Posts

Showing posts from October, 2008

Koleksi Saya #6 & #7

Image
BAKHTIAR NAIM JAAFAR "Jeri In Dream" Mixed media Dimensions Variable 2006 Baru jam 12.30 pagi tapi mataku sudah nampak bantal. Ini mesti penangan pil selsema yang aku telan selepas makan malam tadi. Bukan sekadar air hidung, idea-idea bernas untuk menulis pun ikut kering (kunun). Sebelum aku tidur awal malam ini, elok juga aku pamerkan dua karya berbentuk bantal. Sepasang bantal oleh Baktiar ini aku beli semasa pameran tribut Jeri Azhari di BSLN. Aku dan Hamir Soib (Gudang) dengan rakan-rakan di BSLN berjaya lakukan tribut itu kira-kira dua minggu setelah pemergian arwah. Sekitar 60 pelukis mengambil bahagian. Perasmian pameran yang paling berjaya dan best aku rasa, kerana begitu ramai yang datang walau malam itu di kaca tv ada siaran langsung perkahwinan siti nurhaliza & datuk K! AZLIZA AYUB "A Reminder" 48 x 78cm Cotton & polyester pillow 2008 Lagi satu karya bantal..wah pelik betul 'art' ni bukan? Aku beli karya ini kerana dia ada perkaitan denga

Halwa Telinga baru

Image
Hari ini aku decide untuk rileks. Berehat satu hari sebelum sambung menghabiskan segala kerja-kerja penulisan yang masih aku berhutang dengan beberapa pihak. Setelah selesai SMS teman-teman berbangsa India untuk ucap selamat deepavali pagi tadi, aku terus pasang 3 buah cd lagu. Ulang dengar sampai boleh ikut beberapa buah lagu yang catchy . YUNA Waw!. Perempuan yang ini suaranya bak buluh perindu. Aku pertama kali melihat dia bermain gitar dan menyanyi secara akustik di KL singsong fest di KLPAC tahun ini. Lunak, magical , boleh cair lah dibuatnya. Suara dan gaya tarikannya ingatkan aku pada Norah Jones dan Sinead o connor. Susah nak jumpa muslimah yang pandai main gitar, menyanyi dan ada band lagi. Tabiklah sister! Album terbitan sendiri kali ini yang bagusnya terdapat sebuah lagu Melayu. Yuna selama ini menyanyi lagu-lagu Inggeris yang semuanya dicipta sendiri. Boleh akses informasi di www.myspace.com/yunaroomrecords FATHULLISTIWA - PELAN B Sesiapa terlibat dalam dunia muzik kalau

OHPENING..

Image
Selepas Raya ini aku rasakan KL bagai terlalu senak dengan begitu banyak pembukaan pameran. Berentetan. Hampir setiap hari ada opening . Sesetengahnya disekalikan dengan rumah terbuka raya. Nasib baiklah aku tak tinggal di KL. Kalau tidak boleh jadi gila dibuatnya. Kalau tak pergi nanti ada pula yang berasa hati. Kalau pergi selalu orang pun muak tengok muka kita. Jadi aku bersyukurlah kerana keluarga sudah sebulat suara nak bermastautin di Ipoh aje. At least sementara tunggu anak-anak membesar. Tahu tak kehidupan aku di Ipoh ini sungguh menyegarkan. Penuh solace. Placid abis. Tenang. Masuk aje kota berlumpur itu..aduhhh terus degup jantung jadi kencang. Biji mata menerawang. Urat keting bagai diregang-regang..plastik. Aku kadang-kadang senyum plastik kerana sampai tahap tepu bicara pasal seni di opening pameran. Sibuk melayan orang dari melayan karya-karya di dinding. Sebab itu, bila berkesempatan, aku akan jenguk pameran untuk kali kedua. Tanpa gangguan hingarbingar celoteh dan gosi

