Posts

Showing posts from January, 2009

Special Report YANGON (Finale)

Image
Ini entri terakhir aku tentang Myanmar le..saja je untuk rekod peribadi. Maaflah kiranya meleret-leret pulak kisah trip aku kali ni… 24 Januari 2009 Seawal jam 8 pagi aku dan Mel dibawa Ko Z ke sebuah countryside daerah Thanlyin untuk melihat satu lagi kuil popular yang terletak di tengah-tengah sungai Yangon. Kyaik Hmaw Wun Ye Lai Pagoda namanya. Sewaktu turun dari kereta kami diserbu makcik-makcik yang menjual macam-macam paraphernalia sembahyang dan popcorn. Popcorn? Nasib baik tidak aku sumbat ke dalam mulut, rupa-rupanya untuk diberi makan kepada beratus-ratus ikan patin gergasi yang berselirat mengerumuni tepian kuil. (Err..mungkin buat sementara waktu aku akan bergencatan ikan patin..) Kami terpaksa menanggalkan selipar dan kasut masing-masing sebelum menyeberangi ke kawasan kuil. Aku yang sememangnya genyi berkaki ayam di tempat-tempat lembab dan berlumut terpaksa kuatkan semangat berjalan tanpa kasut berjalan sama-sama dengan anjing, kucing memijak segala macam rencah dan lud

Special Report YANGON (Part 2)

Image
21 JANUARI 2009 Bertempat di New Zero Art Space, kami membuat pembentangan tentang seni dari negara masing-masing. Seperti biasa, aku akan membawa bahan penerbitan tempatan yang mana ada ekstra (itu pasal tak rugi bagi aku katalog lebih kawan-kawan oii hehe) sebagai ole-ole dari Malaysia untuk diletakkan di pusat sumber di situ. Aku tidak membentang tentang pelukis sohor dan mapan kita tetapi lebih kepada 'emerging artists' untuk memberi sedikit ide tentang seni terkini Malaysia. Antara pelukis yang aku sebut tentulah terdiri daripada kroni-kroni aku (haha..hanya Melissa yang tahu). Aku pecahkan pembentangan kepada empat kategori iaitu Basic History, Emerging Artists, Performance Art dan Outsiders. Lebih kurang ajelah penerangan kerana masa hanya 20 minit termasuk terjemahan pulak ke bahasa Myanmar. Walaupun ruang seni ini lebih kurang macam Rumah YKP dengan peralatan dan tenaga yang paling asas, semangat mereka atas nama seni adalah sangat tinggi. Sekali-sekala tenaga elektri

Special Report YANGON (Part 1)

Image
Akhirnya aku berkesempatan untuk melayan blog ini.. Selain laluan internet yang agak lembab di Yangon, alasan lainnya adalah aku terlalu sibuk dengan atucara yang telah disediakan oleh penganjur iaitu New Zero Art Space. Aye Ko, pengasas ruang ini pernah aku temui sewaktu pameran kumpulan kami di Berlin dan Chiangmai melalui Heinreich Boll Foundation beberapa tahun lalu. Di sini, dia dan dua orang pelukis Myanmar iaitu Ko Jue dan Ko Z terlalu baik dan sudah pun aku dan Mel anggap macam adik-beradik. Aku akan mulakan cerita mengikut hari pertama supaya ada naratiflah sikit perjalanan aku kali ini. 19 JANUARI 2009 Disambut Ko Jue dan Suzie di lapangan terbang Yangon yang agak classy walau tak secanggih KLIA. Check in di Hotel Panorama di Pansodan Street. First impression pada aku, kota ini ala-ala Saigon tapi tidak seteruk Dhaka. Penduduk Yangon tidak boleh memiliki motosikal kerana dilarang pemerintah. Aku rasa ada rasionalnya, jika tidak akan jadi kota motosikal macam di HoChinMinh (S

Kembara Burma

Image
NHK Blood Vessel, 2009 Sejam lagi berangkatlah aku buat pertama kalinya ke Yangon, Myanmar untuk menghadiri program ASEAN Contemporary Art Exchange anjuran Zero Art Space. Aku bawa Melissa Lin, pelukis muda yang baru hendak mengepak sayapnya untuk beri dia exposure. Kebetulan setelah itu, dia juga ditawar untuk menjalani residensi di House of Matahati. Jadi tepatlah pilihan aku. Kami membawa karya sendiri untuk mengelak tersadai di imigresen. Cabaran pertama untuk dapatkan visa telah kami lepas. Harap2 di sana nanti dipermudahkanlah perjalanan.

TUDUNG-TUDUNG

Image
TUDUNG-TUDUNG Instalasi Video Dimensi pelbagai 2007 Karya ini menggunakan tiga projeksi video. Di bahagian latar, dua dinding menunjukkan wajah aku yang tidak henti bercakap dan kelihatan teks-teks Jawi berlegar secara random di hadapan mulut seolah membisukan segala laungan. Sekujur tubuh dengan skirt ala tari sufi dipancar dengan imej bendera dari negara-negara OIC. Ini sekadar respons aku terhadap kegiatan pembisuan serta menudung suara-suara dan rintihan Muslim secara universal. Aku tak berupaya mengangkat senjata perang. Ini saja senjata yang aku ada.. Karya ini pernah dipamerkan di Galeri Petronas dan Malmo Art Museum, Sweden. Sekarang aku sedang berunding untuk mempamerkannya di Korea Insyaallah. Takbir! (Terima kasih sdr Kamal Sabran kerana membantu menyempurnakan video untuk karya ini) Text by Shireen Naziree, curator of Out of The Mould: The Age of Reason exhibition: As political incursion increasingly polarizes the Islamic world and its obscurant forces play out their agen

Allahuakbar!

DOA QUNUT NAZILAH UNTUK PALESTIN (dirampok dari blog si mat indie Jay Freelove) اللهم ﺇنانجعلك في نحور أعدائنا ونعوذبك من شرورهم اللهم بدد شملهم وفرق جمعهم وستت كلمتهم وزلزل أقدامهم وسلط عليهم كلبا من كلابك يا قهار يا جبار يا منتقم ياالله ياالله ياالله اللهم يا منزل الكتاب ويا مجري السحاب ويا هازم الاحزاب ﺇهزمهم ﺇهزمهم ﺇهزمه وانصرنا عليهم Ya Allah, Sesungguhnya kami meletakkan Mu di batang-batang leher musuh-musuh kami Dan kami berlindung dengan Mu daripada kejahatan-kejahatan mereka Ya Allah, Leburkanlah kumpulan-kumpulan mereka Pecah belahkan dan kacau bilaukan persatuan mereka Goncangkan pendirian mereka Dan hantarkanlah anjing-anjing Mu kepada mereka Wahai Tuhan yang gagah perkasa Wahai Tuhan yang penuh raksasa Wahai Tuhan yang bersifat murka Ya Allah Ya Allah Ya Allah Ya Allah, Wahai Tuhan yang menurunkan kitab Wahai Tuhan yang mengarakkan awan Wahai Tuhan yang menewaskan bala tentera Al-Ahzab Kalahkan mereka kalahkan mereka Kalahkan mereka dan menangka

Rezeki Tahun Baru

Image
Hari ini kami sekeluarga menyambut 1 Januari dengan makan-makan saje. Tengahari kari kaw ikan bawal dan ulam-ulaman dari edible garden ku..ehem Malamnya aku dan anak-anak belajar buat sushi dengan chef Ise :) Disudahi dengan dessert aiskrem tradisional hehe Burrp..Alhamdulillah