Posts

Showing posts from July, 2012

NARATIF SENI RUPA MALAYSIA

Image
Aisehmen..Pejam celik dah setengah tahun tak updet blog! Ini ada maklumat penting tentang buku yang saya terlibat sebagai editor :) Kalian semua diundang ke majlis pelancarannya..kalau tak sempat, boleh cari di Galerishop Balai Seni Visual Negara, atau mana2 kedai buku terpilih. Tarikh Pelancaran: 7 Julai 2012 (Sabtu) Masa: 10 pagi Tempat: Balai Seni Visual Negara, Kuala Lumpur Buku seni rupa terhebat di abad ini! (keh keh keh..) <Berikut sebahagian dari pengenalan oleh Beverly Yong & saya untuk jilid ini: <Projek Naratif Seni Rupa Malaysia ini meneruskan kerja-kerja tersebut dan cuba memperkembangkan usaha-usaha penting sedemikian di dalam merakam dan menghurai perkembangan seni rupa Malaysia. Dari mula lagi ia tidak bermaksud mengemukakan “sejarah seni rupa Malaysia” yang muktamad atau lengkap, dan sengaja mengelak dari mengisahkan sejarah ini secara yang benar-benar linear lagi kronologikal sambil mengekalkan rasa sedar terhadap perkembangan-perkembangan yang