Thursday, September 25, 2008

BOLOS

Aku jarang menonton tv. Tak larat dah melayan cerita Hikayat Putera Syazlan, Geng Bas Sekolah, Tom tom yam ke apatah lagi kat Astro Ceria tu.. Kami antara pengguna Astro yang paling lewat. Dulu pernah cuba menahan dari mendaftar tapi akhirnya kecundang pula. Yang paling seronok tentulah bibik yang curi-curi nonton soap Indon bila aku tak ada..

Tapi akhir-akhir ni aku banyak masa untuk melayan idiot box ni. Aku cukup minat tengok gameshow BOLOS. Tak kering gusi dibuatnya melihat keletah peserta yang cukup gabrah bila dinding semakin hampir. Yang berjaya memboloskan diri akan mendabik dada macam kingkong. Yang gagal akan lenjun dalam kolam. Ada yang dengan rela hati menerjunkan diri sebelum dilanggar dinding.

Motto yang diguna pengacara pun best. “Bersedia atau tidak..bolos saja dinding itu!!”

Aku pun sedang menimbang-nimbang untuk membolos sebuah dinding besar dan panjang yang selama ini memenjarakan dunia kreativiti aku..

2 comments:

MeDiArTpAsSiOn said...

Udah emangnya prisipal ASTRo menyediakan pilihan yang banyak kepada pengguna, kita yang kena bijak memilih. Kalau gue Channel 551,552,553,554, 701 (kalau ada CSI aja), 811,812, 813, 814 aja dech

People of the Planet..... said...

Saya tak ada pilihan, jasmine dah jadi taik Ceria...GBS Tomtom Bak sume sapu. Alkahf addicted kat Ultraman bayangkan Ultraman boleh penetrate anak sekecil 17 bulan...hebat ya!