Sunday, September 21, 2008

Cinta Kimiaku

Malam tadi aku ke Hospital Besar Ipoh. Jangan salah faham. Aku sihat walafiat. Aku pergi melawat seorang anak muda berusia dua puluhan yang sudah berpenyakit macam orang-orang tua. Paru-parunya sudah ditebuk untuk mengeluarkan berliter air yang menyesakkan pernafasannya. Gaya hidup kurang sihat yang diamal selama ini kemungkinan besar menjadi penyebab. Dia bercerita tadi sambil menjeling-jeling misi dan doktor pelatih cun, tubuhnya terlalu banyak chemical. Mana taknya, segala macam pil ditala semata-mata untuk menyedut ekstasi dan kirtana yang sementara. Bila dah terlentang di katil dan dicucuk segala macam jarum dan alat, barulah tersentak dan terdetik di hati untuk insaf (dia kata..).

Kawan-kawan yang melawat pakat menyanyi lagu My Chemical Romance. Selamatlah beraya di hospital. Amin.

No comments: