Monday, September 15, 2008

Bunyi Gitar

Aku beruntung kerana diberi peluang belajar muzik oleh ibubapaku. Kesian mereka terpaksa menghabiskan wang ringgit untuk bayar kos belajar piano aku hingga gred 6 (sebab aku dah malas sambung ke gred 8 macam adik aku). Mungkin mereka anggap anaknya nanti boleh le jadi macam Richard Clayderman kot.

Tapi masa remaja aku (hingga kini hehe) dipenuhi dengan angan-angan untuk jadi rockstar. Bilik tidur penuh tampalan poster kumpulan Search, Lefthanded, Loudness, Iron Maiden dan entah apa-apa lagi lah. Masa tu pertengahan 80an - Ella & The Boys muncul. (Ella tetap rock di usia ganyutnya sekarang). Masa kawan-kawan sibuk belajar untuk SPM, aku menggila belajar chord gitar (patutlah result baik punyaaa)

Abah boring sebab aku sudah buat gitar kapoknya seperti harta sendiri.

23 tahun kemudian…


Anak teruna aku baru habis UPSR. Dua tiga hari lepas dia bawa gengnya ke rumah. Kawannya menayang skil main gitar (hek eleh). Anak dara aku yang bakal berPMR pun sudah mula memetik-metik lagu Hujan.

Aku boring sebab mereka sudah buat gitar kapok aku seperti harta sendiri!

Ini balasan untuk khilaf aku pada abah dulu agaknya. Tuhan itu maha adil.


Nota: Inilah rupa gitar pusaka itu sekarang. Stiker sudah mula ditampal sejak 1986 lagi.:)

5 comments:

cik.sepi said...

wah!warisan turun temurun. Tapi kadang-kadang kita tak boleh salahkan anak, kalau diorang pun buat macam harta sndiri. sbb kak haneem pon buat macamtu! haha. Mak borek, anak rintik :p

agak-agak lagu dondang sayang, kak haneem boleh goreng guna gitar kapok tu x?

kamal sabran said...

rock tu!
aku dgn meor selalu jamming kat silibin ni, dia main gitar aku pula ketuk drum..tapi kami tak da pemain bass la.

pikir punya pikir semalam masa kat kedai mamak, kami cadangkan ko main bass. apa macam ada berani ?

haneem kaydeen said...

wahai cik sepi..dondang sayang tu biasanya dimain di waktu sepi..hehe

kamal, meor ada citer pasal kome jamming tu..hihi buleh ke teman jadi bassist ni..rosak binasa band nanti

tunggu amirul sembuh boleh ajak dia main seksopon :)

ise said...

sticker siapa yg paling byk kat gitar lagend ni hehehr

haneem kaydeen said...

yayy..tak lama lagi ada org nak memblog!