Detik Kreatif

Image
Ahh.. patutlah aku susah tidur malam. Lain kali kalau nak buat bicara seni atau dialog atau apa-apa yang guna kreativiti, set kan pada jam 10.04 malam. baru otak segar bugar untuk berwacana dan merekacipta agaknya. Tapi para terakhir tu sensasi habis. Segelintir sajalah kot..hehe

Koleksi Saya #5

Image
AHMAD FUAD OSMAN "The Victims" Oil on canvas 75 x 97cm 1995 Hohoho..mentang-mentanglah Fuad baru menang award , nak menayanglah sikit satu-satunya karya beliau dalam himpunan aku. Karya ini pernah dipamerkan untuk pameran amal KOSOVO tak silapnya pada tahun 1999 anjuran YKP di DBP. Aku bodek beli dengan Fuad (bayar harga sobat hehe) setelah begitu lama tak dituntut dari YKP. Mungkin orang takut nak beli.. heavy metal sangat rupanya :)

MALAYSIA BOLEH!

Image
Ahmad Fuad sewaktu program Gebang Seni YKP, 2006 AHMAD FUAD OSMAN, sang duta MRCB yang tampan dan masih bujang trang tang tang dapat anugerah lagi. Kali ini dari Singapura. Memang ini tahun Fuad nampaknya. Tahniah!!! ( ikuti laporan peristiwa oleh BERNAMA di sentapmalaysia.blogspot.com )

Koleksi Saya #4

Image
RAJA SHAHRIMAN RAJA AZIDDIN "Siri Nafas M9" Besi 20.5 x 6 x 9cm 2003 Karya ini semestinya salah sebuah koleksi yang paling aku sayang. (Mujur tak diambil perompak dan besinya dijual timbang baru-baru ini!) Shahriman atau lebih mesra aku panggil Abang Man telah membuat 'surprise' (setelah aku selesai menyelenggarakan pameran solonya pada tahun 2004 di Balai Seni Lukis Negara) dengan menghadiahkan secara ikhlas salah satu arca dari siri itu. Aku betul-betul terharu dan gembira tahap dewa dibuatnya. Yelah, nak beli memang tak mampu.. Pada aku, Shahriman merupakan seorang seniman yang betul-betul dedikasi dengan pengkaryaannya. Walaupun tinggal nun jauh di Kuala Kangsar dan jauh dari kebingitan seni, beliau mampu terus berkarya dengan tenang tanpa terpengaruh dengan trend mahu pun kehendak pasaran seni. Aku tak sabar menunggu solo seterusnya pada tahun hadapan. Karya-karya yang lebih besar dari human figure akan mengisi pameran itu nanti katanya..Wow! Abang Man dan bo

Global Peace Festival

Image
Aku dan sekumpulan pelukis selesai membuat lukisan amal untuk Global Peace Festival tadi siang (18 Oktober 08) di Stadium Putra Bukit Jalil. Kami putuskan tulis perkataan 'PEACE' saja. Tak payah nak berkonsep berat-berat. Lepas itu proses conteng menconteng dan kaler mengaler pun bermula sehingga lebih kurang 4 jam. Antara yang terlibat ialah Kamal Sabran (tuan direktornya), Fathullah Luqman Yusuf (superstar), Buden, Muid Latif, Fadhly Sabran dan gengnya (maaf i did not catch their names ). Difahamkan lukisan berukuran 10 meter panjang ni akan dirasmikan esok oleh Angkasawan Negara kita Sheikh Muzaffar sebagai salah satu acara Global Peace Festival. Tak tahulah mungkin nak dibawa ke bulan ke pulak selepas ini.. Sedih juga lihat pameran lukisan di sana tadi. Walaupun bangunan dan space nya cantik, karya-karya pelukis (mungkin dari persatuan pelukis) banyak yang tak digantung dengan sempurna. Sekadar sandar-sandar pada dinding. Yang ditampal dengan tape habis bertaburan. Aku dan

Hari Ini Aku Nak Jadi...

