermain dengan paradoks dengan mengambilpakai kenyataan-kenyataan bikinan para filasuf dan pemikir Barat.


se(RANG)ga -Kenyataan Pelukis

Kata Baudrillard: “Behind this exacerbated staging of communication, the mass media, with its pressure of information, carries out an irresistable destructuration of the social.” Justeru “…the stupidity and the obscenity of all that is reported about the terrorists: everywhere the wish to palm off meaning on them, to exterminate them with…
Image
Salam. Akhirnya aku menjebakkan juga diri ini ke dalam kancah bloggisme. Bukan kerana apa sangat, sebagai dokumentasi perjalanan hidup aku semata. Bila aku sudah tiada, simpan semua kisahku jangan ditangis selalu..