Posts

Showing posts from August, 2009

Laksamana Hang Rori

Image
LAKSAMANA HANG RORI, 2009 Kadang-kadang kita ambil mudah peranan seseorang, sesuatu atau 'sesebinatang'. Sering juga aku merungut bila terpaksa mencuci sepah yang dibuang, bila kena menyusun semula hiasan yang bergelimpang, bila harus menahan pendengaran dari bunyi miawan yang nyaring kelaparan. Tapi malam tadi merubah segalanya. Aku kini percaya 'cat is also a man's best friend'. Maka, dengan daulah yang aku miliki, dengan ini aku tabalkan kucing kami sebagai Laksamana Hang Rori di atas khidmatnya menyelamatkan aku dan anak-anak tengah malam tadi. Alhamdulillah. Terimakasih juga kepada adik-adik dari Unit Pertahanan Awam Malaysia kerana bersabung nyawa untuk kami

SERENDIPITY

Image
Aku menerima undangan pelukis Melissa Lin untuk menjadi 'can-opener' pada 14 Ogos 2009 setelah cadangan aku supaya dia memilih tokoh-tokoh yang lebih berwibawa direjeknya. Apapun aku sangat gembira kerana dapat merayakan pameran solo seorang pelukis yang karya-karyanya cukup aku minat untuk sentuhan pertamaku dalam bidang buka membuka ini.Insyaallah, jika tiada aral, tibalah aku nanti. Tiket ketapi pun dah dibeli siang tadi:) Jemput meraikan Melissa Lin melalui pameran solo pertamanya bertajuk 'Serendipity' 14 Ogos 2009, jam 8.30 malam House of MATAHATI (HOM) 6A Jalan Cempaka 16, Taman Cempaka, 68000 Ampang, Malaysia Pameran ini berlangsung sehingga 29 Ogos 2009. Info lanjut: 0123736004 (Mimie) houseofmatahati@gmail.com Sinopsis pameran: Lead by serendipity down the rabbit hole, reality is re-imagined.Threading into the domains of lost and ancient lands, and diving through hyperspace to explore hidden dimensions, the arcane and archaic are discovered. Strange and fami