Posts

Showing posts from November, 2008

Touristic Expedition

Image
26 November 2008 - Aku hanya di sekitar bandar Copenhagen. Masuk keluar galeri dan jadi tourist. Sessi interbiu diatur Amir pada waktu malam. Siangnya sempatlah lihat arca Duyung yang glam itu. Tak tahulah apa specialnya. Aku dengar kepala arca itu sudah diganti beberapa kali kerana sering dipancung oleh penduduk di situ dahulu. Kemudian jalan ke kawasan istana dan memang rezeki pelancong lah, sempat pula rakam adegan 'changing of the guards'. Bersama-sama mak dan pak arab, minah dan mamat Jepun, kami semua tak berhenti mengklik kamera masing-masing untuk foto-foto kenangan. Apalah nasib buruk, kamera aku pulak jam dan terpaksa pakai still videocam yang tak berapa cantik..Nasib baik adik ada kamera lain. Nanti aku letak gambar yang lain tu kemudian. Sebelum itu, aku singgah di gereja marmar dan duduk bersolat jamak zohor dan asar di celah barisan kerusi panjang. Biasalah dah jadi musafir ni, kena pandai-pandailah adjust apatah lagi waktu solat yang terlalu rapat di sini. Beber

Aros di Arhus

Image
Hari ini (25 Nov) aku ke Aros art museum di Arhus. Naik keretapi lebih kurang 3 jam untuk menemuramah dua orang penulis yang fokus mereka tentang isu-isu imigran dan Islamophobia. Malene Grondahl dan Carsten Fenger adalah suami isteri yang sebelum insiden 9/11 sudah mula meneroka topik yang berkisar dengan Islamophobia dalam konteks Denmark. Sebelum waktu temuramah, sempatlah aku menjenguk pameran dan begitu seronok dapat berposing di karya Ron Mueck yang sohor itu. Selain itu, ruang paling bawah muzium ini diisi dengan karya-karya video dan new media. Buat pertama kali aku berupaya menyedut sedikit aura dari karya instalasi video Bill Viola... Penat.Sejuk.Homesick..tapi kerja mesti diteruskan. Masih ada beberapa lagi seniman dan aktivis yang harus aku temui untuk sempurnakan eksperimen aku ini.

Copenhagen

Image
Aku tiba di Copenhagen malam 22 November disambut oleh pelukis Amir Zainorin yang menetap di sini. Adik aku yang belajar di Aberdeen pun tiba lebih kurang waktu yang sama. Sudah lebih setahun tak jumpa secara fizikal, cuma online saja. Jadi kami sudah rancang lebih awal untuk bertemu kerana Aberdeen cuma sejam lebih saja dari sini. Sebenarnya kedatangan aku di Denmark ini punya agenda sendiri. Sementelah sudah ke Germany tempohari, aku terus ambil peluang singgah untuk lakukan sedikit kajian dan menghimpun data. Tahun lepas secara tiba-tiba nama aku tersenarai sebagai antara kurator yang menerima geran dari American Centre Foundation. Geran ini tidak boleh dipohon. Hanya melalui rekomendasi yang mana hingga kini aku masih belum tahu siapa pencadangnya. Mungkin melalui kenalan-kenalan kurator dan seniman dari luar. Alhamdulillah. Orang dah nak bagi, kita pakai ajelah. Aku terima kerana mereka tidak ada campurtangan dalam pengkajian ini. Jadi, topik yang masih berlegar-legar dalam kepala