Image
Mudah sungguh nak menipu zaman sekarang ni! Dalam beberapa saat, aku boleh memilih untuk menjadi watak macam-macam. Pergilah jenguk program ni http://www.yearbookyourself.com/. Ini juga satu bentuk seni visual. Dijamin mesti ketawa sampai tergolek-golek nanti :)

Koleksi Saya #2 & #3

Image
NOOR AZIZAN RAHMAN PAIMAN aka PAIMAN "Shahnon Ahmad" Ink on paper 2005 ROSLISHAM ISMAIL aka ISE "My New Toy" Ink on paper 2004 Wah. Setelah dengan syok sendiri merasmikan pameran online semalam,aku bertambah seronok pula buat inventori karya hari ini. Dua karya dari pelukis kontemporari yang sudah membina nama di luar negara ini aku demand sebagai hadiah (hehe) pada 2005 seusai mengkurasikan pameran mereka "Light Weight Heavy Weight" di Galeri Seni MAYA, Kuala Lumpur. Pameran dilancarkan oleh kolektor terkemuka Fatimah Sulaiman (isterinya Pakhruddin Sulaiman). Walaupun mereka sinonim dengan lukisan-lukisan yang nampak mudah dan grafikal, jangan terkejut kalau melihat karya instalasi dan media baru mereka yang sarat dengan isu-isu politikal dan kritik semasa.

KOLEKSI SAYA #1

Image
Pameran “KOLEKSI SAYA : Rahime Harun" akan dijalankan di Balai Seni Lukis Negara dari 6 November – 30 Disember 2008. Dengar khabar, sekitar 250 karya-karya seni himpunan Allahyarham Rahime akan dipamerkan. Antara pelukis dalam senarai koleksi beliau adalah seperti Latiff Mohidin, Joseph Tan, Syed Ahmad Jamal, Awang Damit, Nik Zainal Abidin, Ahmad Zakii Anwar, Mansor Ghazalli, Bayu Utomo, Fuad Osman .. and the list goes on.. Siri pameran ”KOLEKSI SAYA” sebenarnya telah mula dijalankan sejak tahun 70an lagi dengan menampilkan himpunan dari kolektor-kolektor penting seperti Ismail Zain, Senator Kamarul Ariffin, Tan Sri Datuk Haji Mubin Sheppard dan Zain Azahari. Aku sokong pameran sebegini. Sekurang-kurangnya khalayak dapat berkongsi menikmati karya-karya penting simpanan para kolektor. Apabila karya-karya dibeli oleh individu, keberangkalian untuk melihatnya kembali adalah sangat kecil berbanding jika dibeli institusi besar kerana kebanyakan penghimpun tidak gemar meminjamkan koleks

Malique OK

Image
Aku sebenarnya alergik dengan hiphop. Kekadang naik meluat tengok orang yang fanatik hip hop dan lagu-lagu black yang perasan nak jadi negro melayu. Kecuali lagu-lagu Eminem yang agak sarat dengan kritik sosial tu aku layan juga lah. Bulan lepas aku beli album terbaru Malique (dari kumpulan hiphop Too Phat)semata-mata nak support usaha-usaha independen dia. Pelik juga, dah elok-elok mainstream tiba-tiba nak jadi indie pula. Myo dari Bodysurf Music terkedu bila Malique sendiri yang hantar cd untuk dijual di kedainya di Ipoh. Difahamkan album ini agak sukar didapati kerana Malique tak mahu pakai ejen. Tahu-tahu jelah bila berejen ni, komisen yang dipotong melampau-lampau. Itu belum tolak kerugian selepas cetak rompak lagi. Ada 20 track. Sebenarnya 18 je berbunyi. 2 track lagi tajuk nya 'Diam' di awal disc 1 dan akhir disc 2. Nakal. "Mantera Beradu" yang menampilkan M.Nasir tentu ramai yang dah dengar di radio. Selain itu "Kau Yang Punya" & "OK&qu

Teringin

Aku tak ingin naik ke bulan sebab aku gayat. Tapi aku teringin sampai ke dasar lautan naik kapal selam RM 3.4 bilion sambil melukis makhluk-makhluk laut dan bersiul lagu Beatles -Yellow Submarine. Apa senyum. Serius ni.

