Posts

Showing posts from December, 2008

Selamat Tahun Baru

Alhamdulillah hari ini aku masih bernafas lagi. Jika dipanjangkan umur, pertengahan tahun ini nanti genaplah empat dekad aku menumpang berteduh di tanah Tuhan. Jika nasib lebih baik sempatlah aku menghirup udara berjerebu dunia untuk sampai ke tahap umur Seniman Negara Syed Ahmad Jamal hendaknya. Aku tidak mahu hidup 1000 tahun lagi.. Berdoalah di awal tahun ini: "Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Segala puji bagi Allah yang memelihara dan mentadbir sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad SAW dan keluarga Baginda dan sekalian para sahabatnya. Ya Allah, Engkaulah yang kekal abadi, demi kelebihan Engkau yang Maha Agung dan kemurahan Engkau yang melimpah, sesungguhnya pada tahun baru ini aku memohon kepada Engkau perlindungan daripada syaitan, kuncunya, tenteranya dan penolongnya. Dan aku memohon perlindungan daripada nafsu amarah yang sentiasa mendorong ke arah kejahatan dan melalaikan aku dengan perkara tidak berfaedah daripada m

Koleksi Saya #10

Image
HASNUL J SAIDON Untitled (Portrait of Syed) Pencil on paper 2003 Lakaran wajah suami aku ni dibuat Hasnul dalam tempoh hanya 5 minit sewaktu kunjungan beliau ke rumah. Mungkin tertarik dengan ikal rambut panjang si Syed waktu itu, beliau terus saja mencapai pensil dan sketch book nya dan mula menconteng sambil berborak-borak santai di suatu petang tahun 2003. Pameran lakaran Hasnul sedang berlangsung serentak di dua buah galeri sehingga 15 Januari 2009. Potret ini difahamkan dipamer di Galeri Chandan. Glam abis laki akuuu...:) Info Tambahan: Pembukaan pameran di Galeri Chandan akan digemilangkan dengan persembahan oleh seniman terbilang dan cemerlang seperti Tan Sei Hon,Rendra, Haneem Kaydeen dll. Moh ramai-ramai malam esok!(27 Dis 08, 8 mlm) Dua sajak Hasnul yang aku baca diambil dari laman http://meltingpot.fortunecity.com/ukraine/240/pra2000/antologila.html PRASEMBAH 2000: SEBUAH ANTOLOGIla! SEMANGAT TUN PERAK TOLONGLAH PULANG Tolonglah…. tolonglah semangat Tun Perak tolonglah pula

Kajian Semiotik 2

Image
Ketika menyelongkar album lama di rumah ibuku dua hari lalu, aku terjumpa sekeping foto yang aku rakam 20 tahun dahulu di rumah kami di Bryanston Square London. Aku memang sentiasa berlagak sebagai jurufoto kehormat untuk mana-mana acara makan-makan di rumah (kerana mentang-mentanglah ambil A Level Photography) Arwah abah (kanan) ketika itu Direktor Malaysian Students Department dengan jeng jeng jeng siapa ituuu..coba tekaaa..haha..sempoiii..

Musim Menuai

Image
Minggu ini akhirnya dapatlah aku tumpukan sedikit perhatian kepada kebun 'kiut' aku tu. Kesian pokok-pokok sudah tidak berbaja hampir sebulan dek kerana tuannya sibuk memperjuangkan seni (kunun). Hari Isnin setelah tetamu berangkat, aku mula menuai hasil. Malam tadi bender sudah selamat berenang dalam kuali bersama gulai asam ikan kembong. Terung pipit tu aku cadang masukkan dalam daging masak kicap pekat. (Daging korban yang diberi pak sedara masih membeku dalam peti ais) Burrp..Alhamdulillah

NAFAS Roadshow

Image
Penat gilerr..tapi aku sangat bahagia. Kedua acara yang melibatkan 2 tetamu dari Jerman yang berlangsung di Balai & YKP berjalan baik (walaupun aku harapkan lebih ramai pelukis hadir di Balai!) Ada dua alasan aku fikir. Pertama, golongan seniman memang tidak ada nafsu untuk majlis-majlis ilmiah sebegini. Kedua, waktu pejabat mungkin salah satu faktor pelukis-pelukis yang mengajar tak dapat 'kona'. Ketiga, promosi aku gagal (maklumlah one-man show punya kerja). Keempat, kedua tokoh ini masih belum begitu dikenali di sebelah sini. Kelima, keenam, ketujuh..nanti aku fikirkan kemudian. Apa-apa pun, sekalung terima kasih kepada mereka-mereka yang hadir. Terima kasih yang tak terbalas aku kepada KP Balai Dr Najib yang memberi sokongan, Amerrudin, Anwar Badar, Syahrulniza, Nora (menu jamuan yang lazat) dan Ajip yang begitu 'concern' tentang projektor di YKP hingga telefon aku berkali-kali untuk memastikan semua berjalan lancar. (Kamal, terimakasih kerana jadi penyelamat

NAFAS: Screening & Dialogue

Image
Press release Nafas - Screening and Dialogue Contemporary art from the Maghreb to Southeast Asia, from Central Asia to the Middle East within the international art context Presentation by Pat Binder and Dr. Gerhard Haupt (Berlin, Germany), editors of Nafas Art Magazine and publishers of Universes in Universe - Worlds of Art Date: 12th December 2008 (Friday) Time: 3.00 pm Venue: Auditorium, National Art Gallery 2, Jalan Temerloh, off Jalan Tun Razak, 53200 Kuala Lumpur Date: 13th December 2008 (Saturday) Time: 8.00 pm Venue: Rumah YKP, 32, Laluan Tasek Timur 12 Taman Seri Dermawan 31400 Ipoh, Perak The online art magazine Nafas is published since March 2003 by the Institut für Auslandsbe¬ziehun¬gen (ifa – Institute for Foreign Cultural Relations) in Germany. Commissioned by the ifa, Dr. Gerhard Haupt and Pat Binder developed the concept and are editorially and technically responsible for Nafas. They host the online magazine on their own website, U

Jelajah Finale

Image
27 November 2008 – Aku ke bandar Malmo di Sweden. Naik keretapi hanya 30 minit dari Copenhagen. Sampai di sana terus ke Malmo Konstmuseum menjenguk ruang galeri yang pernah mempamerkan karya “Tudung-tudung” aku melalui pameran ‘Out of the Mould’ awal tahun ini. Sebenarnya ruang itu ditutup untuk pemasangan pameran baru. Aku jual nama pengarahnya ‘Goran’ dan Wairah (yang disuruh Majidi hehe) kepada mak guard di situ. Dapatlah masuk dan tengok pameran yang sedang dipasang. Galeri ini terletak di tingkat atas muzium yang mempamerkan pelbagai artefak sejarah (ala Muzium Negara kita). Kemudian ke Koge Museet yang merupakan muzium berkonsepkan kapal Viking yang mempamerkan data serta objek-objek yang diperolehi sewaktu sebuah kapal karam di situ. Petangnya ke Malmo Konsthall (ruang seni kontemporari) yang sedang menjalankan pameran ‘Electrohype’ sebuah kolektif seni yang memperjuangkan seni elektronik dan kinetik. Dapatlah aku lihat karya-karya yang dihasil dengan kehebatan teknologi sains