Centre for Art & Media, Karlsruhe

Image
Terpegun aku menatap bangunan Centre for Art & Media di Karlsruhe, sebuah bandar kecil kira-kira sejam dari Stuttgart. Lebih dikenali sebagai ZKM (Zentrum fur Kunst und Medientechnologie). Bekas kilang ini dijadikan pusat seni dan media pada tahun 1997 dan mendapat sokongan pemerintah. Masuk ke ruang pameran, mulut aku ternganga agak luas bila melihat sebiji hot air baloon dipancar dengan imej. Skala pameran sebegini sudah capai tahap bienale-bienale mega aku fikir, tapi bagi ZKM ini merupakan pameran biasa. Waduh.. Dr Andrea Buddensieg, pengurus projek (serta isteri kepada Hans Belting rupanya)memberi layanan begitu mesra. Beliau menghabiskan kira-kira 3jam menerangkan satu persatu karya new media yang memenuhi setiap tingkat galeri. Tak pernah aku melihat begitu banyak display karya-karya new media dalam satu masa. Pertembungan sains, matematik dan seni begitu kuat dalam setiap karya yang kebanyakannya berbentuk interaktif. Malaysia memang ketinggalan jauh ke belakang dalam bidan

Konferenz

Image
21 November 2008,1.00 am Stuttgart, Germany Hari ini aku sudah boleh menarik nafas lega kerana selesailah sudah tugas aku membuat pembentangan di Galeri IFA. Rasanya ini pengalaman public speaking yang paling menggabrahkan. Apa taknya, kesemua penceramah bukan calang-calang. Semuanya orang-orang berpengaruh dalam dunia seni antarabangsa. Aku buat joke softcore , beritahu pada audiens, “today I am terribly nervous because in this auditorium there seems to be too many doctors, professors and important figures in the international art scene”. Nasib baik le dema gelak. Aku diminta bercakap tentang topik “Mainstream or Underground – Cultural Self-representation for which Public?” Aku pun sentuhlah tentang etika DIY, tentang geng punk, budak muzik underground serta ruang-ruang alternatif yang tumbuh bagai cendawan sekitar awal 2000 yang menyumbang kepada desakan nafsu untuk hasilkan zine sendiri. Profesor Emeritus Dr Hans Belting, pengkritik seni tahap dewa dan ditakuti ramai, bercakap ten

Kembara Stuttgart

Image
20 November 2008, 9.00am Stuttgart, Germany Perjalanan yang begitu baik tiba-tiba dicemari satu insiden di lapangan terbang Amsterdam. Entah mengapa aku ditahan dan di interogate imigresen pula. Dalam hati timbul macam-macam telahan. Depa takut aku nak jual dadah ke (ramai wanita Malaysia buat kerja ni bukan) atau suicide bomber ke.. (yelah simbol tudung itu terlalu kuat dan menakutkan mungkin). Aku ditanya tentang destinasi seterusnya iaitu ke Denmark. Tinggal di mana. Jumpa siapa. Duit bawak banyak mana. Aku diminta buka laptop di kaunter untuk check emel mengesahkan adanya pihak yang menunggu di sana. Tak pernah aku nampak di kaunter cop paspot orang buka laptop. Bengang. Sarkasme aku pada pegawai tersebut akhirnya menyeret aku ke pejabat imigresen pula. Dia telefon Amir Zainorin, pelukis di Denmark yang bakal aku temui pada 22 November nanti. Setelah puas hati (ataupun tak puas hati), aku dilepaskan. Selepas itu, dia tanya apa yang aku catitkan di sekeping kertas. Aku cakap, aku

MATI

Sejam lagi insyaallah aku sudah berada di awan biru..20hb harus bagi ceramah pula di Institute of Foreign Culture (IFA) di Stuttgart, Jerman. Ada kesempatan nanti kan ku cerita panjang lah.. Semalam jantungku bagai disentap dalam tempoh dua minit. Seorang hamba telah memberi khabar tentang kematian satu orang kuat senirupa. Aku telefon Kak Normah yang bercerita sampai aku tak jadi sedih malah terbahak-bahak pula gelihati.. Kata dia, bila dapat berhubung dengan si 'mati' dan beritahu tentang berita yang sudah kecoh itu, si 'mati' menjawab "ko biar betul.." dengan gaya ala-ala manja gitu..hahaha Apa2 pun sori lah encik mediartpassion yang telah disentak dengan soalan sakratul maut tengahari semalam hehe..

