Wednesday, September 17, 2008

Kitar Semula


Sejak mula berpuasa, baru sekali aku jenguk pasar Ramadhan. Hari-hari aku masak juadah berbuka. Kadang-kadang special. Kadang-kadang cincai. Keluarga tak pernah komplen pun. Aku pun tak pernah komplen malah seronok bila air tangan dapat dinikmati bersama.

Baru saja bercadang nak berbuka di luar hari ini, tiba-tiba aku terima emel dari adik aku yang kini bermastautin di Jakarta. Langsung tangguh dulu plan. Katanya, didapati ada beberapa peniaga di gerai-gerai tepi jalan sudah recycle makanan untuk jualan. Daging-daging disalvage dari tong-tong sampah hotel dan pasaraya, dibasuh dan dimasak semula sebagai lauk. Alamak. Aku harap di Malaysia tiada peniaga yang tak bertanggungjawab buat kerja macam itu! Yang aku pasti aktivis Food Not Bombs juga recycle, tapi cuma sayur-sayuran kurang sempurna yang ingin dibuang oleh peniaga pasar, bukan yang sudah busuk dan dikorek dari tong sampah.

Hari ini aku masak spaghetti. Aunty Yah hantar pengat keledek. Sedap.

Moral of the story
: Jangan seronok sangat dengan makanan di luar yang menggiurkan. Belum pasti ianya sedap, bersih dan suci macam makanan di rumah kita. (dalam maksud tu bang!)

4 comments:

arhamazmi said...

ye betul..saya setuju....wujudkan kempen memasak di rumah...dan menjimatkan belanja ...hahaha

mamat khalid said...

haneem. aku nak bawak diri ke selangor. kesemua family aku angkut. perak tak minat aku la.

haneem kaydeen said...

alamak macam merajuk je bunyi...takpe bang, sememangnya kegiatan seni bersifat klcentric dan oleh kerana abang pun sedang hot mungkin di sana lebih strategik dan convenient untuk berkarya. dah pencen sok boleh balik kampung semula lah..

lagipun kl-ipoh 2 jam je..all the best with your 'merapu' venture. geng di sini senantiasa mengikuti perkembangan abang!

R@duan said...

tak apa yop mamat khalid.
kat sini (selangor/kl) ramai yang tengah nunggu..