Saturday, September 13, 2008

Art Books







Hari ini suamiku pulang dari KL dan menyerahkan satu beg plastik berisi buku (di samping bundut pakaian kotornyalah).

Ada tiga buku art yang dia dapat beli murah di Amcorp Mall. Sudah jadi rutinnya kalau meeting di PJ mesti singgah. Kami rekomen pergilah ke Book Excess di situ. Kalau rezki baik boleh dapat buku-buku seni luar negara dengan harga luarbiasa murah.

Tapi yang paling best antara buku-buku tersebut adalah kitab terjemahan Al-Quran terbitan Yayasan Restu daripada bondaku tercinta. Semenjak kematian abah hampir sepuluh tahun lalu, anak-anak menggalakkan dia berjalan-jalan untuk mengubat luka dan mulakan hidup baru. China,Vietnam,Indonesia, Moscow, London dan entah mana-mana lagi, semua dia dah cover bersama rakan-rakan yang senasib. Ada geng masjid, geng main kutu, geng berjogging dan macam-macam lagilah. Jadi, tiap kali sang menantu tumpang tidur di rumahnya dapatlah prezen dan bric-a-brac macam-macam..Terjemahan ini lagi satu buah tangannya dari salah satu tempat lawatan merekalah tu.

Dia sms tadi: "Nur, bulan puasa pahla 70x. Elok mula sekarang. A page a day. Semoga berjaya"

Alamaks! Insyaallah.

No comments: