Monday, September 15, 2008

Untuk Siapa Genta Bergema?



Karya bertajuk "For Whom the Bell Tolls"(FWTBT) ini aku hasilkan pada tahun 2000 untuk pameran Trans(formations): 6 from Malaysia bertempat di Sculpture Square, Singapura. Pelukis lain yang terlibat adalah Ahmad Shukri, Chuah Chong Yong, Yau Bee Ling, Tengku Sabri & Yap Sau Bin. Karya ini dibeli oleh National University of Singapore (NUS) Museums melalui recommendation TK Sabapathy, kurator pameran.

Karya ini bernuansa politikal sikit. Ia ada kena mengena dengan kemelut serta kezaliman dunia politik pasca 1998. Lirik lagu "For Whom the Bell Tolls" oleh kumpulan Metallica dijadikan sebahagian subject-matter karya.

Aku rasa sajak yang aku lampirkan dalam kertas kerja FWTBT ini semakin relevan kini:

UNTUK SIAPA GENTA BERGEMA


Ketika bicara dinoktahkan
Tika langit mendung
dan bumi murung terkurung
dan angin bergulung -
Telah dipakukan kuasa di telapak seorang
raja yang gila ketawa
Yang gentar mengilai di anjung mahligai

Ketika hukum menjawab terka
Bergema genta di hati rakyat jelata
Merobek mengoyak naluri keramat dan fitrah sejagat
Bagai sangkakala tiupan nafiri
Bergoyang alam bergoncang maya:
Gelitalah siang membahang malam.

Ketika dibacakan kalimah terakhir
Dari surat rekaan raja
Seakan dizikirkan mantera menerkam alam
Semuanya menyihir kata-kata nista
Menyumpah 1001 keramat
Menjampi jin keparat.

Untuk siapa genta bergema?
Untuk seorang pujangga di penjara pura?
Atau untuk murba kota?
Atau seorang raja di istana jaya?:
Membiar saat celaka
Mengirim warkah duka
Mengutus tauliah sengsara.

Untuk siapa genta bergema?


-Nur Hanim Khairuddin, 1999

2 comments:

amerr said...

memang relevan..aaa ada works baru yang relevan ke?

best works kat singapore tu..tahniah

zubin said...

waduh waduh! tahniah!