KAMI

Image
"Pasangan suami isteri Effendee Mazlan dan Fariza Azlina Isahak selaku pengarah bersama filem Kami The Movie (KTM) telah membawa penonton menyelami kehidupan remaja hari ini. Filem ini mengisahkan masalah sosial remaja hari ini seperti penyalahgunaan Internet, dadah, lari dari asrama, masalah keluarga ialah antara konflik yang membelenggu kehidupan generasi sekarang. KTM yang mengangkat pergolakan kehidupan remaja ini dimantapkan lagi dengan elemen persahabatan, percintaan dan cita-cita." - dari Sinema Malaysia Aku memang berhajat nak ke panggung menonton filem ini. Masih tak sempat. Susah-susah tunggu je tayangan di tv raya tahun depan. Hehe. Dulu pernah juga aku mengikut siri ini di youtube kerana tak dan melihat di tv. Not bad . Plot yang tidak membosankan. Bukan seperti drama-drama murahan yang sengaja melengah-lengahkan masa dengan flashback , habiskan satu runut bunyi ( soundtrack ) baru dapat mengaitkan plot pertama dengan yang kedua. Aduss.. Sebenarnya isu yang menari

Cemeti Kasih

Malam ini ada suatu kesayuan yang meniti di urat jantungku. Baru saja pulang dari menjenguk seorang teman yang menderita sakit misteri. Aku, Syed, Meor dan Kamal akhirnya diberi 'izin' untuk menziarah setelah hampir 5 bulan beliau hibernate dan tidak ingin berjumpa sesiapa pun. Ternyata di celah-celah tawa dan keriuhan pertemuan tadi, dia masih kelihatan bergelut dengan kesakitannya. Aku pulang ke rumah dan terus memasang sebuah lagu yang kami pernah rakam sendiri-sendiri tahun lepas(untuk projek siaran komersial). Lirik olehnya, lagu oleh Meor. Tajuknya "Cemeti Kasih". Tiap kali aku menghayati lagu ini, boleh menitik air mata wa cakap lu..waaaaaaaa CEMETI KASIH Terlalu lama ku alpa Kejar kemilau fatamorgana Tak sedari sisa usia Terbakar dalam nafsu sendiri c/o Kini ku tahu destinasiku Getar di kalbu Ingatkan aku Apa sebenar nilai duniawi Manakan sama makna hakiki Kau cambukilah aku Berapa kali pun aku rela Kau cambukilah aku Selama mana pun aku redha Calar di kalbu a

Ucaplah Alhamdulillah

Image
Tahun ini begitu menduga aku sekeluarga. Kasihan suami yang telah mengambil cuti panjang tiba-tiba hanya dapat beraya di kampungnya satu hari saja. Para iblis dan syaitan yang dilepaskan setelah menjelangnya detik Syawal sudah mengutus para pengikutnya bertandang ke rumah kami. Petang raya, ibu dan adik-adik yang beraya di Ipoh yang menjenguk rumahku untuk memberi makan kucing-kucing dan ikan-ikan hampir pengsan melihat ‘tongkang pecah’. Kami bertolak dari Terengganu pada hari berikutnya untuk mengenalpasti barang-barang berharga yang hilang untuk menyempurnakan laporan polis. Polis yang mengambil laporan begitu lembab dan menyukarkan benda yang mudah mengikut adik lelaki aku. Kami memperolehi nombor telefon untuk melapor ketidakprofesionalan polis tapi aku fikir pejam sajalah sebelah mata. Lagipun mungkin mereka sedang stress melayan begitu banyak laporan pecah rumah. Difahamkan rumah aku pun merupakan yang kelima dipecah dalam satu malam. Dijangka pada hujung minggu setelah pulangny