Koleksi Saya #9

Image
ILHAM FADHLI "The Party" Acrylic on canvas 122cm x 168cm 2007 Ilham Fadhli atau lebih dikenali dengan gelaran 'Kojek' merupakan seorang painter yang tekun. Penggunaan collage imej figura miniatur menjadi identiti dalam karya terkininya yang seringkali dihiasi dengan ambience gotik dan surreal. Namun di dalam karya yang aku beli dari studionya tahun lepas (waktu itu aku curate 2man show nya bersama seorang lagi pelukis, Haslin Ismail bertajuk 'Friction') 'signature' tersebut masih belum timbul lagi. Aku menyesal kerana tidak mengambil karya ini secepat mungkin dari stor simpanan sebuah galeri. Bila ianya sampai di pintu rumah beberapa hari lalu, bau hapak menusuk masuk. Di bahagian belakang aku dapati seolah-olah ada tompokan kulapok atau fungus. Amer pakar konservasi cadang guna bahan ethanol dan jemur lukisan itu di tempat redup. Aku jumpa bahan ini dalam kumuran Listerine. Secara logik, harap2 ia tak akan merosakkan permukaan lukisan sementelah s

Cabaran Seorang Guru

Image
Seorang teman emel lampiran ini pagi tadi. Kertas karangan oleh murid salah sebuah sekolah di Melaka. Lahaulawala... tension jadi cikgu rupanya hehehe berdarah otak!!

Kajian Semiotik 1

Image
November 2008

Lady Fingers by lady's fingers

Image
Arwah abah (seorang graduan agriculture)semasa awal perkahwinan memang suka berkebun di rumah. Aku boleh ingat scene pokok tomato, cili, sayuran dan batas di sekeliling rumah kami di Jalan Petri, JB sekitar usiaku 3-5 tahun. Bila dah memangku tugas yang banyak sebagai orang kuat pendidikan, beliau terpaksa lupakan hobi tersebut. Sejak itu kami menjadi konsumer tegar sayur-sayuran pasar mari. Aku pun bila dah tua-tua ni baru terpanggil nak berkebun. Tak sangka pula aku ada 'jemari hijau'. Hari ini aku akan goreng bendi dan terung pipit dari edible garden ku yang comel itu. Lagi dua minggu harap-harap tomato berputik. Terung panjang masih kontot. Semua disemai pada waktu sama kira-kira dua bulan lalu, tapi bendi nampaknya lebih cepat memberi hasil. Entah apa mimpi aku uplod hal kacang bendi pula hari ini..*chief betul.. *hanya U-Wei & the geng mengenal manikam..:)

Mengunyah seribu alasan

Image
Petang ini aku mula membaca katalog-katalog seni yang dikirim teman-teman kurator dari Indonesia melalui Ise (sambil mendengar lagu2 Seringai dari album Serigala Militia yg aku cetakrompak darinya hehe). Imbas sekali lalu, aku tahu penulisan mereka serius, bukan sekadar reportage acara seni macam yang berlambak dicetak untuk pameran-pameran lokal di sini. Itu kelebihan dunia seni rupa Indonesia. Pembicaraan yang dalam, rujukan yang luas dan terkini, perdebatan yang intense dan segar antara seniman merentas genre dan latarbelakang. Tak tahulah apa nak jadi dengan komuniti pelukis kita yang nampaknya lebih senang memikir cara-cara bagaimana nak mengembongkan kantung masing-masing semata. Boleh cari makan, tapi seimbangkanlah dengan makanan ilmu. Tiada lagi alasan kalau kita mahu lebih dihormati. Selain itu aku agak bangga sebab diberi kalendar 2009 yang diedar sewaktu pelancaran Nam June Paik Art Centre di Seoul baru-baru ini.(Nam June Paik adalah bapa segala video art). Ise yang tak le